♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, July 28, 2009

siapakah nikmat??

28 julai 2009

Seusai kelas computer,ke bilik madam Ayu melihat markah exam baru2 ni..alhamdulillah.49/55 cukop untuk puaskan hati.padahal sewaktu menjawab,perasaan banyak teruji dan susah hati.syukur,masih boleh survive..huuuuu.takde la memalukan ayahanda sebagai seorang graphic designer..kata ayahanda,
“kalau tak cemerlang subjek comp,buat malu je anak tokey syarikat media”
Anyway,ok la tu. Tak de la malu nak inform ayahanda.haha.Nikmat tuhan tiada terhingga buat hambaNya..Nikmat dan Nikmat..
Selepas keluar bilik madam,mesej dari Abang Ki tertera di skrin Nokia 3500 itu.
“Alhamdulillah segala puji bagi allah,kami dianugerahkan bayi lelaki tepat jam 9.45am.ibu dan anak selamat…”
Mesej masih panjang,tapi tak sempat ana nak bace. Terlalu excited dengan ‘gurauan’ abang. Mana mungkin! Due date kak Ju bersalin 28 Ogos.. Jam tangan Casio itu ana jelling.. Ni 28 haribulan.. tapi masih Julai. Ah,abang ni.. Kalau excited nak dapat baby pun jangan nak gurau bodoh plak. Tapi yang peliknya,boleh plak engineer yang committed kerja ni mesej ana time office hour semate nak main2..
Ah,tak gune berteka teki.
Butang hijau ana tekan memanggil “Sayang Abang Ki”.
Tak sampai 2saat panggilan bersahut dan tawa abang kedengaran.
“Betol ke dah dapat baby?Kan sebulan lagi?”
“Eh tak pecaya plak. Dah allah nak bagi nak buat macamane..alhamdulillah”kedenganran suara abang girang sekali.
Gembiranya die.
Ok,abang tak tipu.
Maksudnya,
Ana dapat anak saudara lelaki yang baru!!
Tak tergambar gembiranya perasaan ana..
Sangat gembira..
Ana cakap kat abang,ana speechless..
Dan abang tak henti2 menyuruh ana datang ke johor.. kalau boleh,ana nak terbang ke sana sekarang jugak melihat anak saudara baru kurniaan Tuhan yang Esa buat abang yang tercinta.
Ana tumpang gembira.
Ana yakin,abang lebih gembira.
Saat menggambarkan perasaan kegembiraan abang,ana rasa hamper menitis air mata.
Terlalu gembira.
Tapi cover seyh.
Ade Zakirah dan Nadiatul Husna di sebelah.
Buat malu kalau tetiba nangis kat Central Spine tu.
Hahs.kerek punya budak!
KEBAHAGIAAN ABANG,KEBAHAGIAANKU JUA..
Anak abang pun anak ana jugak.ana gembira sangat!
Rase nak citer kat sume orang. Tapi orang macam tak paham. Anak saudara pun kene excited sampai macam tu ke? Eh,mesti!!
Nak tunggu anak sendiri entah bile.
Waaa..ana gembira la skrang ni…
Paham takkk…………!!!!!!!!!!!!
Ana telefon ibu,kakak dan abang yang laen meluahkan rase gembira.
Kalau boleh sujud syukur kat situ jugak ana sujud..
Haha.kerek lagi!
Alhamdulillah..tak lupe panjat syukur kat allah atas segala NIKMAT yang diberikan..
Nikmat? Haaa..abang ana nak letak nama anak die Nikmat..
Ops…Bukan Mohamad Nikmat laa..
Mohamad Naim..
Tapi ana cakap,letak la nama
Khairil Naim bin mohamad Kharil Sedqi.
Tapi abang cakap nama abang dah ade “khairil”.
Alaaa..kan best sebaek2 nikmat..
Gado plak ngan abang nak letak nama anak die.
Ana plak yang over excited..
Ana cadangkan name
Khairunnaim bin mohamad khairil sedqi.
Nama bapak sangat panjang. Kesian kat Naim tu nanti.
Akhirnya abang ngalah.
Yelah,ape je janji Naim tu yang penting..yang bawak maksud kesenangan..
Kasih seorang abang..Haha.
Gembira tak terhingga..
NIKMATnya kasih sayang dengan keluarga tiada terhingga..
Abadi dan kekal selamanya bahagia…
I’allah..
Moga2 generasi kami yang akan datang semakin bertambah iman dan ketaqwaannya dan diangkat darjat yang mulia di sisi Tuhan yang pengasih dan penyayang.
Subhanallah..
NIKMATMu tiada terhingga buat kami sekeluarga ya allah…
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

salam ske bce entry akq..
pape congratz eh..
tumpang hepi skali walaupun x penah jumpe..^_^

husnabaek said...

to anonymous..
huhu..thanks..tumpang gembira?jarang tuh orang buleh faham prasaan ni..
ni sape eh??

Anonymous said...

sebab sye penah lalui ape yg akq kena..
jumpe blog nie pun from blog gen-9..^_^

husnabaek said...

oh...ok..tengkiu.blog gen9 memang hebat...hebat mempromote jugak/tahniah gen9..(erk,ana pon gen9,maksudny puji diri sendiri..oh bukan diri sendiri..puji jemaah sendiri..haha)
ana hargainy.skali lagi terima kasih.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.