♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, September 18, 2009

derita menunggu

1 comment:

raye ke exam.
kueh ke study..
ziarah ke study.
buku ke tv.
sume jadik persolan.
buat seluruh budak2 UIA,sabar la ye.
dugaan berhari raya.
jgn study sampai hari kebesaran islam pon diabaikan.
uh,jangan2.
raya tu raya jugak. tetap raya.
tapi final punye preparation.. kena parallel jugak.
mercun2 jugak,jgn lupe english paper raye kelima nanti eh.
huhu.
padan muka budak uia.
padan muka!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

who's that?(versi besau)

3 comments:

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

who's that?

1 comment:
bertuahnya badan dikelilingi oleh mereka yg baek seperti mereka. terima kaseh tidak terhingga untukmereka kerana berada di sampingku tak kira hujan atau panas..
ana menghargai. biarpon tak pernah nampak ana menghargai. but i am. too much.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, September 14, 2009

DiTiNggAL pERgi (Rayyan)

No comments:
"terkenang sebuah memori lalu..
kesah persahabatan kite bersama..
di dalam satu pengajian...
menuntut ilmu dan pengalaman.."


sebagai seorang manusia biasa yang tak mungkin dari sdari satu fitrah yang normal sebagai manusia. fitrah yang normal tapi menyakitkan.
apabila kite bertemu. kite berkawan. kite bermesra. kite berkongsi. kite berjanji. kite berjuang. kite bersama. tapi tak selamanya ia akan begitu. kerana ade satuu perkataan yang kite tahu kite harus hadapinya.
PERPISAHAN
jujur, diri ini takot mengasihi sesiapa sahaja. kerana yang dikasihi pasti pergi. yang disayangi pasti menjaohkan diri. maka,bermula dari titik itu,diri ini lebih suke kebalkan diri. tak mahu menyayangi. tak mahu mengasihi. kerana risau yang dikasihi melangkah pergi.
bukan senang mengubat hati.
bukan senang menyembuhkan luka yang disakiti.
tapi ditinggalkan pergi lebih menyempitkan dada untuk menerima kenyataan ini.
kenapa mesti pergi?
dan kenapa mesti die yang pergi?
kenapa mesti diri ini menjadi orang yang ditinggalkan pergi?
sejak dari dulu, diri ini cube untuk mengerti hikmah yang tuhan uji.
namun kelemahan yang ade belom kuat untuk menangkis segala hasutan syaitan yang keji.
bersalahkan diri ini?
bermula peninggalan seorang roomate..
merangkap sahabat.
merangkap ADEK BERADEK.
perginye mengejut. perginya tanpa salam perpisahan. perginya hanya dimaklumkan melalui telefon. dan perginya tanpa sebarang signal. perginya tanpa sempat diucapkan "SAYANG". perginya begitu sahaja. sedangkan dulu keakraban kite diakui semua manusia. keakraban kite dipuji semua orang. keakraban kite didengki oleh mereka. tapi bile die pergi.. keakraban kite teruji lagi. kerana cita2, diri ini benarkan die pergi. serik menyayangi. benci ditinggal pergi. FARAH HASEENAH MAT JAIS.
Angah.
marjan hanani.

kerana cita2 mu menjadi seorang architect, meneruskan pengajian ke oversea, kau pergi. dan diri ini terpaksa merelakan ditinggal pergi.
pemergian kedua, HAFIZA AZMI. Ayong. Marjan Hanani.
perjanjian untuk berjumpa kembali di UIA hanya tinggal perjanjian. die juga terpaksa pergi. membawa diri ke oversea. ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.
ku sangka bersamanya hingga ke kuantan, rupanya bumi mesir menggamit die untuk pergi. meninggalkan diri ini dan marjan hanani. terkontang kanting sendiri. tarbiah dan dorongan terhenti disitu. marjan hanani tidak seperti yang laen. pabila menjejakkan kaki ke UIA, baru terasa. pahit dan sedih. kenapa mereka ade ayong? kenapa mereka ade Along? tapi kite? ayong kite jaoh di sane. perginya kerana sebuah cita.

