♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, August 23, 2009

keliru?dan bagaimana?

Keliru? Dan bagaimana?

“husna tahu tak kite kena gi PD?”
“buat ape?”
“facilitator training. 3 hari. Bermula khamis hingga sabtu.”
Subhanallah.
Baru saje terfikir minggu ni nak berehat sepenuhnya di bilik kayangan. Rancangan sahabat dari KMB mahu bermalam di UIA hujung minggu ini disambut senang. Namun ade yang lebih perlu diaulakan.
Sebenarnya, pada awalnya hati menolak untuk pergi ke training kali ni. Walaupon setelah hadir ke taklimat, program ni salah satu program tarbiah. Islamik input sangat banyak mungkin. Kenapa hati menolak? Sebab selepas cuti mid sem, ana sangat sebok dengan bende2 laen. Blajar? Hampeh. Ana sedar kelemahan itu. Walopon cube semampunya untuk keep on give full attention dalam kelas, namun itu tak cukop. Tapi ini adalah program tarbiah. Ana harus memilih. Ana teros menelefon ibu ana. Kebetulan ayahanda menjawab panggilan. Ana luahkan kekeliruan di hati.
“kak, blaja tu tak semestinya dalam kelas je. Kat mane2 pon akak boleh blajar. Ba’ suke akak pergi program tarbiah..”
Maka, selepas mendapat ransangan dari ayahanda, ana kembali bersemangat. Rakan2 sekelas pon yang turut same mendapat tawaran nampaknya menyambut riang. So, ana tak kesah la. Kalo tinggal kelas pon ana tak keseorangan. Ade teman. Namun keadaan mula berubah. Seorang sahabat mengemukakan fakta “tak mahu tinggal kelas math”. Dan dalam kelas tu yang awalnya hamper 10 orang yang terpilih,sekarang hanya ana berdua(siti zakirah) yang masih tetap mahu ke kem tersebut. Hati mula goyah. Rakan sekelas, Siti khadijah Abas memang diwajibkan pergi sebab beliau salah seorang AJK program tersebut. Maka, bila ramai yang tarik diri, dan tawaran seorang banin sekelas yang rela hati mahu buatkan surat excuse lepaskan diri turut menggamit hati.
“sir azrul nak ajar satu chapter esok…” kata seorang sahabat.
“rugi tau..”
Goyah. Memang goyah.
“kau tu dah la sebok, ni nak gi training lagi 3 hari. Batalkan saje niat tu. Ko pasni belambak lagi keje nak buat. Dah 3 minggu straight ko tade kat UIA. Ni nak pegi lagi?”
“ko tan insaf ke? Minggu lepas sebok da. Ni nak kua lagi. Tak serik tertido dalam kelas?”
Soalan bertalu dari sahabat seperjuangan.
Haih. Ana paling tak suke untuk memilih. Ini yang paling tak best bile kena buat keputusan. Pergi atau tidak. Hadir atau tidak. Tarbiah atau tidak. Pengorbanan atau tidak.
Petang itu memang ana pikirkan habisan. Ana bukan pemikir terbaek. Itu satu hakikat. Maka, kepada Yang Terbaek ana memohon ditunjukkan jalan. Pergi atau tidak. Tolong.. keputusannya malam ni jugak. No more times. Seusai solat maghrib, ana menelefon ibu ana. Meminta pendapat kesekian kalinya. Kali ini ibu ana sangat yakin menyuruh ana pergi. Ibu ana sangat bersemangat. Oh, ibu tak mungkin memberi pendapat tanpa hujah yang kukuh. Hujah yang membuat hati luluh,air mata rase nak luruh. Haha.
Hujah ibu tak mungkin diutarakan tanpa ayat2 ALQURAN. Ibu.. engkau hebat!
Pelbagai ayat Allah ibu bacakan untuk ana. Kata ibu,
“ibu taknak kak hanya jadi pelajar yang tahu ngadap buku. Ibu nak anak ibu lebih dari itu. Tuntutlah ilmu. Tapi tarbiah jgn lupe. Kalo kak pandai manage mases,taka de masalah. Allah dah janji,orang yang infaqkan diri untuk ditarbiah, allah mudahkan hidup di dunia. Allah dah cakap, kak tak ingat ke. “wasaari’u ila maghfiratin mirrabbikum wajannatin ‘ardhuha ssamawati wal’ard. ‘u’iddat lilmuttaqin”(surah ali imram ayat 133)”. Akak patot lebih tahu. Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan kejar kak.” Panjang hujah ibu. Dan ana sendiri tewas dengan dalil2 naqli yang ibu keluarkan fasih dari bibirnya, berbanding ana sendiri. Tahniah ibu. Ibu kebanggaanku.
