♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, June 20, 2009

kenape kena diam bile azan??

Assalamualaikum wbt. 

Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU 
yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu 
disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti 
menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak 
kita ketahui. Cuba kita amati. 
Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir 
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, 
keras dan hanya mimik mukanya yang menahan 
kesakitan 'sakaratul maut'. 

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, 
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut 
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita 
disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata 
apa-apa pun semasa azan berkumandang. 
Sebagai orang beragama Islam kita wajib 
menghormati azan. 

Banyak fadhilatnya. 
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri 
tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan 
kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas 
sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah 
akan kelukan lidahnya ketika nazak. 

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal 
hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap 
kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa 
yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika 
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya 
menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah 
kita sama-sama menghormati azan dan mohon 
kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa 
nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! 
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian 
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami 
mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa 
sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. 
amin Yarobbal a'lamin..

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada 
SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-
tandanya: 
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. 
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu. 
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-
sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 
1) Jujur dalam berkata-kata. 
2) Menjauhi segala yg haram. 
3) Merendahkan diri. 

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 
tanda2nya: 
1) Merahsiakan ibadahnya. 
2) Merahsiakan sedekahnya. 
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. 

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 
tanda2nya: 
1) Takut berlaku dusta dan keji. 
2) Menjauhi kejahatan. 
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam 
keharaman. 

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 
tanda2nya: 
1) Mengawasi dirinya. 
2) Menghisab dirinya. 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t. 

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar 
bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu 
kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit 
terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa 
pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola 
sepak. Semua insan ingin memasuki syurga 
tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara 
tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat 
berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan 
yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 
2 atau 3 kali. OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI 
KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI 
KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH. 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.