♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, March 15, 2014

Kuantan Medical Centre, kita bertemu lagi. ;)

Sewaktu tahun pertama dulu, semalaman bermalam di KMC. Selepas melarikan diri dari HTAA.
Yang tak seronoknya bila sakit di UIA ialah takde orang nak temankan. Yang bestnya, belajar banyak untuk berdikari. Kata independent. ;)

Semalam, Jumaat yang cukup bermakna. Allah hantar pergi KMC. Hampir warded, tapi alhamdulillah KMC full. Fuh, zaman sekarang semua orang nak yang terbaek untuk kesihatan, tak kisahkan bayaran.

Paginya, saya ke klinik UIA, buat kali kedua selepas lebih seminggu batuk, demam, muntah, diarrhea dan rasa tade selera makan. Gagahkan juga diri ke kelas sebab sayaaaang nak tinggal lecture. Doktor suruh rehat, taknak. Degil. Sekarang baru padan muka. Sila tanggung sendiri.

Selepas ke klinik UIA, Doktor nak refer saya ke HTAA. Oh, saya refuse. I have no time to wait. Lagipun sape nak temankan pergi sana? T.T

I take my own decision lepas tanya Ibu, untuk refer ke KMC.

Pergi je KMC, terus admit ke A&E (kecemasan). Doktor kata muka terlalu pucat dan tachycardia (susah nak bernafas).

Terus drip dan pengsan. Lepas sedar balik terus amek gambar upload FB. Haha. Gila FB. ;)

Sebab ramai sangat cari saya hilang tak datang kelas.


Photo: This is my road to mid-semester exam. :D

Finally. 

Dear friend,
Sila jaga kesihatan anda dengan baek.

Doakan saya.

*tak warded. Berehat sebentar bersama Kitkat. 

Jumuah mubarakah dari Kuantan Medical Centre. ;)
Lepas upload lagi ramai cari. Siap ada yang nak datang melawat lagi. Adeh. =.='

Admit around 9 pm, sedar-sedar pukul 10 am. Pukul 12 dah mengamuk dengan doktor nak balik UIA. Ahha. ;)

Pukul 2 baru doktor izinkan balik UIA. Tu pun lepas bayar bil yang mahal nak mati. =.='

Expected.

Dalam hati cakap, "Nasib baek aku tak admit terus sampai esok pagi. Kalau tak i cant imagine the bill!"

Sampai sekarang pun demam masih. Batuk pun masih. Sakit perut pun masih. Perlukan rehat yang banyak dan mohon untuk tidak diganggu. Perlu fokus banyak perkara terutamanya miderm exam yang bakal bermula isnin nanti. Nangis sorang-sorang fikir nak exam macanama study tak banyak. Allah. ;(

Doakan saya ye.
Dah lama tak sakit macam ni sampai warded2. ;)

Allah uji lagi sebab Allah sayang. ;)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.