Aku mahu paksa hati ini cinta pada dakwah dan perjuangan. Kerana itulah fatrah hati yang sayangkan Tuhan. Aku mahu paksa jasad ini biar ia letih berjuang. Kerana kelak ia bakal jadi saksi di hari perhitungan.
Thursday, March 12, 2009
tahniah sume~SPM 2008
hari ni ak ke sekolah ibuku lagi.tujuanku untuk membeli sedikit barang di kawasan bebas cukai pengkalan kubur sebelum bertolak ke DQ nanti.setibanya disekolah,semua adek2 memandangku.terasa pelik..pelikkah ak??apa yang tidak kena??penampilanku kah??rasenya tetap same.ak masih berjubah..dan tiba2 mereka menyerangku,bersalam-salaman dan bertanya macam2 hal kepadaku.tersenyum ak sendirian.mereka ibarat kaen putih yang baru bertatih untuk dicorakkan.ak bersabar dengan karenah macam2 antara mereka.meskipun rase malu ada kerana seolah2 ak menggangu pentadbiran sekolah.lantas ibuku memanggilku,mungkin menyedari rase tidak enakku dikerumuni seperti itu.ak di bilik ibuku,sementara menunggu kedai2 dibuka jam 9 pagi.sementara ak leka melayan laptop,satu mesej masok..dari Aina Fauzi,bertanya tentang muslim yang ingin memulakan hidup baru dgn quran dan sunnah,apa sewajarnya dilakukan..soalan itu ak jawab semampunya..kerana ak juga tidak punya banyak ilmu..kitab riyadhus solihin yang ak tadah dari tuan guru pondok lubuk tapah sejak tingkatan 3 masih belum ak khatamkan sehingga tuan guru haji abdullah pun sudah kembali kerahmatullah..nyatany ilmuku masih kurang.tapi sekadar mengeluarkan pendapat,i'allah..ak cube semampunya..jam 9 pagi ak meminta izin untuk ke kawasan bebas cukai pengkalan kubur,5 minit saja dari sekolah ibuku..kunci kereta aku capai,bersemangat mahu bershoping barangkali sehingga terlupa nasi yang ibuku kirim..berlaparlah aku..ak singgah sebentar di stokis PERMATA HIJRAH,membeli ubat mata buat kawan DQ,ADLINA ZAINAL ABIDIN..mataku juga mungkin perlukan rawatan..tapi abaikan dulu..tapi perasaan tidak selesa terpaksa 24jam memakai cermin mata menggugat juga hatiku..aku teruskan perjalanan..sedang rancak ak mendengar nasyid INTIFADHAH dengan volume paling kuat dalam kereta(untuk naekkan semangat),ak dapat mesej dari sepupuku,ASLAM..memberitakan kejayaan adeknya,BAIHAQI dalam SPM..tahniah sepupuku mendapat 12A..10 1A dan 2 2A..tersenyum ak sendirian..pasti dia sedang bergembira..sepupuku,BAIHAQI juga menuntut di DARUL QURAN..junior ku lah tu..padahal umur kami same..tapi kerana ak sedikit 'bertuah',ak maju setapak dari nye..dengan result yang begitu gempak,ak yakin dia akan ke oversea..begitu yakin..kerana sewaktu die menetap dirumahku sebelum mendapat tawaran ke DQ,die ade mengatakan,akan ke oversea seandainya result baek..dan terbukti..resultny cukop gempak..ak mengeluh..tapi Aslam mengatakan bahawa,Bai sudah berubah hati..die mahu menjadi saintis yang hafidh..ak tersenyum membaca mesej itu..jika benar,ak tumpang gembira dengan prinsip sepupuku..dan andai betol die tidak ke oversea,ak 'salute' die semampunya..katanye,mahu habeskan quran,baru mahu fikir kemana mahu teroskan pengajian..waaa..aku tumpang bangga andai benar itu keputusan yg diambil seppupuku..itulah sewajarnya keputusan..sebaek2 keputusan adalah istikharah kan??ape pon keputusan Bai,ak harap die dapat yang terbaek..sejak kecik lagi ak mengenalinya..dah namenye sepupu..bile time hari raye,almost die akan balek ke kelantan dan akan stay di rumah ku,bersame family tentunye..cuti sekolah pon kadang2 dihabiskan dirumahku..dielah