♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, March 14, 2014

NIkmat sihat yang ditarik Allah

2.51 pagi.

Terkebil-kebil mata saya. Masih segar dan cerah. Mana tidaknya, baru saja celik selepas melelapkan diri seusai Maghrib tadi.

Allah sedang menguji. Hilang selera makan. Kalau dipaksa makan, akan muntah semula. Badan terasa sangat lemah. Kepala mudah rasa hendak pitam. Tekak sakit dan berpasir, menambah hilang selera makan.

Semakin hari, semakin memburuk.

Minggu depan bakal menghadapi mid-semester exam. Menangis. Macamana nak exam dalam keadaan begini? T.T

Alangkah besarnya nikmat sihat itu. Sepanjang semester ini, inilah kali pertama merasai nikmat sakit sehingga terganggu aktiviti samada meeting ataupun belajar.

Dalam kelas petang tadi, demam selesema menyerang. Fokung menghilang. Lecturer menzahirkan rasa kasihan. Tapi tetap memberi sokongan, "Jangan manja. Kena lawan."


Saya merasa kuat. ;)

Saya jadi buntu sendirian. Tidak pernah saya berjaga malam. Kebiasaannya jadual hidup saya cukup teratur. Pukul 2 pagi pasti sudah tenggelam ke alam mati sementara. Bangkit semula seawal 5 pagi, menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

Tapi malam ini jadual sudah tunggang terbalik. Sedang esok saya ada hari yang panjang untuk dijalani. Saya ada kelas dari pagi, sehingga petang. Yang memerlukan jasad yang kuat untuk melaluinya. Allahu Allah.

Saya teringatkan ibu di kampung. Besar harapannya untuk mendengar saya kembali sihat. Besar juga harapan saya sendiri untuk kembalikan kesihatan jasad ini.

Besarnya nikmat sihat. Tidak terhitung melainkan detik kita merasa sakit.

Berharganya sebuah kesihatan. Tidak ketahuan melainkan tibanya ujian kesakitan.

Subhanallah, tetapkanlah aku dalam iman. Berikanlah aku kesabaran. :')

Semoga Allah permudahkan urusan. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.