tidak menghalang. sama sekali tidak. teroskan. kesedihan ini kerana perpisahan. kegembiraan ini kerana tercapai impianmu. teroskan berjuang.
sekali lagi, saat sebok dengan persediaan exam final di darul quran. die datang menangis. datang memohon pendapat. datang minta penyelesaian. ku beri die berjuta semamngat untuk teros berada di sini. ku berjanji sokong beliau sepenuh hati.
namunmesir jugak pilihan di hati. Nor dalila ghazali.Uda marjan hanani.
pergimu tak terlintas di benak hatiku.
pergimu tak pernah aku fikirkan.
tapi saat engkau panas2 mengasihiku.
saat aku terasa dikasihi.
dan saat aku mula mahu mengasihi.
engkau terlebih dulu membawa diri.
sedangkan cita kite untuk bersama di bumi PJ..
untuk teroskan usrah di bumi CFS.
untuk teros memegang panji dakwah di bumi UIAM.
semua ibarat tinggal kata.. tinggal janji.
kau pergi. begitu sahaja.
tanpa dakapan erat.
semuanya seolah hambar.
engkau pergi.
harus engkau tertanya2,kenapa diri ini menyepi.
kenapa diri ini lama tak menghubungi.
kerana diri ini maseh mencari..
kekuatan untuk melepaskan kau pergi.
kerana bagiku engkau amat menyayangi..
kenapa engkau jua yang pergi..
diri ini masih mencari..
maseh merenung kembali janji2..
meskipun senyum sentiasa setiap hari..
tapi hakikat sebuah perasaan dan hati..
kesedihan sentiasa menggamit diri..
setiap kali terfikir terlintas di sanubari..
setiap kali itu diri ini sendiri cube mengubati.
kenapa uda.. kenapa.
meskipun di darul quran hubungan kite kian pudar.
tapi diri ini punya harapan..
untuk kembali kite erat dan bersatu seperti dulu.
dan diri ini tahu.
ia juga harapanmu.
harapan ateh.
harapan sume.
jutaan kemaafan buat Uda Dalila.
kerana berkali2 diri ini melukaimu.
mase yang pernah kite ade di DQ dulu
seakan diri ini yang sia-siakan.
sekarang. bila diri ini mahu mengubah semuanya menjadi indah,
engkau terlebih dahulu ingin melangkah kaki.
mengejar sebuah cita.
dan diri ini akhirnya kembali menjaohkan diri.
peritnya menyayangi.
peritnya mengasihi.

Nordalila Ghazali...
tidak hanya itu..
saat kesebukan di bumi UIA menggamit diri ini.
pelbagai perubahan yang terjadi.
die terpisah dari kami.
die ditempatkan sedikit jaoh dari kami.
dulu kami berempat menghabiskan sisa2 perjuangan di dq dengan gembira.
dulu pernah berjanji untuk kembali mewarnai kenangan lama.
namun UIA punya situasi menukarkan kenangan kite.
diri ini leka dengan kesebokan.
hampir melupai die. sedangkan dulu kite bersama kemana sahaja.
sogo. the mall. kkb jua.
saat mula diri ini sedar dan mahu semuanya kembali bersinar seperti dulu.
saat itu seakan sudah terlambat.
die jua mahu pergi.
die jua mahu meninggalkan diri ini.
maktab menjadi pilihan ibu bapa.
\ye, diri ini berlagak tenang.
menghantarnya pulang di ZC college.
diri ini seolah senang
berbual mesra dengan ayah die.
tapi dalam hati.
siapa saje tidak pernah tahu.
baru belajar untuk menyayangi.
tapi engkau yang membawa diri.
nur fadiah ab rahim.
maktab bangi jadi pilihan.
ustazah mungkin cita2 terkinimu.
yah, kenangan kite tetap abadi. disini. (hati)
yah, kemaafan juga diri ini mohon.
kerana sedar bahawa diri ini melayanmu seperti manusia yang tidak berperasaan kaseh dan syaang.
yah, maafkan jika sentiasa terluka dengan senda dan gurau.
yah,maafkan tidak memberi kenangan manis sebelom kau keluar.
yah, maaf sebab tak sempat menjadi sahabat terbaek seperti AIN untuk kau.
yah, maaf sebab selalu buli kau. (suro ko anta aku sampai guard kat DQ)
yah,halalkan segala duet yang terlebih dan terkurang. (bile beli kat cafe ZIZWA)
yah, jgn pernah lupakan diri ini.
yah, terima kaseh pernah bersama suka dan duka.
terima kaseh pernah berkongsi segala rasie.
terima kaseh kerana tolong memikol beban kerja.
terima kaseh kerana menyokong hamba yang hina.
terima kaseh temankan diri ini bershopping.
terima kaseh temankan beli kasot walopon tak jumpe2.
terima kaseh semuanya.
terima kaseh tolng basuh baju dan sebagainya.

