♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, July 27, 2009

senang tapi kacau~

27 julai 2330
Salam

Tak de perkataan sesuai nak describe prasaan diri sendiri.rase lega dan puas.exam biology baru selesai tadi.puas?tidak bermaksud ana berjaya menjawab dengan sempurna.skurang2nya ana rase puas dengan ape yang mampu ana lakukan.tapi hakikatnya terkejut jugak dengan soalan.oh,panjang pulak ceritanya.
Huu..da lame rasenya tak menjenguk blog diri sendiri.blog orang laen apatah lagi.sebuk dengan study biology.haha.
Cuti midsem dirumah pun ana tak mampu nak bukak blog.bukan kuat study.tapi banyak tido.pelik jugak..boleh plak tido 14jam tak bangun3..ana pun tak faham.abang cakap,nasib baik bangun..kalau tak dah nak panggil pak imam..haha.klakar!
Tapi nasib tak kena marah tidor banyak2..maklumlah penat blaja..ye ke?tipu semate2..di rumah ana banting tulang 4 kerat menjage nenek ana yang sakit agak teruk di rumah..kesian..nenek ana menghidap darah tinggi,kencing manis,sakit jantung,gastric..package lengkap kan?huuu~jage orang tua ni perlukan kesabaran yang tinggi,kan?
Tak pe,sekurang2nya ana dapat blajar sesuatu..
Skill memasak pun dah bertambah!
Jangan jeles.
Sekejap nenek nak ayam bakar..
Eh,tetiba tukar selera nak sayur putih plak..
Kadang2 die cakap nak makan ikan goreng..pastu die ubah menu plak nak makan ikan singgan..ikan dah tak de..kene cari ikan baru..pergi la mengail di kedai..bukan senang menjadi seorang ibu kan?ana terfikir agaknya sesusah ini la ibu dan ayahanda ana jage ana time ana sakit..sekali nak jagung bakar..eh,tibe2 tukar selera nak tomyam..tapi dierang sabar je..jadi ana pun sabar je la dengan karenah nenek ana..orang tua la katakana..kite nanti pun tua jugak..
Pesan abang,enjoy je..ayahanda ana plak tak senang tengok ana ngadap computer..ade je idea die..
“kak tolong tu…tolong ni…”
“baek akak tido dari ngadap bende tu..”
“ade umpan ke..asyik ngadap komp je..sesekali balek luangkan mase ngan orang kat rumah..”
(oh,ayah cakap kelantan!!!!!!!!!haha)
Oh,panjang plak perkongsian..huuuu~
Sabtu,25 julai,ana dah brada di UIA sedangkan waktu itu ramai sahabat masih di kampong,melantak buah..sekarangkan musim buah..ana pun banyak makan buah.tapi tetap tak puas..sangat menggemari buah.
Kata seorang kawan,
“kalau husna sedih2,nanti saya bawak husna ke kedai buah.mesti husna gembira”
Haha.nampak sangat suke buah.
Bese saje.
Nampaknya post yang lepas berkaitan hafiz dan hafizah dapat banyak komen dan ana sendri pun tak mampu nak bace..panjang2 dan ade input yang nak disampaikan masing2 walopun ayat punya lah berlapis2..ana paham..tapi yg peliknya napa korang tak nak dedahkan identity korang eh?pening ana..bukan ape,takut komen yang ana balas tak kena pada orang yang mengomennye..haha.
Takpe,komen2 tu nanti ana balas..terima kasih kepada yang komen dan yang kondem serta tak kurang yang memberi dorongan..terima kasih daun keladi.seperti yang ana kate,ana sendiri masih mempunyai terlalu banyak kekurangan.ana bercakap bukan atas dasar seorang HUSNA yang sempurna.tentunya anabercakap tentng diri ana sendiri yang membawa keburukan kepada islam.jadi ana nak betulkan persepsi la..ana tak sempurna..iman ana lebih lemah dari iman korang.ana tak hebat seperti hebatnya korang sume..ana punya banyak kelemahan dan keburukan yang perlu ana baiki.terima kasih atas segala komen yang membina dan kritikan yang berguna.jujurnya,ana jarang dikomen.mungkin orang tak berani ke?ana pun tak tahu la.sebab ana tak pernah buat salah?imposible..ana sangat banyak salah.jadi ana sangat berterima kasih orang yang cube menyedarkan ana dan buat ana mengerti langit itu tinggi atau rendah..terima kasih..tak kurang jugak email2 yang ana terima..ade yang membina..tak kurang jugak yang mengutuk dan menghina.tak pe,ana terima dengan baik segalanya.ana sendiri yang mencari pasal kan?sendiri buat,sendiri tanggung..
