♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, March 31, 2009

hALA tUJU hUFFAZ

tidak sampai 2bulan sahaja lagi pelajar2 persijilan tahfiz alquran DQ/UIAM 08-09 akan menduduki exam final year..yakni pada 18 mei-22 mei 2009..sudah menjadi lumrah,perkara hangat yang sedang dibincangkan oleh kebanyakan pelajar,banat mahupun al banin,adalah isu yang sama..iaitu melanjutkan pelajaran ke mana..di mana..bidang ape..disebabkan excited dengan pelbagai tawaran belajar,mereka sudah melupakan janji dan agreement yang pernah terjalin antara mereka dan UIAM..tidak pasti samada perkara itu dianggap remeh atau ape..tetapi ana amat bersimpati dengan UIAM..hem..faktanya,dulu seramai 160 orang pelajar yang ada termasuk banin dan banat..tapi setelah spm result keluar,pelajar hanya tinggal seramai 109 orang..lihat sendiri berapa ramai yang menyeleweng??dan kini jika ditolak pelajar yang ditendang akibat tidak lulus peperiksaan..jumlahnya hanya 100 orang..dan mengikut sasaran uiam,mereka mensasarkan kemasukan pelajar DQ ke UIAM,sekurang2 150 orang..tapi?yang ada kini cume 100 orang..dan..lebih mengharukan..sangat ramai pelajar yang memohon tawaran untuk ke universiti di luar negara secara private..ramai?terlalu ramai..mungkin luar negara menawarkan pelajaran yang lebih bagus..sebagai contoh,tawaran perubatan di mesir..hebat kan?bukan senang nak amek kos perubatan ni..alang2 dapat buat private kat luar negara pulak tu..ishk2..sapa yang tak nak..ana tau,post ana ni nanti akan menimbulkan banyak spekulasi..ana yakin,pelajar banin mahupun banat yang akan membaca post ni pasti ade yang akan menentang habis-habisan..dan yang menyokong mungkin hanya segelintir sahaja..sudah lumrah mungkin..dalam group GEN9 IQRaC pon tajuk discussion ini pernah ana utarakan..dan mmg hangat dibicarakan..bagi setengah pelajar,mereka menganggap hak mereka untuk memilih bidang yang mereka suka..ana agak tidak faham..adakah mereka tidak pernah tahu tentang motif,visi dan misi kerajaan menubuhkan program yang mereka lalui??haha..mungkin mereka menganggap result spm mereka yang tinggi itu telah dilekehkan oleh pihak UIAm dengan memberi kos yang tidak menjadi pilihan hatinya.mungkin..sekadar ramalan sahaja..hem..agak takot untuk membicarakan tentang ini..ana yajin,rata2 mengaatakan bahawa,
'ini pilihan ibu bapa ana..'
'mama papa nak ana belajar oversea..'
'ana nak buat medik..'
'cita2 ana sejak sekolah nak jadi doktor..'

itu hak semua orang untuk memilih bidang yang digemari..
sebenarnya,ana pon bercadang untuk ke oversea..
oh,sape yang taknak pergi oversea..
dengan bayaran cume rm20,ooo..semua mampu untuk belajar ke tempat pilihan hati..
terlalu banyak tawaran..samada dari
medikmesir..
global medic network..
akademi quran medic mesir..
macam2 tawaran..
terfikir2..kemanakah kaki akan melangkah selepas tamatnya kembara hidup di DARUL QURAN?

harapan ibu dan ayah mahu melihat anakanda mengikut jejak kakak dalam bidang perubatan..sejak sekolah lagi..
ibu selalu mengatakan..
"husna pun nak buat medik jugak kat mesir nanti.."
medik?mesir?
best nya..buleh hidup di negara orang..
boleh usya mamat arab..
haha..
bila lagi berpeluang nak pegi merantau..
tapi setelah masuk Darul quran..semua seakan berubah..
menjadi lebih baek??
mungkin..
sebenarnya,agak tergugat dengan situasi ramai kawan2 yang akan melanjutkan pelajaran ke mesir..
nak jugak..sapa tak nak..peluang emas tuuu..
tapi sebenar2 cita2 ana nak jadi polis..
kelakar kan?itu dulu..pastu ana bercita2 nak jadi peguam..sejak menceburkan diri dalam bidang bahas dan perdebatan..ana memang nak sangat jadi peguam syariah..
tapi nampaknya family ana menentang..mereka tidak bersetuju..
tapi ana tetap mohon untuk buat law kat oversea..bukan syariah la..
dapat tawaran..tapi terpaksa tolak..ibu bapa tak setuju..
ana ikotkan aje..
dan sejak masuk DQ,memang ana rasa ana lebih berminat untuk menjurus dalam bidang agama..seperti syariah mungkin..terlalu minat sebenarnya..sejak sekolah lagi..subjek ni memang skor 90 marks..menunjukkan rasa minat terhadap syariah..
yang ni ibu bapa ana tak halang..
tapi masalah pula dengan UIAM..pihak UIAM tak bagi ana amek syariah..
oh..tidak..sedangkan ana berniat nak amek syariah sampai master tak pun pHD..then,jadi pensyarah..
kata ustaz hussin,
"pendakwah tak boleh lari dari menjadi seorang pendidik.."
ana nak jadi pensyarah..

