♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, August 10, 2009

pesta konvokesyen darul quran

Pesta konvokesyen darul quran.

Selepas tamat kelas BI pagi tu,teros melangkahkan kaki dengan pasti menerobos segala onak duri ke Darul Quran. Bas yang disediakan hanya sebuah. Maka, menjadi orang yang ‘kurang penting’ dan ‘kurang bernasib baek’ tentunya KTM menjadi jalan tengah untuk tiba di darul quran malam itu. Tak pe. Singgah sekejap di Sogo dengan harapan mahu membeli kasut dan baju buat anak saudara. Baru semalam menelefon mahu dibelikan baju batman dengan topengnya sekali. Haii.. anak.. ku cube turutkan jua. Waa.. tapi malangnya sepasang baju itu berharga hamper ratusan ringgit,sedangkan di Rantau Panjang atau Bebas Cukai Pengkalan Kubur dengan harga RM50 dah dapat memiliki 2 pasang baju yang sama. So,save the budget. Sorry Munir. Perjalanan diteruskan dengan menaiki KTM dari stesen Bank Negara. Melihat kesesakan tren,ana menggeleng kepala. Dengan merebaknya satu virus yang sudah menjadi pandemic sekarang,ana cukup risau. Walaupun kami bertiga menutup mulut dan hidung. Ada yang memakai mask dan berpurdah. Memandangkan waktu maghrib telah hamper tiba. Dan pada sama yang sama,tren yang sudah 40 minit delay jugak hamper tiba. Namun tangga KTM kembali dipanjat. Surau menjadi arah tujuan. Takpe. Allah tahu. HambaNya meng’aula’kan taklifatnya. Sedangkan hati ini risau jika tren teros delay dan tiba lewat di DQ,mungkin mengalami masalah. Seusai solat maghrib di surau kecil di stesen KTM yang besar itu, kami berlari2 mengejar tren. Tapi, akhirnya tren terlepas jua. Walaupun pelbagai formula Biology, anaerobic respiration telah kami aplikasikan ketika mengejar tren,namun gagal jugak. Selepas itu, terlalu banyak lactic acid yang berkumpul mungkin menjadikan kami mengah dan hamper syahid di situ. Tak pe. Namun tak dinafikan perasaan kecewa dan risau dengan tren. Terdetik di hati,kalaulah tak solat dulu tadi.. namun lekas2 beristighfar.. Ya allah.. Gadis2 berjalan malam2 buta di bandaraya ni kurang manis jugak. Mungkin formula tawakkal buleh diguna pakai. Maka, didalam hati mengatakan,
“aku serahkan segala padaMu. Ak tak mampu berbuat ape2 melainkan dengan izinMu,”
Kemudian, tiba2..
“Kepada pelanggan yang dihormati, tren shuttle dari seremban ke rawang akan tiba dalam masa 3 minit sahaja lagi. Diharap para pelanggan berdiri di belakang garisan kuning. Terima kasih.”
Subhanallah. Tren yang baru tiba ni kosong!
Berbanding tren tadi yang sesak dengan pelbagai jenis manusia. Seperti ikan sardine dalam tin!
Maka, segala kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan yang Esa dan Maha Penyayang.
Waktu ini, formula syukur digunakan.
Syukur = bertambah nikmat = redha tuhan
So good.
Then, bersyukurlah!
Alhamdulillah.
Kepenatan dan mengantuk tak boleh dibendung. Dalam tren, melelapkan mata sekejap.
Tapi tak berjaya. Pelbagai lawak dan jenaka tak henti2 dari manusia yang penuh dengan humor ni. Haha.
Tak pe.
Akhirnya.. tiba di KTM KKB.. Sewaktu itu seperti mahu menjerit. Maka formula sabar diaplikasikan. Terharu. Dah lama tak memijak lantai ini. Dah lama tak mengulang pelbagai sejarah yang indah dan duka di sini. Menangis? Formula ego dipertahankan. Huuu.. tak nak menangis. Tak mahu tertewas. Dan entah bila lagi akan memijakkan kaki ke sini. Ini mungkin yang terakhir. Ke? Mungkin.
Hanya tuhan yang tahu.
Formula doa.
Dengan harapan, mampu dan diberi peluang ke sini lagi suatu hari nanti.
Insya allah.
Doa sebaik2 ibadat.
Maka,berdoalah!
Prebet sapu pakcik (lupe name) dicata dengan tambang RM7 ke DQ. Setibanya di guard, formula ego hamper ditewaskan oleh formula terharu dan rindu.
Kereta masuk ke kawasan DQ. Hati hiba usah dibicarakan. Meskipun 1 tahun setengah berada di DQ, namun disinilah tempat yang mengubah diri dan hati ini. Subhanallah. Setiap penjuru tempat ade kenangan yang tersendiri. Di dewan muktamar itu.. di tasik itu. Di café itu.. sumenya. Ibarat kenangan yang terlukis di dalam hati. Terimbas saat susah senang di DQ bersama sahabat2 seangkatan. Ya allah.. teros sahaja ke pesta Darul Quran. Melihat biah dan suasana yang sudah lama ditinggalkan,rasa sangat terhibur dan ter’excited’. Meskipun ade pesta, namun suasananya tetap tenang dan aman. Suka!
