♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, August 23, 2009

FASTRAIN '09

PDS TRAINING CAMP PASIR PANJANG PORT DICKSON.
SurAh noor ayat 55

Fastrain 20009

“ya allah thabatkan hatiku dengan ape keputusan yang telah aku buat. Sesungguhnya aku benar2 pergi untuk ditarbiah dan menimba ilmu.”
Lantas kaki dihayun yaqin menuju ke bas persiaran yang ‘segak’ menunggu di hadapan Mahallah Fatimah itu. Sesekali bisikan syaitan turut menggongcangkan iman.
“takpe2. ini ape yang aku pilih. Aku redha ape saje yang bakal terjadi. Aku serahkan kepada Dia.”katakan pada hati.
Bas meluncur tenang detemani tazkirah alam roh dari Ustaz Khairi yang dimaenkan oleh DVD Player. Mungkin bas sebuah lagi lebih bertuah mendapat santapan tazkirah secara ‘live’. Singgah sebentar di R&R Seremban. Bersolat. Waa.. dekat dengan rumah akak. Sabar2.
Ok. Aktiviti pertama sebagai peserta. (ops,sebenarnya dah lame tak jadik peserta. Lama sangat.) kembali semula ke zaman DQ. Ditarbiah dan ditarbiah. Tiada jemu. Sekarang,rase janggal jugak ye.. haha. Bese je.
Dibahagikan group bercampur dengan brothers. Ya,benar. Sekali lagi,kurang biasa. Aktiviti pertama,membina rakit dan mendayungnya di tengah laut yang bergelora. Ya. Mencabar. Sudah lama berhenti dari melakukan aktiviti lasak sejak sejarah terlantar di katil hospital. Lama. Tapi alhamdulillah. Kembali dapat mengecap nikmat ke’lasak’an yang memang digemari sejak dulu. Sesekali risau jugak dengan sentakan2 halus yang terasa di hulu jantung. Risau jugak dengan ‘striking’ pandangan mata dan kepala. Selawat ke atas Nabi konsisten memohon keselamatan dan kekuatan. Ikhtilat? Ade. Tapi sebenarnya ia terpulang kepada kite bukan? Contohnya,jika buat kerja dalam group antara sister dan brother. Sebarang masalah boleh diatasi sekiranya masing2 tahu menjaga diri masing2. masing2 tahu role masing2. itu penting. Dan perkara yang tak disenangi boleh dielakkan. Agama tidak pernah menghalang untuk bermuamalat antara lelaki dan perempuan. Tapi,tetap ade lampu isyaratnya. Agar kite tak kecundang. Kan? Sebab tu la.. kalo boleh,masing2 jangan nak salahkan sesapa,tapi pandang diri sendiri an sedar dengan kesedaran paling tinggi tentang biah yang perlu kite jaga. Kan?
Mendayung rakit memang penat. Belajar sesuatu. Kerjasama adalah sangat penting. Dan lelaki dan wanita punya ‘role’ yang tersendiri. Benar. Betol. Haha.
Maghrib berlalu. Baru pulang kembali ke daratan. Kedengaran beberapa orang brothers bermunaqasyah tentang solat jama’ dan qasar. Beberapa orang brothers berbincang dan masing2 mengeluarkan pendapat dan ‘fatwa’ masing2. rase jugak ingin menjampuk,tapi niat kurang sopan itu dibatalkan. Bukan nak dpaatkan publisiti murahan. Haha. Sebenarnya, bukan dalam kalangan brothers saje. Sisters pon same. Pelbagai pendapat mengenai solat jama’ dan qasar. Bagi ana pulak,sejak kecik ana sudah didedahkan dengan solat jama dan qasar dalam keluaga. Bile bermusafir,ibu teros memberi pendidikan tidak formal kepada ana dan adik beradik yang laen jugak. Indah. Jadi,konklusi pendenknya, tambahkan ilmu didada same2 eh. Makin jaoh hidop kite,makin banyak ilmu yang perlu kite terokai. Same,untuk anda dan untuk ana, same2 kite tambahkan saqofah kite. Pengajaran. Sesi malam diteroskan dengan ceramah oleh ustaz dari UIA sendiri. Walopun beberapa orang sahabat kurang terkesan dengan ceramah itu,tapi bagi ana,itu bukan salah ustaz. Itu adalah salah kite. Tumpuan kite. Kalo kite ingin mencari kebaekan dari sesuatu, kite psti dapat kebaekan itu. Tapi sekiranya kite mendengar tanpa matlamat,memang.. memang kite tak tahu ape yang ustaz nak sampaikan. Benar? Setuju? Kemudian diteruskan dengan KEMBARA HIKMAH. Jujur,ana tak paham ape motif modul ini. (ana seornag yang suke berterus-terang