>
>Bila langit mula mendung, kekadang terdengar
bebelan orang-orang di
>sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.."
Soalnya, kenapa hujan
>dikatakan cuaca buruk?
>
>Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh
bila hari hujan?
>- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
>- Alahai, hujan laaagiiii
>- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
>- Payah nak buat apa2 kalau hujan
>- Tak boleh balik lagi, hujan!
>
>Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik
digantikan dengan doa :
>
>"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya
Tuhan kami! Jadikan hujan ini
>bermanfaat buat kami).
>
>Hakikatnya, hujan itu rahmat.
>"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin
sebagai pembawa berita yang
>mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila
>angin itu membawa awan mendung, Kami
halakan dia ke negeri yang mati (ke
>daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan
hujan dengan awan itu,
>kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu
berbagai-bagai jenis
>buah-buahan. Demikianlah pula Kami
mengeluarkan (menghidupkan semula)
>orang-orang yang telah mati, supaya kamu
beringat (mengambil pelajaran
>daripadanya)." (Al-A'raf : 57)
>
>Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
>1. Membersihkan udara
>2. Menyubur tanaman
>3. Membekal air ke empangan
>
>Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada
banyak lagi.
>
>Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
>
>"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je
bermuram ni..?" Macam biasa
>dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim
sungguh hujan dengan suasana
>muram/tak best. Kesian hujan.
>
>Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat
dilimpahkan buat manusia. Sebab
>itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa
mustajab.
>
>Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari
hujan. Tiap-tiap hari
>ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa
lepaskan peluang dengan keluhan
>sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
>"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan
menurunkan hujan yang
>mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
>
>Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik
dari semalam. Dan semoga, hari
>esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf dan
ilmu-ilmu fardhu Ain lain
>pun ada juga mengingatkan kita tentang
kebijaksanaan Allah.
>
>Lihatlah firman Allah yg bermaksud :
>"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan
sukatan yang tertentu, serta
>Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan
sesungguhnya Kami sudah tentu
>berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)
>
>Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA
SUKATAN. Baru hari ini kita tahu,
>bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita
sekarang ini ada sebabnya,
>ada sukatannya. Kemudian, air itu akan
disimpan di bumi. Selama mana? Itu
>semua rahsia Allah
>"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa
air dan pemindah benih; maka
>dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari
langit, kemudian kami berikan
>kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang
(berkuasa menurunkannya atau)
>menyimpannya." (al-Hijr : 22)
>
>Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.
>"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit
dan bumi dan kepadaNyalah
>dikembalikan segala urusan. Oleh itu,
sembahlah akan Dia serta berserahlah
>kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak
sekali-kali lalai akan apa yang
>kamu lakukan." (Surah Hud : 123)
~bumi itu mati,tapi setelah turunnye hujan,ia jadi hidup..terbentuk hidupan..bermula dengan bakteria..tak percaye??kalo belajar Biology mesti tahu..so,check it out..
No comments:
Post a Comment