kau terlalu baek untuk diri ini.
kau terlalu rajin untuk diri ini.
moga kau tak pernah mengeluh mendapat seorang kawan seperti diri ini.
moga di hatimu tak pernah timbul sekelumit pon rase benci berkenalan dengan diri ini.
moga di hatimu sentiasa mengimpikan untuk bersamaku kembali.
moga didalam doamu sentiasa mengenangkan diri ini di sini.

~itulah penatnya menyayangi dan mengasihi.
perit lagi mahu menyayangi.
perit . perit.
tidak mahu.
takot ditinggal pergi.
takot kemesraan itu hanya sementara.
takot diri ini seolah2 tempat untuk mendapatkan sesuatu.
takot diri ini hanya dipermaenkan.
setelah dapat apa yang anda mahu,anda tinggalkan.
takot dan takot.
itu yang mampu dicatat di sini.
ade.. ade yang terlalu rahsia untuk diri ini ungkai dan catit di sini.
kerana beliau seolah mengenali diri ini hanya untuk mendapatkan sesuatu.
setelah dapat cita2nya untuk mendapatkan
selaras "s",


beliau mula perlahan2 melangkah pergi.
terasa dipermaenkan.
tapi rasional dan iman meneutralkan.
jangan membenci manusia.
bukankah kemaafan itu lebih mulia?
pastinya beliau tidak pernah rase bersalah.
pastinya beliau senang dengan hidop beliau.
beliau tak mungkin rase bersalah.
semuanya seolah diri ini yang bersalah.
yea.. pedih dan menyakitkan.
tak mahu berbicara lagi.
kenapa beliau terlalu kejam>
tidak! itu mungkin hanya persepsi diri ini.
mungkin beliau punya alasan yang tersendiri.
terserah!

pedihnya ditinggal pergi.
tidak mahu lagi.
lebih baek neutral dan begini.
tak perlu menyayangi.
tak perlu mengasihi.
tak perlu saket hati lagi.
langkahlah pergi.
diri ini tetap begini.
semampunya.
...
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

perkara AJAIB

No comments:
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, September 08, 2009

