Tawaran Bidadari Menguntungkan Isteri
Bidadari merupakan salah satu anugerah ALLAH SWT kepada seorang
lelaki yang
memasuki syurga.Tetapi seorang wanita yang solehah tidak
dianugerahkan
bidadari,sebaliknya dia menjadi ketua kepada bidadari yang
dikurniakan
ALLAH
SWT kepada suaminya.
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam
kalangan
bidadari-bidadari yang lain.Kecantikannya sudah pasti tiada tandingan
dengan
manusia biasa.Dalam satu pertemuan dengan para sahabat iaiutu suatu
pagi
dalam bulan puasa ,Rasulullah saw memberi targhib(berita-berita
semangat
supaya mereka terus berjihad pada agama ALLAH).Kata
baginda,"Siapa-siapa
yang keluar di jalan ALLAH,tiba-tiba dia mati syahid,maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan
bidadari
syurga."
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda
teringin
sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi dia
malu
hendak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-sahabat lain
yang
lebih tua.Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan
keluar
berjihad.Bayangkan seorang sahabat yang masih muda dan mungkin pun
belumm
berkahwin, sudah mengharapkan bidadari.Pengharapan itu sampai
terbawa-bawa
ke dalam mimpi.Tetapi siapa bidadari yang diidamkan itu?
Sebenarnya,bidadari ini tidak lebih daripada seorang pelayan dalam
sesebuah
rumahtangga.Cuma mungkin bidadari ini berperanan lebih daripada itu
apabila
dia boleh melayan segala keinginan seseorang lelaki yang menjadi
tuannya.Mungkin kalau hendak disamakan di dunia inilah hamba yang
dalam
Islam dibenarkan tuannya menggauli hamba itu seperti isteri.
Soalnya mengapa bidadari diumpankan kepada manusia terutamanya kepada
lelaki?Suatu yang agak kurang sedap didengar,berita itu menjadi
kesukaan
para lelaki seolah-olah lelaki ini kuat nafsunya.Keadaan ini sungguh
mengecewakan para isteri atau wanita kerana mereka tidak mendapat
bidadara
seperti lelaki.
Sebenarnya,seperti yang digambarkan di atas,berita yang disampaikan
oleh
Rasulullah saw adalah untuk menimbulkan motivasi supaya mereka kuat
berjihad dan beramal.Para lelaki yang mendengar tawaran itu sudah
tentu
bersemangat untuk berjuang mempertahankan Islam.Tawaran ini penting
kepada
para sahabat kerana tawaran itu menjadi motivasi dalam perjuangan
mereka.Sesungguhnya pada zaman itu bukan gaji dan elaun atau apa-apa
janji
manis duniawi yang ditawarkan oleh Rasulullah saw.Jadi,sesuai dengan
zaman
itu,Rasulullah membuat janji bidadari untuk mereka yang mati syahid.
Semoga dengan tawaran itu mereka pun akan bersungguh-sungguh untuk
mati
syahid.Bagaimanapun,janji Rasulullah saw itu tetap dikotakan kerana
Rasulullah saw tidak berjanji politik.
Tetapi,janji Rasulullah saw itu pula memberi implikasi yang
berlainan
kepada wanita atau isteri.Wanita yang bersifat cemburu,akan berusaha
untuk
menjadi wanita solehah.Mereka berusaha untuk menjadi isteri yang baik
dan
hamba ALLAH SWT yang taat.Hal ini kerana mereka mahu menjadi ketua
bidadari
dalam syurga.
Sebagai ketua bidadari,isteri itu tentu mempunyai kuasa tertinggi
dalam
melayan suaminya.Jadi,dia akan berada di samping suaminya
selalu..Mereka
sudah pasti tidak mahu suaminya mendapat layanan daripada bidadari
lain
walaupun halal.Sebaliknya dia akan mengarahkan bidadari suaminya itu
melakukan kerja-kerja lain selain melayan keinginan suami.Dalam hal
ini,adillah berita yang dibawa oleh Rasulullah saw itu.Kedua-dua
belah
pihak mendapat manfaatnya.Masing-masing berusaha untuk menjadi
manusia
terbaik di sisi ALLAH SWT.
Jadi,tidak timbul wanita rasa kecewa dengan berita itu kalau mereka
memahami
kehendak yang tersirat daripada cerita Rasulullah saw itu.
Wallahualam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LIRIK BEST
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AINUL MARDHIAH
DIRIMU PEMBAKAR SEMANGAT PERWIRA
RELA BERKORBAN DEMI AGAMA
KAU JADI TARUHAN BERJUTA PEMUDA
YANG BAKAL DINOBAT SEBAGAI SYUHADA
ITULAH JANJI
PENCIPTA YANG ESA
ENGKAULAH BIDADARI DALAM SYURGA
BERSEMAYAM DI MAHLIGAI BAHAGIA
ANGGUN GAYAMU WAHAI SEORANG PUTERI
INDAHNYA WAJAH BERMANDI SERI
MENJADI CERMIN TAMSILAN KENDIRI
UNTUK MELAKAR SATU WACANA
BUATMU BERNAMA WANITA
*
AINUL MARDHIAH....
KAU SEHARUM KUNTUMAN DI TAMAN SYURGA
MENANTI HADIRNYA SEORANG LELAKI
UNTUK MENJADI BUKTI CINTA SEJATI
OH TUHAN....
BISAKAH DICARI DI DUNIA INI
SEORANG WANITA BAK BIDADARI
MENGHULURKAN CINTA SETULUS KASIH
DI HATI LELAKI BERNAMA KEKASIH
LAGU : PUTRA AIMAN
LIRIK : ITO LARA
-YOU AND I SEE-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment