♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, March 19, 2011

Dakwah ahli keluarga adalah sukar.


kami keluarga
Banyak kali saya mendengar komplen dari sahabat-sahabat berkenaan dakwah terhadap keluarga. Dengan mengeluarkan fakta bahawa, "susah nak dakwah keluarga sendiri."

Pada awalnya, saya bersetuju. Ya, mungkin tepat statement tersebut. Nak menegur abang, kakak adalah satu perkara yang bukan mudah. Kadang-kadang bimbang disalah ertikan. Bimbang disalah anggap dan sebagainya. Lantas, sanggup berdiam diri akan kesalahan keluarga sendiri. ibarat kata, MENUTUP MATA.

Melihat adik ber'dating', kita menutup mata. Melihat kakak pakai baju tak cukup kain, kita menutup mata. Melihat abang merokok, kita menutup mata.


Tiba-tiba, kita menjadi BUTA dirumah sendiri. sedangkan di kampus, kita yang paling lantang bersuara. Mengeluarkan hujah-hujah yang pelbagai. Tapi dirumah, kita ibarat patung ada nyawa. Wujud, tapi tidak MAMPU berbuat apa-apa. Erk, tidak MAMPU atau TIDAK MAHU berbuat apa-apa? Itu anda punya cerita, decide sendiri. 
Mungkin nak menegur adik lebih senang berbanding menegur kakak. Disebabkan terlalu TAKSUB dengan title sebagai ADIK, kita sanggup menjadi BUTA. Bukan buta mata. Tapi BUTA MATA HATI. 
Firman Allah di dalam surah At-Tahrim Ayat 6.


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.


Ayat tersebut cukup untuk membuatkan kita tidak senang duduk dengan kesilapan ahli keluarga kita sendiri terutamanya.

Maka, jangan sesekali anda mengatakan bahawa, "Dah cube. Memang tak dapat nak ditegur. Susah la nak tegur depa semua."

Dan anda berputus asa. Membiarkan mereka dengan cara mereka, dan anda dengan kehidupan 'sempurna' anda,mungkin. Ibarat kata, dalam hati anda yang paling dalam, kedengaran gema berbunyi, nanti kubur masing-masing. Akhirnya anda sendiri menggunakan perkataan yang sama pernah digunakan orang lain yang menjawab urusan dakwah anda. Ok, apa perasaan?

Perihal kubur masing-masing atau tidak, tak perlu ditimbulkan. Yang penting, usaha kita untuk membantu mereka, ahli keluarga. Kita sayang keluarga kita, kan? Kalau betul sayang, bawa mereka sama-sama ke Syurga.

Pengalaman saya sendiri, memang benar susah untuk berdakwah kepada ahli keluarga. Adik beradik. Ibu ayah. Belum kira lagi sepupu sepapat yang tudung pun susah nak lekat. Saya akui, saya juga kadang-kadang mempunyai masalah yang sama. Tapi saya mahu usaha menegur mereka, walaupun saya sendiri sedar diri saya tidak terlalu sempurna. Tapi yang penting, saya mahu mereka sempurna.

Pelbagai mehnah perlu ditempuhi. Kadang-kadang sampai 'berperang', tertinggi suara dan sebagainya. Biasalah. Adik beradik. Air dicincang takkan putus. Ahha.

Tapi saya mula sedar, sewaktu saya tingkatan 5, saya berpura-pura alim. Nak menegur adik beradik, tapi diri sendiri lupa untuk diislahkan.

Saya perlu menjadi lebih baik. Saya perlu berubahkan diri dan hati kearah yang lebih sempurna. Saya perlu meraih kepercayaan mereka. Saya perlu menimba sebanyak mungkin ilmu. Supaya mereka menghormati saya. Dan tatkala saya memberi nasihat, saya bukan dianggap sebagai ADIK, tetapi saya mahu dianggap sebagai 'ORANG YANG ADA ILMU'. Maka, ILMU adalah penyelesaiannya di samping dilengkapkan dengan amal dan contoh tauladan yang baek.