“yang penting niat kak. Niat akak untuk ditarbiah. Macamane akak nak mentarbiah oorang,nak bagi tazkirah kat orang kalo akak sendiri dah tak ditarbiah? Pegi la PD. Insya allah. Niat akak baek allah tolong akak. Ibu doakan.”
Terima kasih ibu.
“tapi bu, sume kawan tak pegi..”
“tak pe la, kak tergolong dalam golongan yang allah masih pilih untuk ditarbiah. Akak pergi untuk Dia. Untuk Dia. Akak jangan risau. Yakin dengan Dia. Dia pemilik segala kejayaan dan keluarbiasaan.”
Ibu.. katamu azimat buatku. Itu hakikat. Benar kata ibu. Kerana kelas math 2 jam akak nak lepaskan sesi tarbiah 3 hari? Wajarke? Ibu. Pendapat ibu tak pernah salah. Hujah ibu tak mampu kalah.
Maka, walopon ana sendiri berat hati nak pegi ke PD, namun dengan semangat dan nasihat ibu, ana gagahkan kaki. Moga pilihan ana tidak salah. Ana benar2 perlukan tarbiah. Jujur,hati ana gersang. Jiwa ana kosong. Bagaimana mahu mentarbiah jika da’ie sendiri tak sanggup berkorban untuk ditarbiah? Entah. Anda yang tidak hadir ke Fastrain pasti punyai alasan yang tersendiri. Terpulang. Ana hanya mampu berkata dan memberi pendapat. Keputusan tetap entunna yang buat. Keputusan tetap entunna pilih dan terima. Tak semestinya entum dan entunna jahat. Tidak. Ana yakin entum dan entunna ade alasan yang tersendiri. Tak pe. Itu hak entum. Bukan ana. Entum pasti ebih hebat dari ana. Entum pasti berfikir berkali2 dan lebih matang dari ana. Mungkin entum berfikir dari aspek yang ana tak terpikir. Tak pe. Ana tak kesah. Ana tak marah. Ana bukan kondem entum dan entunna. Tidak. Tapi ini keputusan ana milik ana. Dan pendapat ana untuk semua. Ana pegang apa yang ibu ana katakan. Ana pergi betol2 kerana Dia. Bukan kerana nak escape kelas. Bukan kerana nak berjalan2. bukan kerana nak tido resort. Tidak. Bukan untuk itu. Ana pergi dengan harapan ana mampu bawak pulang berjuta ilmu berharga untuk mentarbiah. Ya, jika bukan kita siapa lagi? Sume orang sudah undur diri. Undur diri. Jadi ana hendak undur diri jugakkah? Terlalu pengecut jika ana berbuat demikian. Ana tidak pengecut. Ana mencuba. Ana serahkan kepada Dia. Hanya Dia. Yang ana percaya. Dia. Dia yang Satu dan Sempurna. Dia yang memegang rezeki dan kemuliaan. Dia yang segalanya.
Ok. Sape2 nak ikot ana, jom. Kite sedia untuk ditarbiah dan dalam mase yang same mentarbiah mungkin. Pergi hanya kerana Dia. Bukan mudah nak dapat peluang. Free of charge. Ade peluang,amek. Nanti2 mungkin ade peluang, tapi kite tak tahu macamane keadaan kite waktu itu. Mungkin tak sihat dan mungkin tak sesempurna sekarang. Kan? Minggu lepas ana dapat 2 tawaran tarbiah. Kem ibadah di Cheras dan menjadi Urusetia di Kajang. Dua2 ana tolak sebab masih penat dengan Health and fitness week yang baru tamat dan kebetulan ana mahu ke Ipoh,konvo abang ana. Maka,kali pon ana nak menolak lagi? Tapi kelas Math macamane? Ana cuak. Ana nak blaja math jugak. 2 jam. Ana cuak.
Tak pe. Ini keputusan ana. Ini perjuangan ana. Ana berjanji untuk infaqkan diri sepenuhnya kepada Dia. Ana bersedia untuk melakukan pengorbanan. Masa. Management. Semoga allah memudahkan urusan ana. Semoga allah membantu meringankan beban ana. Ana cuak jugak sebenarnya. Tak pe. Doakan ana. Serius. Ana takot. Ana takot ketinggalan dalam pelajaran walopon setakat ni semua masih stabil. Belom ketinggalan. Tapi tetap cuak. Ye, ana cuak. Tenangkan ana. Tenangkan hati ana. Sokong lah ana. Terima kasih. Jumpa lagi.
180809
2244
Ops.. hari ni besday mantan roommate ana.
Nurul nadiah hassan.
Selamat hari lahir. Semoga bertambah iman dan ketaqwaan.
Gembira ke dapat ucapan dari ‘die’? haha.
Tahniah. Semoga bahagia dan gembira selalu.
Kebahagiaan mu kebahagiaanku jua.
Sukses selalu. Doakan beliau. Semoga allah memberi rezeki dan membuka pintu rahmat buat sahabat ana,NURUL NADIAH, serta buat ana sendiri dan tak lupe buat antum serta antunna. Amiin. Taqabbalallah.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.