kan..haha..)dengan keadaan penat berakit,memang ana blur. dAn sahabat2 seangkatan pon ramai yang blur dan kurang faham dan kurang terkesan. Tak pe. Itu perkara biasa. Bukan salah pihak penganjur. Tapi mungkin kerana ana sendiri penat dan dengan sentakan2 halus di hulu jantung,memang ana tak dapaat tumpukan perhatian. Maka modul itu tidak dapat ana cari objektif dan matlamatnya. Tak pe. Itu salalh diri sendiri. Tidak salah orang yang membuat modul. Tentunya tujuh malam tujuh hari unit modul bertafakkur untuk dapatkan modul. Huhu. Laen kali boleh mintak pendapat ana. Ana seorang pengkritik yang hebat. Dan jujur. Haha.
Keesokannya,aktiviti compass marching. Menarik. Naek bukit meredah hutan dengan menggunakan kompas dan sekeping peta. Pada mulanya,terasa mahu tarik diri. Teringat pesan doctor dan parents untuk berhenti melakukan aktiviti lasak. Kalo kat rumah,jemur pakaian tengah panas pon ibu tak bagi. Haha. Atas alasan2 tertentu. Bukan saje nak jadik anak manja. Atau anak emas. Tapi keinginan diri sendiri terlalu tinggi. Tetap naek ke bukit. Bukan itu sahaja,malah menjadi peneraju kepada ahli kumpulan laen. Bergerak di kepala paling hadapan,sebagai kumpulan nombor satu dan terdiri dari ahli semua sister. Memang mencabar. Satu kompas menjadi panduan. Risau sekiranya tersalah arah,kesian pengikut2 di belakang. Beberapa kali tersungkur di akar kayu dan bergelincir dek kerana tanah lembab. Biasa. Sebelom ni ana memang biasa dengan kerja lasak. Tapi sejak 2tahun yang lalu,memang tak buat ape2 aktiviti yang lasak walopun jemur pakaian tengah panas(lasak ke tuh)haha)
Seluar yang awalnya puteh bersih kini hitam dan koko. Tak pe. Dynamo kannn adeee.. haha.
Aktiviti ceramah oleh Ustaz Ismail Wong. Boleh tahan. Tapi sory ustaz. Jari yang injured sebab basket ball kembali minta diberikan perhatian. Tapi tumpuan cube diberikan sepenuhnya. Ape yang ana ingat sampai sekarang dialog ustaz..
“ape yang baek itu belom tentu baek. Ape yang burok itu belom tentu buruk..”
Indah ayat ini. Macam bagi satu kekuatan untuk ana. Dan mereka jua. Mungkin. Tahniah ustaz. Kemudian kemunculan DEAN CFS IIUM. Dr. Syed Zahir Idid bin Othman Idid. Bagos. Gembira bile dean tetap turun padang.senang hati bila dapat berkongsi beberapa perkata tentang CFS sendiri dengan DEAN.
DEAN bercakap sangat perlahan. Lembut dan santun. Kurang dengar. System PA di dewan itu mungkin tidak secanggih system PA di Angkasapuri ataupon PWTC. Haha. Maka,kurang dengar,tambah pulak DEAN cakap English. Yelah,bukan tak pandai English,tapi makin le tak jelas. Tapi tak pe. Kalo tumpukan perhatian betol2dapatnya input2 berharga. Ape yang menarik perhatian beta sebagai pendengar dari belakang, DEAN ade sebut tentang GPDP dan dalam mase yang same,bertanya sape yang tulis kat blog tentnag GPDP. Ok,Siti khadijah.. Kenapa tak mengaku..?? haha. Ramai je yang tulis. Diri sendiri pun ade menyebut tentnag itu dib log ni tapi tidak secara langsung. DEAN mengakui kesilapan mereka dan mahu membaikinya di mase yang akan datang. Ok. Takpe. Itu janji. Harap2 tidak jadik seperti tikus membaiki labu. Kan? Huu.
Tahniah,encik DEAN.
Kemudian diteruskan dengan aktiviti outdoor lagi. Sahabat menasihati supaya ana batalkan niat menyertai aktiviti lasak kali ni. Dengan tangan yang putih seperti mayat dan bibir yang semakin pucat,memang merisaukan mereka yang memandang. Tapi kenakalan tak le bla.. maen jugak. Siap jadik ketua kumpulan lagi. Mula penat dan sakit badan. Lalu,tidak menjadi leader terbaek. Kurang semangat. Ana yang rase lemah dan kurang bertenaga. Maka ana hanya melepaskan batuk ditangga. Tidak mengeluarkan sebarang idea untuk mereka. Maaf. Ade idea,tapi memang jantung dan kepala ini kurang ‘selesa’ pada waktu itu. Lagi,maaf.

