♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, September 08, 2009

saket + sempurna + besday Alang

Minggu ni sangat best. Mampu bersemayam di dalam bilek sepuasnya. Atau lebih tepat,katil. Tido semampunya. Sebab kadang2 dah tak mampu nak pejam mate sebab banyak sangat tido. Haha. Mane ade tido. Kena iadah sebab nanti kena jadi imam mengejut. Tetibe tengah iftor, dapat mesej.
“tolong jadi imam kat zc. Tengkiu”
Waaa.. senang makcik die.. nasib la ana “SANGAT MASYI”. Ye la sangat tuh masyi. Hampeh. Tak dapat mumtaz pon. Aaa.. mengarut!
Best jugak. Patot la sahabat cakap,boring dok UIA. Oh,canni rupenya rase boring dok UIA. Minngu ni memang tak kua mane2. walopon ke bazaar ramadhan. Dah janji dengan die, tanak kua minggu ni. Walopon ramai kawan ajak g Jalan TAR la. G sogo la. G KL Sentral la. Semuanya ditolak lembut. Saje. Amek mase untuk muhasabah diri. Final exam dah dekat. Blaja lintang pukang.
Ok. Kali ni meh kite berbincang tentang tajok yang bermanfaat sket..
Minggu lepas, ade bukak beberapa booth kat depan bangunan IRK. Antaranya booth IQRac dan booth sempena dengan biah solehah kempen. Booth ni dibuat untuk mengislamisasikan biah di UIA. Spesifiknya CFS PJ la kan. Memang. Alhamdulillah. Sambutan menggalakkan. Di samping berobjektif untuk melancarkan kempen membudayakan membaca al quran di mana saje. Alhamdulillah. Walopon smabutannya tidak seratus peratus. Tapi sekurang2nya memuaskan. Mampu tersenyum. Ke ana je yang senyum?
Ana incharge jugak untuk jage2 booth ni. Sape kate ana buat keje Medcy je? Keje dakwah pon ana wajibkan jugak diri ana buat. Bak kate mereka yang rapat dengan ana,
“husna sangat versatile. Sume booleh buat”
So,nak buktikan la ape yang mereka kate. Ana boleh buat semua. Bagi la bidang ape pon. Ana cube comit sepenuhnyya.
Hidup bukan untuk satu perkara. Matlamat ana sangat banyak. Yang pertama dan utamanya tentulah kegemilangan Islam itu sendiri. Kan? Anda jugak begitu kan? Ye,matlamat kite same. Mungkin uslub kite berbeza. Ape? Uslub kite pon same? Ok. Tahniah. Untuk anda dan ana jugak. Hahaa.
Ok. Back to the booth.
Hari jumaat yang hening. Tenang dan sejok. Ana jage booth. Kebetulan,ada sorang hamba allah ni asyik dok usya ana je. Ceh,perasan. Tak tipu. Dah sepanjang ana dok jage booth start hari rabu lagi. Ana perasan jugak die asyik pandang. Bile ana pandang die,die senyum je. Ana buat bese je. Takkan nak g serang die plak kan. Nak dijadikan cerita,hari jumaat tu hujan. So, ana tak berapa sihat sket bile terpaksa berhujan ni. Saket kepala menjadi2. memang saket. Orang ajak g taalim pon ana angguk bodoh je. Tak tahan. Pastu dah tak tahan sangat,ana nak balek. Lagipon petang tu ade kuiz math. Haru la!
Kemudian, orang yang ana syak dok usya ana tu follow ana mase ana nak balek. Ceh,suspend la plak cite ni. Haha.
“sist,tak sihat ke?”die soal ana,lembut.
Memang tak le bagi respon baek sebab ana memang saket kepala. Lagi nak marah ade la. Kaco2 orang plak. So ana angguk kepala dan senyum sedikit.
“dah nak balek ke? Meh saya hantaqkan sis.” Laa.. baek la plak nak hantar2 kan orang ni. Ana senyum dan geleng kepala. Ape tah budak ni. Sape tak pelik. Heran.
“tak pe la. Dah lame saya dok tengok sis kat booth tu. Nak teguq sis pond ah lame,tapi tak berani.”
Kesian la plak dengar die cakap macam2,ana plak diam je. Maka,ana gagahkan diri. Cube memberi respon yang tak menyakitkan hati. Kesian die.
Lepas borak2 sket. Dia tanye,
“sis,saya nak Tanya sis. Saya pon nak pakai jugak macam sis pakai. Tapi tak kuat la sis.”
Kebetulan hari jumaat itu ana berjubah sem.
“sis,saya suka ja pandang sis pakai canni. Saya nak jadi macam sis. Tapi tak boleh. Kenapa sis pakai macam ni ek? Macam saya pakai nip on dah kire tutup aurat kan sis?”
Allah.. dugaan betol. Saket kepala datang menyengat2 je. Tetiba die Tanya soalan yang mencabar cantu.
Sabar je la. Ini satu dakwah jugak kan?? Pujuk diri sendiri.
Maka. Ana berdehem sedikit,dengan doa agar saket kepala ini mampu bertahan. Walopon waktu tu memang rase berpusing2. tahan2.
“sebenarnya, memang ape yang enti pakai ni dah tutup aurat. Enti betol la. Tak salah pon.”ni namenya psiko..
“tapi kenapa sis pakai canni? Kawan2 sis pon pakai canni.”
“sebab.. ok. Analoginye..”
“analogi tu ape sis?” boleh plak die Tanya. Saket2 kepala ni nak jugak die buat maen canni. Sabar2.
Allah sedang menduga. Nabi dulu lagi terok dugaan Beliau mase nak berdakwah. Nabi dulu kena cari mad;u. tapi sekrang mad;u ade depan mata. Takkan saket kepala sket dah nak marah2. nanti tak ikhlas. Inikan ujian allah. Maka bersabar!
“Perumpamaannye,, kalo enti orang kaya. Ade duet sejuta. Ditakdirkan enti nak beli kereta baru untuk gi Johor la katakan. Enti nak beli kereta wira ke kereta BMW 7series..?”cube berlembut sebaek mungkin. Saket kepala langsung tak menunjukkan gaya mahu berhenti menyengat. Sabar.
“Eh,mestilah yang BMW!”
“Kenapa? Dua2 kan kereta. Boleh je sampai Johor due2 kereta. Kan?”
“Memang la.. tapi BMW kan lagi canggih. Lagi hebat. Sempurna!”
“Yes! Itu lah jawapannya. Sempurna. Enti sendiri nak sesuatu yang sempurna kan? Enti nak kereta BMW tu sebab ia sempurna. Same seperti ape yang enti soal ana tadi.. Kite berdua same2 tutup aurat. Same je, tapi mane lebih sempurna? Dan kenapa nak jadi smepurna.? Enti suka sempurna kan? Sama seperti Dia. Yang kat atas tu. Dia pon suke kite tutup aurat dengan sempurna.”
“oo.. Cantu ke. Semangat la sis cakap. Best. Cakap la lagi.” Ana time tu rase nak pengsan. Memang berpinar2 depan mata. Sekali lagi berjalan ke KC bermaen dengan hujan sensitive benar dengan hujan ni. Subhanallah.. dugaan2.
Tambah plak cermin mate sampai sekrang tak dapat2.. sabo.
“Enti suke benda2 yang sempurna kan? Ana pon. Ana suke ornag yang sempurna. Enti nak cari suami pon mesti enti nak yang sempurna kan? Ana pon. Haha. Ana pon nak yang sempurna. Taknak ade cacat cela pon. ana taknak suami merokok. Enti pon kan? Ana nak suami ana boleh jadik imam semayang. Suami ana pandai agama. Pandai bagi ceramah. Bak kate orang,ana nak suami ana lengkap la. Pakej lengkap! Enti pon nak kan? Sape taknak kalo dapat suami sume ade? Agama tip top. Harta cukop. Keturunan bagos. Hensem plak tuh. Nak kan? Sempurna! Perasan tak kite suke orang yang sempurna,tapi kite terlebih dahulu tak nak jadi sempurna. Kenapa kite tak ubah diri kite jadi sempurna kemudian kite pasti ade hak untuk mengimpikan sesuatu yang sempurna?”
Tercengang budak tu pandang ana.
“Sis dah ade calon ke?” kesitu plak die.. Ana geleng je. Malas nak berpanjang2. sebab kesaketan menjadi2. ana memang tak nampak jalan kat depan. Nasib dh sampai pintu lif.
Sedang tunggu lif.
“Sis, saye nak brubah,tapi saye malu la. Nanti orang gelakkan saye. Mane sis beli tudung ni? Sis jahit sendiri ke? Nak jugak.”
“Tukang jahit yang jahit. Kedai kaen banyak.. hem. Kite nak brubah kalo rase berat nak brubah secara mendadak.. brubah la perlahan2. slow2. mungkin enti perlukan mase. Tapi kalo enti betol2 nak buat,secara drastic pon ape salahnya. Lagi bagos. Pedulikan ape orang nak kate. Utamakan pandangan allah. Bukan pandangan manusia. Ok? Kalo nak tudung canni,datangla bilek ana nanti. 511. nak datang tu mesej dulu. Takot tade kat bilek.”
“best la sis. Tengkiu sis. Nanti jumpe lagi. Nak nombor sis? Petang ni saye blanja sis bukak puasa.”
“ni nombornye. Hem. Tape2. petang ni ana g iftor FSCC. Free. Haha. Selalu je dapat iftor free. Alhamdulillah. Tak yah susah2, bese je. Ok la,ana pon kurang sihat ni. Sorry la kalo ana kurang memuaskan enti. Nanti ade masalah boleh cntact ana. Ana naek dulu. Chow. Salam.”

Demikian la sebuah cerita yang ana nak kongsi. Kemudian naek ke bile kana teros syahid. Tak mampu nak bukak mate. Pening. Rase nak muntah. Tahan je. Puasa. Tahun lepas pon ana tinggal puasa sebab saket dah 2hari. Tidak. Tidak untuk tahun ini. Oh, tuhan. Tolong ana… argh!
Ok. Ape yang baek,amek jadi pengajaran. Yang kurang baek tinggal je. Nak komen,sile. Terbuka. Email. SMS. Sume. Sile komen. Salam.
00:29
7 september 2009
tarikh ni cumop bermakna bagi ana.. tanpanya tak lengkap lah sebuah MARJAN HANANI.
usrah terhebat. ye ke?
ana amek kesempatan ini,ana mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada saudara sefikrah ana yang sekarang menuntut sebagai pelajar persediaan di kolej di Cheras dan akan meneruskan pengajian dlm bidang dentistry di oversea. insyaallah. moga dengan salam dan doa ini, Beliau mampu thabat dalam memperjuangkan agama di samping mengejar impian beliau yang insyaallah memberi manfaat di dunia ni dan di akhirat lebih2 lagi.



inilah kaseh dan sayang kan? meskipun jaoh,meskipon lame sudah tidak bersua. tidak berkongsi rahsia.. namun, segalanya terasa cukop indah. sekali adek beradek, selamanye adek beradek.\
jika dulu kite mungkin terikat dengan PERKEMAT. dengan silabus MAZA YA'NI..
tapi kini tidak lagi.. kite tidak diikat. tapi kite tetap terikat oleh sesuatu yang bername "UKHWAH ISLAMIAH"
salam sayang dari seluroh adek bradek marjan hanani.\salam rindu dari kami di UIA.
salam kaseh dari generasi ke9.\
dimana pon alang berada.. alang tetap bersama MARJAN HANANI. sentiasa. selamanye. dan berkekalan hendaknya.
Humairah binti mohd Firdaus Tay.
selamat segalanye..
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.