saket + sempurna + besday Alang

No comments:
Minggu ni sangat best. Mampu bersemayam di dalam bilek sepuasnya. Atau lebih tepat,katil. Tido semampunya. Sebab kadang2 dah tak mampu nak pejam mate sebab banyak sangat tido. Haha. Mane ade tido. Kena iadah sebab nanti kena jadi imam mengejut. Tetibe tengah iftor, dapat mesej.
“tolong jadi imam kat zc. Tengkiu”
Waaa.. senang makcik die.. nasib la ana “SANGAT MASYI”. Ye la sangat tuh masyi. Hampeh. Tak dapat mumtaz pon. Aaa.. mengarut!
Best jugak. Patot la sahabat cakap,boring dok UIA. Oh,canni rupenya rase boring dok UIA. Minngu ni memang tak kua mane2. walopon ke bazaar ramadhan. Dah janji dengan die, tanak kua minggu ni. Walopon ramai kawan ajak g Jalan TAR la. G sogo la. G KL Sentral la. Semuanya ditolak lembut. Saje. Amek mase untuk muhasabah diri. Final exam dah dekat. Blaja lintang pukang.
Ok. Kali ni meh kite berbincang tentang tajok yang bermanfaat sket..
Minggu lepas, ade bukak beberapa booth kat depan bangunan IRK. Antaranya booth IQRac dan booth sempena dengan biah solehah kempen. Booth ni dibuat untuk mengislamisasikan biah di UIA. Spesifiknya CFS PJ la kan. Memang. Alhamdulillah. Sambutan menggalakkan. Di samping berobjektif untuk melancarkan kempen membudayakan membaca al quran di mana saje. Alhamdulillah. Walopon smabutannya tidak seratus peratus. Tapi sekurang2nya memuaskan. Mampu tersenyum. Ke ana je yang senyum?
Ana incharge jugak untuk jage2 booth ni. Sape kate ana buat keje Medcy je? Keje dakwah pon ana wajibkan jugak diri ana buat. Bak kate mereka yang rapat dengan ana,
“husna sangat versatile. Sume booleh buat”
So,nak buktikan la ape yang mereka kate. Ana boleh buat semua. Bagi la bidang ape pon. Ana cube comit sepenuhnyya.
Hidup bukan untuk satu perkara. Matlamat ana sangat banyak. Yang pertama dan utamanya tentulah kegemilangan Islam itu sendiri. Kan? Anda jugak begitu kan? Ye,matlamat kite same. Mungkin uslub kite berbeza. Ape? Uslub kite pon same? Ok. Tahniah. Untuk anda dan ana jugak. Hahaa.
Ok. Back to the booth.
Hari jumaat yang hening. Tenang dan sejok. Ana jage booth. Kebetulan,ada sorang hamba allah ni asyik dok usya ana je. Ceh,perasan. Tak tipu. Dah sepanjang ana dok jage booth start hari rabu lagi. Ana perasan jugak die asyik pandang. Bile ana pandang die,die senyum je. Ana buat bese je. Takkan nak g serang die plak kan. Nak dijadikan cerita,hari jumaat tu hujan. So, ana tak berapa sihat sket bile terpaksa berhujan ni. Saket kepala menjadi2. memang saket. Orang ajak g taalim pon ana angguk bodoh je. Tak tahan. Pastu dah tak tahan sangat,ana nak balek. Lagipon petang tu ade kuiz math. Haru la!
Kemudian, orang yang ana syak dok usya ana tu follow ana mase ana nak balek. Ceh,suspend la plak cite ni. Haha.
“sist,tak sihat ke?”die soal ana,lembut.
Memang tak le bagi respon baek sebab ana memang saket kepala. Lagi nak marah ade la. Kaco2 orang plak. So ana angguk kepala dan senyum sedikit.
“dah nak balek ke? Meh saya hantaqkan sis.” Laa.. baek la plak nak hantar2 kan orang ni. Ana senyum dan geleng kepala. Ape tah budak ni. Sape tak pelik. Heran.
“tak pe la. Dah lame saya dok tengok sis kat booth tu. Nak teguq sis pond ah lame,tapi tak berani.”
Kesian la plak dengar die cakap macam2,ana plak diam je. Maka,ana gagahkan diri. Cube memberi respon yang tak menyakitkan hati. Kesian die.
Lepas borak2 sket. Dia tanye,
“sis,saya nak Tanya sis. Saya pon nak pakai jugak macam sis pakai. Tapi tak kuat la sis.”
Kebetulan hari jumaat itu ana berjubah sem.
“sis,saya suka ja pandang sis pakai canni. Saya nak jadi macam sis. Tapi tak boleh. Kenapa sis pakai macam ni ek? Macam saya pakai nip on dah kire tutup aurat kan sis?”
Allah.. dugaan betol. Saket kepala datang menyengat2 je. Tetiba die Tanya soalan yang mencabar cantu.
