♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, August 10, 2009

Alhamdulillah.
Ibu dan keluarga sampai di DQ pukol 1.30 petang. Tepat pada waktunya.
Jam 2 petang,kami berarak menuju ke dewan muktamar dari auditorium sheikh mohamad noor.
Sebak gak time berarak tu.
Dalam hati terdetik..
“akhirnya konvo jugak walau macam2 ujian..”
Huhu.
Perjalanan majlis alhamdulillah lancer walopun pada awalnya masalah teknikal melanda sket. Bese la tu.
Seusai majlis,berpeluk erat dengan ibu dan ayahanda tersayang. Ibu menangis. Ye,itu ana tahu. Dia sangat gembira. Ana puas. Ini hadiah untuk ibu dari ana. Istimewa untuk ibu. Ana takmampu nak buat ape lagi menghargai jasa ibu. Hanya sedikit pengorbanan ana menghadiahkan kejayaan kepada ibu.. sedangkan pengorbanan ibu terhadap ana lebih dari semua itu.. terima kaseh ibu. Kasihmu membawaku ke syurga. Terima kasih.. terima kasih ibu..
Bertemu dengan adek beradik. Seperti biasa. Gembira. Anak saudara dari jauh menjerit2 memanggil makciknya. Syahdu. Rindu mereka. Lantas Munir memelukku erat. Oh,munir sangat rapat dengan ana. Itu tak dinafikan. Sayang munir.
Kemudian makan2 di ekspo dan waktu tu ana sebuk uruskan semua urusan. Tak sempat pun makan. Kebetulan ana nak balek KL malam tu jugak. So mintak tolong spupu ana, Baihaqi,GEN 10 IQRaC hantaqrkan jubah ana. So,sape2 yang ternampak ana berjalan dengan dia waktu konvo tuh harap tak de fitnah la ye. Kami sepupu. Ok. Dengan hujan yang membasahi bumi DQ menjadikan keadaan bertambah sayu. Mungkin ini kali terakhir ana disini. Sadis.
Mesej dari Abang Ki menyayukan lagi hati. Sebenarnya,abang ki the most wanted person yang janji nak datang konvo ana. Dah lame die janji. Tapi sebab isteri die baru bersalin,so ana pon paham. Walopon pada mule2nya ana memberontak. Abang dah janji. Abang mungkiri. Abang tak sayangku lagi!
Tapi kasih soransg abang dapat ku rase dari hati. Betapa beliau menceritakan kekesalan dan kebersalahan beliau tidak mampu untuk hadir ke konvo ana kepada ibu. Ibu kate,abang cakap,
“harap2 dekna tak sedih. Abang sayang je die. Harap dia paham. Ibu tolong bagitau die ye. Kalo dekna nak abang pegi jugak,abang akan pergi. Tapi tinggal kak ju dan naim la..”
Oh,sangat sedih. Maka ana pon terima ketidakhadiran abang ke konvo ana. Tak pe. Tentu abang menggantikannya dengan saat lebih indah,kan?
Berjumpa dengan usrah terkasih marjan hanani memang menjadi impian dan harapan. Tambahan kepulangan ayong ke Malaysia. Namun kekangan sangat banyak untuk ana meluangkan mase bersame mereka. Maafkan ana.sayu rasenya meninggalkan usrah petang itu tanpa ape2 pon.. haih. Salah ana. Ana tak rancang dengan baek, tapi hakikatnya ana harus balik KL petang tu. Mungkin ade yang cakap ana balik PJ sebab program medcy. Sebenarnya tak pon. Ade benda yang lebih2 penting. Huu. Takpe. Ana cube sedaya upaya gantikan balek saat2 bersama dengan MH nanti. Maafkan ana. Terutama ayong dan uda dalila.
Ok. Selesai segala urusan di DQ,lantas teros pulang ke KL. Oh,masih penat. Sangat penat.
Teros ke KL selesaikan sedikit urusan dan kembali ke UIA. Sorang pon budak dq tak de di UIA. Semua masih di DQ menaksikan konsert Far east dan Soff One.
Ana terlepas konsert kali ni. Sedangkan ana minat Far East.
Takpe la. Ade benda lebih penting untuk diselesaikan malam itu.
Abang dan kakak menghantar ana ke UIA.
Makan sekejap di café ZC. Dan akhirnya tinggallah ana sorang si UIA. Haha.
Ibu menelefon berkali2 mendapatkan laporan keadaan anaknya. Kasihnya sornag ibu.
Konvo ini memang bererti bagi ana. Meskipun hanya 2 jam di dewan itu, tapi ia memberi erti setelah 18 bulan di DQ. Skurangnya ibu dan ayah gembira. Ape yang penting, ana menghargai segala pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung atau tak langsung menjayakan konvokesyen di DQ.
Haha. Tetiba jadik baek.
Berbaring2 di bilek yang best,mesej dari Kak Mira supaya hadir ke court UKC pukol 7.30 pagi esok menarik perhatian. Huu. Best jugak. Maen2. sukan.
Sempena HEALTH and FITNESS week di UIA,ana ditaklifkan sebagai programme manager. Besau tuh pangkat. Macam pengarah program. Ana membantu ketua ana, Raja Syahmi.
Taklifat ini pada awalnya rase tah ape2. tetiba jadi pengarah program. Bengang. Time je la..
Huu..
Cite health and fitness week akan bersambung nanti. Tunggu perkembangan dan islamisasi yang akan dibawa.
Membangun bersama islam.
Doakan kekuatan ana meng’islamisasikan program medcy kali ni dengan dinaungi paying sebagai programe manager bersama Raja Syahmi yang sentesa menyokong ana. Thanks Raja. Teroskan.
Haha/
Ok.
Jumpa lagi.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.