Jika anda mahu memberi nasihat kepada ahli keluarga, perbaikilah diri. Tapi tidak perlu baiki hingga tunggu sempurna baru nak menegur. Tapi baiki menjadi lebih baek dari biasa dan kalau boleh lebih baek dari mereka. Supaya, mereka percaya dan mahu mendengar nasihat kita.
Kalau kita nak tegur adik yang selalu solat di hujung-hujung waktu, boleh. Pastikan kita solat di awal waktu. Ini tidak, kita pun solat kadang-kadang awal, kadang-kadang lambat. Kemudian, bila menegur orang lain, timbul pergaduhan. "Alah, kakak pun solat lambat jugak." No point lah nak menegur jika jawapan mereka begitu. Lagi teruk pernah saya dengar jawapan macam ni, "Kakak lambat takpe, kamu tu solat awal." Ade ke patut? Saya sendiri tergelak. Kakak solat lambat takpe? Maknanya lepas ni kalau adik dah jadi kakak, adik pun boleh solat lambat? Wah! Fatwa baru pulak nampaknya!

Saya, anak yang keenam. Ade adik lelaki seorang. Kalau dikira, saya punya abang, kakak yang umurnya berganda usia saya. Saya pula memang dijadikan 'adek'. Abang sulung saya sudah mahu mencecah 40 tahun. Ya, mereka lebih berusia. Jauh berusia berbanding saya. Kehebatan mereka pun tak kurang juga. Semuanya ada didikan agama yang boleh tahan jugak. Tapi saya melakukan pelbagai usaha untuk meraih kepercayaan mereka. Dan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, kata-kata saya masih didengari. Nasihat dan pendapat saya ada nilainya.

Kalau anda anak sulung, lain cerita. Memang anda paling tua. Memang anda berhak bersuara. Kalau saya, abang dan kakak tak kurang hebatnya. Tapi saya tak mahu menjadi tunggul di dalam keluarga. Sekurang-kurangnya saya ada sesuatu untuk dikongsikan bersama. Bila ada salah faham tentang agama. Contoh, cara untuk bertayammum. Saya mampu memberi pendapat dan pendapat saya didengari. Bagaimana kita nak menegur adik beradik kita seandainya kita sendiri tak melakukan apa yang kita mahu tegur?

Banyak yang terpaksa dikorbankan. Betul. Anda betul. Anda terpaksa berkorban. Tapi balasa untuk orang yang berkorban kearah kebaekan pasti tidak ternilai. Percayalah.
Konklusi, kita mesti menegur ahli keluarga kita. Jangan rasa senang dan menjadi buta dengan tindakan mereka. Berusaha untuk menjadi lebih baek dan mengajak orang laen menjadi lebih baek bersama.

Insya Allah. Kalau kita niat yang baek, Allah pasti menolong.

Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai masalah dakwah dalamkeluarga, saya yakin anda mampu melakukannya. Yang penting, mesti ada sedikit usaha. Kalau tak cukup dengan penjelasan di sini, kita boleh consult personal. 
Insya Allah. Mari bawa ahli keluarga ke jalan Syurga sama-sama. J


tinta anak tak berapa manja,
Cik Husna.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

tekan butang atas sekali belah kanan. masuk password. delete komen no fon tuh. gile ape.

abi said...

rase rindu pulak tengok gambo ni. teringat adik2 di kampung. dekna muka budak kecik lagi.

ye, kita saling tegur sape yg salah jangan ego. kalo ditegur, ingatlah, unt kebaikan kita semua. takde yg menegur unt lihat kita binasa. sayang keluarga~

husnataqwa said...

Anonymous- syukran atas tunjuk ajar. memang dah delete dah. tah sape tah letak no fon kat situ. mungkin beliau tidak sengaja, tak bermakna beliau gila. OK.

abi- sobs..sobs..sobs...
rendu jugak... =)
sekarang pun masih budak2 kan..
insya Allah, kita same2 perbaiki diri dan keluarga.. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.