♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, August 18, 2014

Last week at HUSM

Pertama kali dapat jadual penempatan di HUSM selama 8 minggu, rasa nak menangis. 

Sekarang alhamdulillah Allah bagi kudrat, Allah bagi sihat, Allah bagi semangat dan berjaya habiskan LAPAN minggu tersebut.
Photo: Minggu terakhir selalu menjadi minggu yang best. 

Kenapa tak pernah rasa perasaan best macam ni sebelum ni?

Meniti minggu terakhir di HUSM. 

With love,
'AH. ;)
Walaupun 3 hari MC. Tu maksima MC. Kalau ikutkan dapat 2 minggu MC. Tapi hati punya cekal taknak ganti hari bekerja, saya gagahkan diri. Dan Allah bagi kekuatan. Alhamdulillah. 

Sekarang ni tengah menaip dengan komputer hospital sambil tunggu patient datang. Harap-harap patient tak datang. Bukan malas. Tapi kan tak baik mendoakan orang sakit. 

Minggu akhir ini saya bertugas di bahagian kecemasan. So deal dengan patient yang kemalangan dan ditimpa musibah. Menarik kes-kes yang ditemui. Terskru tangan, bertusuk kayu dalam lengan, termasuk batu dalam mata, tertelan duit. Wah. Macam-macam. 

Dan saya suka nasihatkan, "Banyakkan sabar ye.."

Ada satu patient tu, saya cakap "banyakkan sabar ye.."
Dia marah saya balik.
"Kau tahu ape. Kau tak rasa sakit. Kau tak tahu aku sakit macamana."

Saya senyum. Dalam hati  memberontak cakap, "Macam aku tak pernah sakit."

Tapi demi etika kerja dan profesionalism, saya trus tersenyum dan beri khidmat yang terbaek.

Jadi muslim yang profesional ni selain kena jaga etika, kita lagi lagi la kena jaga adab. Bawa nama Islam kan. ^^

Semalam saya balik agak lambat. Sekarang asyik nak balik lambat-lambat je. Punyalah rasa chenta sangat dengan HUSM ni. Tu yang rasa liat nak balik UIA. 

Insya ALLAH minggu depan akan balik semula ke UIA. 

Setelah hampir 3 bulan meninggalkan bumi Kuantan, memang tak tipu rasa rindu.
Rindu nak gi kuliah. Bila fikir kuliah rasa rajin je nak pergi UIA. 
Rindu nak lepak kat Teluk Chempedak. Nostalgia kot kat situ. Bila stress je lepas pergi Afzan, mesti pergi TC. 

Ingat, bila stress cari Tuhan dulu. Baru pergi memerhatikan ciptaan Tuhan. ^^

Harap-harap tahun empat ni which is tahun AKHIR kat UIA ni takde lah stress sangat macam sem lepas. Saya rasa sepanjang hidup di UIA, sem lepas paling ngeri. Buktinya blog memang tak hapdet langsung.  Sebab memang tough. Subjek tough. Kelas packed. Clinical Practicenya lagi. Memang mencabar.

Saya tidak berharap banyak untuk tahun empat. Cukup untuk melaluinya dengan sejahtera,aman sentosa. Insya Allah.

Ok. Walaupun saya dah menulis banyak, patient tetap tak datang. Apa lagi yang boleh saya buat. Melayan FB pun sudah habis News Feed saya scroll. Hehe. 

Saya memang tak suka duk diam. Otak boleh jadi beku. Maka saya akan katakan tidak pada kerjaya yang selalu buat otak saya beku. Ok. 

Sekian. Sehingga jumpa lagi. ^^


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

bridgeadvisorsllc1 said...

Tibet is without doubt one of the most remarkable places to visit in Asia. It offers fabulous monastery sights, breathtaking high-altitude treks, stunning views of the world’s highest mountains and one of the most likeable peoples you will ever meet.
retirement income planner

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.