Sabar je la. Ini satu dakwah jugak kan?? Pujuk diri sendiri.
Maka. Ana berdehem sedikit,dengan doa agar saket kepala ini mampu bertahan. Walopon waktu tu memang rase berpusing2. tahan2.
“sebenarnya, memang ape yang enti pakai ni dah tutup aurat. Enti betol la. Tak salah pon.”ni namenya psiko..
“tapi kenapa sis pakai canni? Kawan2 sis pon pakai canni.”
“sebab.. ok. Analoginye..”
“analogi tu ape sis?” boleh plak die Tanya. Saket2 kepala ni nak jugak die buat maen canni. Sabar2.
Allah sedang menduga. Nabi dulu lagi terok dugaan Beliau mase nak berdakwah. Nabi dulu kena cari mad;u. tapi sekrang mad;u ade depan mata. Takkan saket kepala sket dah nak marah2. nanti tak ikhlas. Inikan ujian allah. Maka bersabar!
“Perumpamaannye,, kalo enti orang kaya. Ade duet sejuta. Ditakdirkan enti nak beli kereta baru untuk gi Johor la katakan. Enti nak beli kereta wira ke kereta BMW 7series..?”cube berlembut sebaek mungkin. Saket kepala langsung tak menunjukkan gaya mahu berhenti menyengat. Sabar.
“Eh,mestilah yang BMW!”
“Kenapa? Dua2 kan kereta. Boleh je sampai Johor due2 kereta. Kan?”
“Memang la.. tapi BMW kan lagi canggih. Lagi hebat. Sempurna!”
“Yes! Itu lah jawapannya. Sempurna. Enti sendiri nak sesuatu yang sempurna kan? Enti nak kereta BMW tu sebab ia sempurna. Same seperti ape yang enti soal ana tadi.. Kite berdua same2 tutup aurat. Same je, tapi mane lebih sempurna? Dan kenapa nak jadi smepurna.? Enti suka sempurna kan? Sama seperti Dia. Yang kat atas tu. Dia pon suke kite tutup aurat dengan sempurna.”
“oo.. Cantu ke. Semangat la sis cakap. Best. Cakap la lagi.” Ana time tu rase nak pengsan. Memang berpinar2 depan mata. Sekali lagi berjalan ke KC bermaen dengan hujan sensitive benar dengan hujan ni. Subhanallah.. dugaan2.
Tambah plak cermin mate sampai sekrang tak dapat2.. sabo.
“Enti suke benda2 yang sempurna kan? Ana pon. Ana suke ornag yang sempurna. Enti nak cari suami pon mesti enti nak yang sempurna kan? Ana pon. Haha. Ana pon nak yang sempurna. Taknak ade cacat cela pon. ana taknak suami merokok. Enti pon kan? Ana nak suami ana boleh jadik imam semayang. Suami ana pandai agama. Pandai bagi ceramah. Bak kate orang,ana nak suami ana lengkap la. Pakej lengkap! Enti pon nak kan? Sape taknak kalo dapat suami sume ade? Agama tip top. Harta cukop. Keturunan bagos. Hensem plak tuh. Nak kan? Sempurna! Perasan tak kite suke orang yang sempurna,tapi kite terlebih dahulu tak nak jadi sempurna. Kenapa kite tak ubah diri kite jadi sempurna kemudian kite pasti ade hak untuk mengimpikan sesuatu yang sempurna?”
Tercengang budak tu pandang ana.
“Sis dah ade calon ke?” kesitu plak die.. Ana geleng je. Malas nak berpanjang2. sebab kesaketan menjadi2. ana memang tak nampak jalan kat depan. Nasib dh sampai pintu lif.
Sedang tunggu lif.
“Sis, saye nak brubah,tapi saye malu la. Nanti orang gelakkan saye. Mane sis beli tudung ni? Sis jahit sendiri ke? Nak jugak.”
“Tukang jahit yang jahit. Kedai kaen banyak.. hem. Kite nak brubah kalo rase berat nak brubah secara mendadak.. brubah la perlahan2. slow2. mungkin enti perlukan mase. Tapi kalo enti betol2 nak buat,secara drastic pon ape salahnya. Lagi bagos. Pedulikan ape orang nak kate. Utamakan pandangan allah. Bukan pandangan manusia. Ok? Kalo nak tudung canni,datangla bilek ana nanti. 511. nak datang tu mesej dulu. Takot tade kat bilek.”
“best la sis. Tengkiu sis. Nanti jumpe lagi. Nak nombor sis? Petang ni saye blanja sis bukak puasa.”
“ni nombornye. Hem. Tape2. petang ni ana g iftor FSCC. Free. Haha. Selalu je dapat iftor free. Alhamdulillah. Tak yah susah2, bese je. Ok la,ana pon kurang sihat ni. Sorry la kalo ana kurang memuaskan enti. Nanti ade masalah boleh cntact ana. Ana naek dulu. Chow. Salam.”