Anyway,best jugak explorace ni. Tahniah unit modul. Good job. Selepas maghrib,santapan best! BBQ. Best. Memang tak tipu. Tahniah unit catering.
Good job.
kemudian diteruskan dengan solat terawih. Lupe,esok satu ramadhan. Patu mula rasa sayu. Nak balek j erase. Nak pose kat rumah. Panggilan dari ibu mula menggongcangkan hati. Namun kata ibu,
“kita ade jihad kite. Jangan sedih. Hanya orang ikhlas dan taqwa yang akan tenang.”
Maka,ana mula bertenang. Benar. Ini jihadku. Ini langkahku. Shoutul harakah. Itu lagu tema kami. Tak pernah dengar sebelom ni. So,tak reti sangat nak nyanyi. Sedangkan ana peminat setia nasyid. Huhu. Takpe. Tahniah.
Diimamkan oleh al hafiz-al hafiz. Best. Habis satu juzuk untuk satu malam. Mantop. Meskipun kaki rase nak tercabut,tapi nikmat ibadah tak terkira manisnya. Alhamdulillah.
Hari terakhir. Seawall jam 5 pagi bersahur dan diteruskan dengan solat subuh biljamaah. Ramai yang syahid.. memang sejak terawih semalam ramai yang syahid. Tapi pagi ni lagi ramai. Huhu. Ana termasok jugak. Tapi ana syahid selepas aktiviti tadarus alquran. Kemudian aktiviti diteroskan dengan sharing opinion. Diketuai oleh Bro Izdihar. Berbincang tentang aktiviti study circle dan peranan2 fasilitator.sesiapa saje yang ade pendapat,sile keluarkan. Sesiapa saje ade pertanyaan,silakan saje. Bagos. Ia membuka peluang meluahkan rase tak puas hati. Kenapa ana tak bersuara? Entah. Memang awalnya nak bersuara. Tapi risau tak mampu berhenti bercakap. Ana kan gile bercakap sket. Haha. Lagipon ana wakilkan saje pada sahabat2 seangkatan. Tak tahu kenapa dan sejak bile jadik pemalu. Huhu. Sapa la ana ni nak kuakan pendapat. Tetiba rase rendah diri. Maka walopun banyak yang nak disampaikan. Ana amik keputusan diam dan hanya berceramah dalam kalangan group ana sendiri. Tak pe la. Sape suro jadi pengecut. Hampeh.
Tahniah buat saudari seangkatan,Atiqah Razak,atas keberanian beliau. Ana? Hampeh. Ana sangat hampeh. Haha. Kutuk diri sendiri. Tak menyumbang langsung.banyak kalo nak kupas tentang masalah2 yang dikemukan/ tetiba rase tertarik nak menyertai FRC. Namun,mungkin sudah terlambat. Kan best,secara ‘live’ berada di thoriq dakwah. Memang tugas dan peranan FRC menjadi uslub dakwah yang ana nampak padanya jalan yang indah sekali. Benar. Rase nak berjuang di dalam FRC. Tapi itu mustahil. Angan2 saje. Tak pe. Sekurng2nya ade niat.
Oh, ade yang menarik bagi ana. Penginapan. Dalam satu dorm,diletakkan seramai lebih dari 40 orang peserta. Segan dan pelik. Itu ape yang ana rasa la, sangat ramai. Tak biasa mungkin. Huhu. Takpe,ini pengalaman kan..
Sekejap ja rase. Dah nak balek daa. Tahniah kepada committee sekalian. Nice job.
Kepada,PM,saudara Irfan dan saudari Isdayantie. Tak lupe kepada PC. Ramai. Saudara Majdi. Saudari Shida. Dan sesape saje yang pegang taklifat sebagai PC. Unit2 modul,catering,special task. Dan tak terkecuali pemimpin paling tinggi dalam FRC,saudara Syafiq Kamil. Tahniah buat kesekian kalinya.
“apa yang anda dapat?” soal seorang sahabat yang mungkin ingin menyindir dengan perkataan “tarbiah” yang ana tekankan sebelom hadir ke aktiviti ini. Oh,sangat banyal. Itu jawapan ana. Ia bergantung kepada kite. Anda yang tentukan apa yang anda dapat. Sekiranya anda tidak mencari sesuatu,maka anda tidak akan mendapat sesuatu. Sekiranya anda kembara dengan hasrat ingin mendapatkan sesuatu,pasti.. yakin.. anda akan mendapat sesuatu. Maka,ana mendapat sesuatu yang ana cari. Tu hakikat. Bagaimana dengan anda? Nilai dan piker.
Pukol 3.30 petang tiba di CFS IIUM. Huhu. Penat. Sepanjang perjalanan tidur aje. Huuh. Tapi kepenatan itu dicover dengan rase puas. Maka,jam 5 petang,keluar ke Mid Valley. Ana perlu dapatkan kasut kuliah baru untuk gantikan kasut Polo yang dah tenat dan nazak itu. habis pecah tapak kaki sebab kasut kurang selesa. Kali ni nak cari kasut yang selesa agar tak melukakan diri sendiri. Tambah2,mase pakai kasut lebih banyak berbanding tidak berkasut. Kasut tu penting. Tapak. Satu pelantar untuk kite berdiri. Kalo kasut best,kite tentu rasa yakin dengan diri sendiri. Huhu.
Dan untuk hari pertama ramadhan,ana,zakirah dan Qurrotu berbuka di Mid Valley. Awalnya tidak ade niat untuk itu. Tapi keadaan menjadikan begitu. Betolkan.. allah merancang,kite pon merancang. Ok.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.