satu2nye sepupu yang sebaya denganku..makan megi bersama,berbuka puase bersama..haha.tentu keadaan sudah berubah selepas dia menjadi pelajar DQ..mungkin kah??tunggu dan lihat sajelah..selaen itu,ak mendapat feedback dari adek2 persijilan GEN10 yang laen,keputusan memuaskan..IMAN pelajar SAMBEST subang jaya mesej memberitakan die mendapat straight A!waw..subhanallah..semoga die tidak hanyut dengan cubaan kejayaan itu..semoga teros istiqamah menuntut ilmu allah seikhlasnya..tapi tak kurang juga ade yang tidak mahu memberitahu kepada ku..merahsiakan barangkali kerana kecewa..ah,tidak perlu khuatir mahupun risau dengan keputusan itu..itu hanya satu ujian yang dirangka oleh manusia..bagi adek2(walopon umur same),result yang rendah itu mungkin kafarah diatas dosa2 kite..ataupun mungkin satu wasilah untuk meningkatkan tahap keimanan kite..bersabar dan redha dengan ketentuan tuhan,itu bukti keimanan jitu seorangmuslim..berkate2 mungkin senang,,tidak..ak pon pernah merasai kegagalan.but,there is nothing to do..mungkin dah banyak kejayaan yang dikecapi,kenapa dengan sekali kegagalan,kite teros rebah tersungkur??tidak sekali-kali..sabar,redha dan ikhlas..ibuku slalu berpesan,bersedih lah..tapi jgn berputos asa..jadikan kesedihan itu satu rangsangan unt tidak jatoh dan gagal lagi selepas ini..jgn putus asa..hem..buat yang berjaya,tahniah!!ak bangga,pelajar dari SMKA Naim Lilbanat yang mendapat 20A..nik nur madihah name nya kalau tak silap..sewaktu buletin utama tadi,ayahanda ku menjerit2 memanggil ak,menyuruh ak melihat liputan tentang pelajar 20A itu..katanya semangat agar ak belajar sehebatnye..adakah ak masih belum hebat>?soalku pada ayahandaku..ibuku menjawab..belom hebat selagi syurga belom tentu milikmu..terpana seketika..itu rupanya harapan ibu bapa ku..itu rupanya ukuran kehebatan ak dimata kedua mereka..ah..terpukol rasenya..dan sekadar perkongsian buat junior2 DQ..sewaktu mendapat result SPM 2007.ibuku tidak berkata ape2..cume tersenyum dan ucapan tahniah..namun,sewaktu 13hb FEB 2009,tarikh yang cukop istimewa bagi ak setelah menamatkan hafazan alquran,ibuku ternyata jaoh lebih gembira..tangisannya tidak henti.ak turut terharu..lantas aku bertanya,kenapa sewaktu SPM ku,ibu tidak begini..kata ibuku,beribu2 orang yang mendapat kecemerlangan dalam SPm..namun tidak semua orang terpilih menjadi alhafidh alquran..ak terpukul lagi..ah,ibuku mmg selalu..membuatku terpukol dengan kate2nya..hem,ak tersenyum sendiri..sindiran dalam diam..tidak mengapa..itu tanda kasih sayang kot..SPM..tidak lame..sebulan selepas keputusan SPM,pasti keadaan sudah reda..tidak ada lagi yang bertanya itu,ini tentang keputusan SPM..ak pasti..kerana ak pernah mengalaminya..ak mengakui..ak merasainya..semoga pemenang2 SPM 2008,tahniah dan alfu mabrur..teroskan perjuangan,usah gentar menempuh dugaan..buktikan kecemerlangan berterusan,insya allah..dan dedikasi khas buat sepupuku,BAIHAQI HATTA,remung kembali saat2 2bulan di DQ..imbas kembali tarbiah yang dikutip dan diambil dalam bumi DQ..ak dan 100 lagi pelajar persejilan GEN9 telah merasai kenikmatan DQ setelah hampir 3sem disitu..percayalah sepupuku..pasti Bai takkan menyesal di DQ..mahupun sesiapa saje..wassalam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::
:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- husnataqwa
- a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.
No comments:
Post a Comment