Demikian la sebuah cerita yang ana nak kongsi. Kemudian naek ke bile kana teros syahid. Tak mampu nak bukak mate. Pening. Rase nak muntah. Tahan je. Puasa. Tahun lepas pon ana tinggal puasa sebab saket dah 2hari. Tidak. Tidak untuk tahun ini. Oh, tuhan. Tolong ana… argh!
Ok. Ape yang baek,amek jadi pengajaran. Yang kurang baek tinggal je. Nak komen,sile. Terbuka. Email. SMS. Sume. Sile komen. Salam.
00:29
7 september 2009
tarikh ni cumop bermakna bagi ana.. tanpanya tak lengkap lah sebuah MARJAN HANANI.
usrah terhebat. ye ke?
ana amek kesempatan ini,ana mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada saudara sefikrah ana yang sekarang menuntut sebagai pelajar persediaan di kolej di Cheras dan akan meneruskan pengajian dlm bidang dentistry di oversea. insyaallah. moga dengan salam dan doa ini, Beliau mampu thabat dalam memperjuangkan agama di samping mengejar impian beliau yang insyaallah memberi manfaat di dunia ni dan di akhirat lebih2 lagi.



inilah kaseh dan sayang kan? meskipun jaoh,meskipon lame sudah tidak bersua. tidak berkongsi rahsia.. namun, segalanya terasa cukop indah. sekali adek beradek, selamanye adek beradek.\
jika dulu kite mungkin terikat dengan PERKEMAT. dengan silabus MAZA YA'NI..
tapi kini tidak lagi.. kite tidak diikat. tapi kite tetap terikat oleh sesuatu yang bername "UKHWAH ISLAMIAH"
salam sayang dari seluroh adek bradek marjan hanani.\salam rindu dari kami di UIA.
salam kaseh dari generasi ke9.\
dimana pon alang berada.. alang tetap bersama MARJAN HANANI. sentiasa. selamanye. dan berkekalan hendaknya.
Humairah binti mohd Firdaus Tay.
selamat segalanye..
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, September 05, 2009

ifthar jamaie

No comments:
(2pagi-4September)
Medcy lagi!!
Kali ni nak kongsi kesah disebalik sebuah perkataan.
Nak tahu?
Bace dulu.
Kemudian aplikasi.
Kemudian komen.
Jika formula ana kurang baek,
Berikan bukti.
Baca dan aplikasi.
Senyum. Senyum lagi. Sedang dengar lagu Impian Kasih dendangan In Team.
Seindah hiasan adalah wanita solehah… yang akan membahagiakan syurga dalam rumah tangga….
Haha. Saje jiwang sket malam2. tadi dengar tazkirah di surau KC,brothers tu cakap pasal ‘wanita solehah’. Sume ornag nak wanita solehah kan?
Hem. Tak pe. Untuk cakap tentnag itu kite boleh bukak tajok post laen.
Kali ni nak cite tentang ifthar medcy yang spontan. Sngat spontan.
Ana sampai ke UIA setelah bercuti di kelantan beberapa hari pada 31hb malam.
Tibe di CFS dari Putra jam 9 malam. Berbuka puasa di surau KTM Putra. Ok,Emielia,Fadiah.banyak kenangan kite di KTM Putra. Ok2. haha.
Pukol 10 malam teros berjumpe dengan Azam,Sedqi,Fathiah dan Najwa untuk meeting. Kali ni memegang taklifat sebagai unit catering. Wah,mencabar. Haha. Bese je. Digandingkan dengan saudara Azam,vice president Medcy,jugak dari DQ. Dan collaboration tak langsung dengan unit Prep&Tech,Sidqi dan Fathiah,jugak keduanya dari DQ. Senang crita,ifthar kali ni nampak seperti dimonopoli oleh budak DQ. Ana je kot yang rase. Kebetulan PM adalah saudari Najwa dan Saudara Fahmy(classmate BI). Alhamdulillah,semuanya berjalan lancer. Walopon ana agak kelam kabut. Unit ana uruskan makanan ingat senang ke. Susah jugak eh. Huh. Pelbagai dugaan dihadapi dengan tenang. Anyway,tak lupe bersyukur dapat ketua yang bagos lagi. Azam ok. Lagipon tak janggal nak komunikasi dengan budak DQ. Panggilan ‘ustaz’,’ustazah’ kembali memutar memori DQ yang lalu. Ah, DQ.. kenangan yang tak mungkin luput di ingatan. DQ dan DQ.. selamanya DQ dalam ingatan. Huh.
2hb September.
Ifthar MEdcy.
Paginya ade kuiz bio. Seterusnya kuiz math dan comp. cuak. Memang cuak. Preparation untuk kuiz,jujurnya,zero! Sape tak cuak. Tapi kuiz bio still dapat skor 8 dari 10. alah,itu tak aci. Kurang soheh. Haha. Mengah baru smpai dari kelantan pon belom habis.
Malam meting dengan kawan2 seangkatan DQ tuh, sedikit masalah dengan kewangan.
Memang masalah. Tak cukop duet dan nak makan mewah. Mesti lah! Nak buat ifthor kalo takat makan nasik putih dan ayam masak merah baek tayah,kan? Itu sepakat kami berempat.
Maka,keputusan diambil,makan nasik beriayani. Wah,mewah!
Bajet meningkat dengan mendadak. Dalam hati,berdoa habis2an. Yelah,kalo gune bajet banyak,mesti unit ana yang disalahkan. Oh,tak mahu begitu. Azam dan sidqi jugak pening nampaknye dengan duet. Ana lagi la. Pompuan lagi emosi dari lelaki. Itu normal,kan? Ok. Setelah berhempas pulas dengan kuiz bio,memerah otak untuk kuiz math tengahri itu. Tapi telefon yang pada awalnye disilentkan kerana tak mahu diganggu akhirnya tetap berjaya mengganggu ana. Panggilan dari “medcy Fahmy” dan seterosnya DQ Azam. DQ Muntaqim. DQ Sidqi. Medcy Najwa. DQ Fathiah. Medcy Afiq. Yang penting,tengahri tu memang telefon full. Haha. Perasan. Keputusan perlui dibuat. Macam biase. Tak suke buat keputusan. Memang tak suke untuk memilih. Risau jika pilihan salah. Takot. Cuak. Namun akhirnya keputusan diambil. Ustaz Muntaqim bagi mandat untuk buat keputusan sendiri. Setelah dipersetujui Azam,keputusan diambil untuk tambah kuota makanan 5jam sebelom majlis bermula. Sangat kucar kacir. Kredit yang ditopap penuh oleh abang,semakin susut. Nilai indeks menurun. Haha. Dalam hati masih risau tentang bajet. Tak de bajet! Itu masalahnya. Kalo tak,ana tak berat nak buat keputusan untuk tambah kuota. Telefon mendail nombor ayahanda. Memberitahu segala persoalan yang timbul dalam hati.
“kakak buat la keputusan. Berkat I’allah keputusan kakak. Kalo tak cukop nanti biar baba tanggung ganti rugi. Kakak buat la gapo hok kakak rase nak buat. Berkat2..”
Berkali2 baba ulang perkataan BERKAT. Insya allah,berkat…
Pergi ke kelas tanpa persediaan yang cukop untuk kuiz. Nak kekalkan rekod bersih dapat full mark untuk kuiz math!!!
“husna,kuiz math hari ni batal..”
Subhanallah. Ini lah yang dipinta di dalam hati. Hahaha… akhirnya..
Petang itu sekali lagi teruji,makanan tak cukop!! Muke azam penat kejar2 mencari ais. Najwa enak kaco air sunquick.