PROFESOR MADYA DOKTOR NURUL HUSNA..

ade jugak DOKTOR,ok la tu..
tapi disebabkan ana dah jadi pelajar DQ tanggungan UIAM,ana ikot rentak mereka..ana kena amek sains..
ok..takpe..ana mitak dalam bidang farmasi..
tak berminat nak menjadi doktor..
risau kesibukan yang akan melanda..
ana perempuan..
satu hari nanti bakal menjadi isteri dan ibu..
persoalan kat sini luas..
mungkin ade yang mengatakan,
"anak2 doktor pon bagus2.."
seorang kenalan ana,mak ayahnya adalah doktor..dan dia pon bakal menjadi doktor..sedang buat IB somewhere..
hebat..adek beradek nya pon ana kenal..juga hebat..tapi ana takot kalau ana jadi doktor,mungkin ana tak sehebat ummi kenalan ana tu untuk mendidik anak2 menjadi seperti itu..
dan ana mungkin nak anak2 yang lebih baek dari tuu..haha
bercakap soal masa depan..hala tuju huffaz..
kalo jadi doktor,siang malam sibuk..
belajar macam nak mati..
no life
..
busy manjang..
da kerja nanti lagi laaa..
so memang ana tak rasa nak amek medik..
demi suami dan pejuang2 yang ana akan hasilkan nanti..
waaaa..macam jiwang plak ana ni..
tapi itu hakikat..
tah ape tah nak jadi nanti jadi je lah..
tapi ana ikot kata mak ayah kakak dan abang..amek farmasi..
tadi ana lebih berminat jadi pensyarah dalam bidang farmasi kot nanti..
itu lebih bagos..
"martabat seorang guru hampir menyamai seorang rasul.."
ustaz hussin pon ade berpesan,
"amek la bidang sains,seterusnya jadi pendidik,mulia insya allah.."
banyak nasihat ustaz hussin bagi..alih2 buleh jadi menantu dia pon ok ape..
oh,ust hussin ni kawan ayahandaku..die pensyarah kat UTM skudai dalam bidang kaunseling kot..tapi die seorang ustaz..die pernah belajar kat libya..seorng hafiz..dan die jugak bukak perubatan darussyifa di Johor..dekat umah akak ni..
hari berlalu..dan sampai sekarang hala tuju ana tak pernah ade yang kekal..
ana tak tahu langkah mana yang terbaek harus ana pilih..
tahun lepas,ana pernah dapat tawaran ke JEPUN,buat electrical engineering..memang ana minta..masa sekolah dulu..tapi nak maen2 je..tak sangka dapat..tapi tu pun ana tolak..engineer??oohh..noo..abang ana yang engineer semua sebuk..kerja memanjang..ana tak rasa nak kerja macam tu..penat2..lagipon engineering sesuai lebih untuk lelaki kot..

dan lihat la satu masa nanti..ape hala tuju ana..
dan kawan2 ana yang same2 berjuang kat DQ..
hampir semua dah dapat title alhafiz dan alhafizah..
pastinya jalan yang paling baek harus dipilih..agar nanti same2 mampu memberi khidmat terbaek buat masyarakat..
daie yang hebat bermula dari perancangan hidup yang gempak..
so,rancang la ape yang terbaek..dan tawakkal pada allah..
ana harap allah bagi ana yang terbaek..dimana ade rezeki ana,disitu ana harap yang terbaek untuk ana.
buat kawan2 ana yang nak pergi oversea..ana harap fikir2kan lah..
apa yang ana pasti,post ni akan mendapat sokongan penuh dari us majid hafiz dan adeknya,majid faiz..haha.
pakat2 imarahkan uiam..
tapi kalo dah nak fly tu,nak buat canne kan ust??
yang penting,di mana pun antum wa antunna pergi,selagi tu la agama allah dijunjung..pejuang tetap pejuang..
semalam ana sempat chatting dengan mak usrah ana,
NURUL HAFIZA AZMI..
die skrang blaja kat mesir..medik..lepasan DQ jugak..maksudnya antara orang yang lari dari UIAM la nii..
katanya
"tak yah la datang sini..ramai sangat orang mesia..tak rasa dok oversea pon.."
abang kenalan ana yang blaja kat CAIRO UNIVERSITY pon ade cakap..
"penuh budak mesia kat sini,terutama ex-dq.."
mmg patot laa..sebab ramai sangat yang lari..bape kerat je yang ade kat uia tuu..
semoga allah menunjukkan kite jalan yang terbaek..
buat pilihan terbaek..ape yang dicari adalah keberkatan..bukan kemegahan..
jgn buat kesilapan..nanti tak larat nak tanggung balasan..
kan>??
hem..ana tak kesah la kalo orang nak band ana pasni sebab post yang ana tulis..sape nak fly tu,sile..
dan UIAM jangan risau,ana tetap akan cube memperjuangkan dakwah di sane nanti..
kuantiti jangan dikhuatiri..yang penting kualiti..kan??
ana yakin yang masih ade kat UIAM nanti takkan biarkan dakwah merosot meskipon jumlah kami ke UIAM memang MEROSOT..
pejuang tetap pejuang...

wasssssalam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.