Oh,taknak cakap pasal bende yang berat.ana nak lepaskan tension selepas abes midsem ni..huhu.
Abes je exam ana nak restkan diri ana.ingat nak ajak emielia makan eskrem..tetiba tringat pesan abang.
“jage la makan tu..eskrem tu makan berpada2..”
Memandangkan minggu lepas baru je makan eskrem so ana batalkan hasrat hati..
Ana ke kiosk KC..tengok 100plus minuman kegemaran..
Terbayang plak wajah doctor Rizal.
“U avoid dari amek minuman bergas..i rayu sngat dengan u..”
So ana batalkan lagi hasrat hati.tak boleh jadi ni..sume bende tak leh makan..
Last amek roti je laa..senang cite..tak de sapa marah..perlu terima hakikat,ana tak seperti orang laen..maksudnya?takpe.ana yang lebih tahu.
Sesekali tentu kite tertanya2,kenapa allah menguji aku dan bukan die?
Kenapa aku ditimpa sume ni dan bukan mereka?
Kenapa bahu aku yang berat memikul sume ni dan bukan kamu?
Terlalu banyak persoalan yang dilontarkan..tapi hakikat tetap hakikat.
Hakikatnya aku yang menanggung semuanya.
Pahit atau manis..itu untuk aku..
Untuk kamu,mereka atau die tentu ade pahit dan manisnya jugak..
Betulkan?
Kadang2 ana sendiri keep questioning..
Why..why…why…
Kenapa ye..
Nampak sangat ana tak bersyukur dengan apa yang ana ade kan?
Selepas exam bio,mesej zainab aqilah dari bumi satelit nilai menyentuh di dasar hati..
Mesejnya tertulis,
“assalamualaikum..tringat kat husna.cane kesihatan sekarang?”
Seakan tahu ape yang bermain di fikiran dan hati serta benak sendiri..
Bila dapat mesej dari zainab ni ana rase syu dan terharu..walaupun jauh masih ade orang yang memikirkan tentang ana..
Buat anje nur,syafakillah..dah seminggu demam..harap2 bukan H1N1..
Medcy anjur talk H1N1 11 ogos nanti..pakat2 g dengar eh!
Maaf anje,bukan tak nak Tanya khabar atau bukan sengaja buat tak tahu.ari tu jumpe anje kat surau,anje buat tak tahu je..sedih oo..haha.
Buat Emielia plak,trima kasih sebab jadi ‘babysitter’ terbaek buat ana..haha.
Ana sangat bertuah dikelilingi oleh manusia yang baek2..
Emielia sangat amek berat..
Mesejnya memenuhi inbox..
“da makan?”
“nak ak belikan makanan?”
“nak makan ape?”
“ade kelas tak?”
Terima kasih sahabat..
Ana bangga dikelilingi orang sebaek anda!
Tak cukopkah itu semua buat ana rase bertuah..??atau ana masih nak bertanya atau erti kata laen,ana complen pada allah dengan segala kekurangan yang ana hadapi..
Pesan ibu beribu2..
“tido biar cukop.jgn buat keje penat2..kite tu tak sihat..”
“ubat jangan lupe makan..”
“Jangan tu…jgn ni…”
“Minum air kosong banyak2..”
Sayangnya ibu tiada tala bandingan.
Pesan abang tak usah nak cakap..berlambak2..
“nak tido malam pakai la stokin,nanti sejok masuk angin.”
“petang2 balek kelas,g la jogging..”
“jgn minum ais dik.pantang ape yang perlu dipantang”
“spek yang separuh ribu harge tu pakai la..”
Haaa…sayangnya mereka tiada bandingan..tapi kenapa masih rase kekurangan?
Pelikkan?manusia tak pernah rase cukop dengan ape yang die ada..
Sama seperti ana sendiri..
Kenapa asyik fikir dugaan dan mehnah serta tribulasi yang ana hadapi?
Kenapa tak fikir kasihnya mereka yang mengasihi?

Hamper genap setahun,makin ana risau..
Sekiranya begitu,maka ana?
Sekiranya itu berlaku,ape yang akan terjadi kepada ana?
Argh!
Ape ana merepek ni pun ana tak tau.abaikan…!
argh!
Kacau la fikiran ana..
Ape pon,doakana ana yang terbaek..
Jika hidup itu baek,maka berilah ana peluang untuk hidup..
Moga segala tekanan hilang terbang dari kepala ana..
Argh!
Tolong~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.