Fathiah gembira bergadoh dengan ana suro tambah sunquick.
Kak shake khusyuk masikkan kuih dalam plastic.
Zaleha tenang kira bajet. Tapi masalah yang melanda ni canne?
Canne ni.. committee laen bergembira membuat persiapan di ruang dapur AMF. Ana risau. Sangat risau. Nasib baek Afiq dan Lokman membantu. Ringankan beban. Tak lupa Ust Muntaqim yang penuh kredibiliti menyelesaikan masalah tersebot. Tahniah. Ade ummpph!
Kemudian masalah moreh dengan café UKC 1 memang sangat kelakar. Ana tak boleh tahan gelak. Bengang nampaknya azam tengok ana gelak. Sebab masalah kali ni sangat kelakar. Tapi mencabar. Bajet naek lagi. Gara2 anggukan kepala ustaz berdua..Azam dan Lokman. Haha. Kelakar2. tak le bla.. rasie la kan Tiah? Haha..
Haha.
Doa banyak2,jadikan sumenye berkat ya kareem.. berkatilah majlis ini..
Banyak duet dikeluarkan tidak pada bajet yang dirancang. Cuak dan gelabah.
Kemudian, majlis diteroskan dengan smooth. Seorang sahabat datang memuji,
“waa.. smooth iftor ko buat. Bagus2.”
Hek eleh.. korang mane tahu ape yang aku ngan azam hadapi. Pelbagai. Nampak smooth je. Tapi aku ni tak larat da. Haha.
Bese je. Orang tak nampak. Begitu jugak kite. Kalo kite rase sesuatu perkara itu berjalan lancer,ingatlah orang yang dibelakang tabir itu tentunya bersusah payah membuat segalanya berjalan dengan lancer. Pengajaran supaya menghargai gerak kerja orang laen. Ok. Bernas.
Moreh sangat best kan> tahniah afiq. Angkat kueh yang sedap dari bazaar ke UIA. Tahniah. Sangat bagos.
Sedang brothers kami yang sangat bagos itu menghabiskan makanan. Sangat semangat nampaknye. Makan dan makan. Tahniah brothers. Korang memang suka makan. Haha.
Bab yang paling tak best,mengemas. Ramai orang yang dah balek. Itu normal. Habis madu,sepah dibuang. Huhu. Sabar. Jangan mengeluh. Maka bertungkus lumus lah kami budak2 DQ dibantu oleh Najwa,Zaleha,Kak Aina,Afiq,Naqib,Syafiq dan tetamu jemputan khas,Afifi,vice president Enginius. Confius,canne die buleh ade dalam iftor medcy? Haha. Ana pon tatau. Tak kesah. Janji die tolong angkat periuk. Patu ajak kami sume ikot iftor engine. Ceh,malu ah nak g.
Ok2. ngarut je dengar cite ni kan. Sabo je la,
Yang penting,nak cakapnye,malam tu lepas angkat barang ke UKC 1,teros berbincang smeeja dengan Zaleha tentang bajet. Kalo banyak tak cukop,bapak gue tempat nak mengadu. Nak kate dah banyak keluar duet sendiri pon,tade la sangat. Bese je. Pastu.. bile kire dan gado2 dengan zaleha,ana pon terkejot.. entah canne,duet yang ana memang ingat tak cukop. Memang ana bajet duet perlu ditambah,rupanya lebih hamper RM 100. lepas dikire2,duet yang masok adalah same seperti rancangan asal. Tapi walopon besar bajet yang dikeluarkan berbanding ape yang dirancang,namun duet tetap lebih. Teringat pesan ayahanda..
BERKAT. Itu yang penting. Mitak doa banyak2,zikir banyak2 supaya ape yang kite buat berkat. Keputusan mahupun ape saje. Janji berkat. Bile berkat,I’allah tade masalah punye. Sekrang duet lebih.. sape nak jawab. Bagitau azam,gembira jugak die. Presiden Medcy,Ust Muntaqim pun tumpang gembira. Mesti dalam hati die cakap,
“selamat duet medcy..”
Haha.
Tengok. Percaya tak. Ana yang hadapinya ana rase tak percaya. Takkan ana nak tunjuk kira2 kat sini. Tapi hakikatnya memang dasarnya duet keluar lebih banyak dari duet masok. Dan sampai sekarang memang misteri bile dikira kembali. Entah macamane keluarnya duet lebih hamper RM100. percaya tak? Mungkin ade hijab sehingga akal manusia seperti hamba tak mampu menjangkau ilmu allah. Tapi ini hakikatnya. Memang ajaib. Kuasa Dia. Terima kasih allah. Kerana memberkati majlis kami. Besarnya erti keberkatan dari Dia. Maka, pengajarannye. Setiap perkara yang kite lakukan,jangan lupe. Tadah tangan. Perkasa zikir. Mitak pada Dia. Semoga kite diberkati. Apa yang kite buat pon berkat. Itu penting. Tak percaya? Cuba buat. Nescaya ape saje keje yang anda lakukan,anda akan berpuas hati. Orang sekeliling pon rase puas hati. Ana dah banyak kali cube,kenapa tidak anda?
Bile tuhan kate,BERKAT,semuanya I;allah berjalan dengan cara terbaek.
Kan kite tahu,Dia sebaek2 perancang dan penentu? Maka,berikan sepenuh kepercayaan untuk abdikan diri kepada DIA. Ok. Selamat mengabdikan diri. Smeoga memberi pengajaran hebat buat kite semua.
Wassalam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.