Tak tipu.
Tu la.. orang suruh datang korang tak nak datang.
Best.
Jarang dapat suasana seperti ini.
Kat JOM HEBOH sure tak dapat suasana canni.
Huhu.
Berjalan2 sekitar ekspo. Excited. Jumpa dengan Fadiah. Beliau dah keluar UIA dan sekarang meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Islam Bangi. Tak pe. Di mana shaja anda berada, ana sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anda.
Formula doa.
Allah takkan menghampakan permintaan hambaNYA, maka dengan itu berdoalah seikhlas hati.
No more choice. Mintak hanya pada Tuhan.
Ok.
Melepaskan ‘gian’ dengan sahabat rapat merangkap rakan sekelas dan kaki secafe, rasa penat seolah2 terbang begitu sahaja. Oh.
Malam dah lewat. Terbang ke asrama darul quran. Kembali. Teringat. Zaman lalu. Zaman itu. Kenangan itu. Terlalu indah. Terlalu istimewa. Oh tuhan. Syahdunya!
Bilik lame dituju,dan menginap di situ. Kembali. Terimbau kenangan.
Sayang sungguh pada tempat ini.
Tak tipu.
Keesokannya, raptai dari pagi hingga petang. Penat? Tentu. Tak pe. Sekali je. Bukan selalu konvo kan? So terima je lah. Kenapa nak mengeluh dan mengeluh..? apa yang dilakukan oleh sekreteriat Konvokesyen pun hanya untuk kita semua. Di hari istimewa kita. Konvo sebagai seorang hafizah. Sekali seumur hidup. Kan?
Susah sedikit, demi kesenangan akan datang. Apa salahnya.
Gunakan formula redha.
Insya allah hatimu tenang.
Percaya!
Makan malam bersama Pengarah DQ. Biasa. Huu. Chicken Chop jadi hidangan. Terima kasih DQ.
Layanan yang memberangsangkan.
Makan ditanggung.
Save budget.
Tapi ingat, kami membayar RM150 untuk menghadiri konvo ni. Huhu.
Memang berbaloi.
Terima kasih DQ.
Semoga majlis pun berjalan dengan lancer. Insya allah.
Keesokannya..
Pelajar persijilan mungkin ramai yang berada di bilik. Meng’outer’ jubah konvo mungkin. Atau bagi banat mungkin sedang betulkan riben biru untuk diletakkan di kepala seolah2 pengantin. Atau bagi banin mungkin sibuk memperbetulkan serban hafiz mereka. Mungkin. Atau ana sendiri pagi tadi menghabiskan masa di masjid DQ. Waa. Ini saat paling istimewa. Rindu! Dah lama tak berjamaah di masjid. Tak tipu. Memang lama. Syahdu. Imam subuh mengalunkan bacaan yang dirindui. Surah Al Hujurat jadi pilihan. Subhanallah. Lama sudah keadaan ini ku harap berulang kembali. Akhirnya hari ini ana kembali di saf ini. MenghadapMu yang memberi segala kesenangan dan kenikmatan hidup dunia yang sementara ini. Terima kasih tuhan.
Mungkin sejadah ini sudah tidak mengenali dahi ini.
Mungkin dinding ini sudah tidak mengecam badan ini. Mungkin rehal ini sudah tidak pasti penggunanya kali ini. Mungkin kipas itu sudah tidak mengecam suara ini. Tapi hati ini sentiasa terikat dengan tempat yang pernah menjadi ‘kubu pertahanan’ ini. Rindu dan syahdu. Keaadaan masjid yang jarang dialami di masjid lain. Percayalah. Ana tak pernah rasa seperti ana rasa berada di masjid DQ pabila ana berada di masjid lain. Mungkin ada. Tapi ana belum jumpa dan berpeluang bertafakkur di dalamnya.
Tidur di masjid. Aktiviti harian. Huu.. tak sah kalau tak tidur. Maka peluang tadi digunakan jugak untuk tidur, bukan hanya bertafakkur. Haha.
Sebenarnya, hari ni la hari konvo.
Tapi pagi ni konvokesyen Diploma dan Sijil Orang kurang Upaya Masalah Penglihatan(OKU MP) sahajaa.
Konvo kami budak2 persijilan ni akan dimulakan pada tengahari nanti.
Oh,tak sabar. Tapi jubah belum iron pun.
Ibu masih di seremban.
Semalam mereka ke JOHOR. Melawat Naim. Cucu baru.
Kemudian mereka ke rumah akak di seremban. Dan pagi ini katanya nak bertolak ke DQ. Semoga selamat segalanya. I’allah.
Tak pe lah. Nak pegi iron jubah konvo.
Jumpa lagi.
Doakan ana dan rakan2 seangkatan ana disini.
Maal salamah.
Ilalliqa’.
8.57 pagi.
080809
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.