♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, October 31, 2009

my answer for your question.

cafe ZC tetap jadi pilihan. mmg harga makanan di UKC 1 jaoh lebih murah,namun ZC tetap di hati dan sanubari. kerana lebih bebas tanpa brothers mahupon banin. jumud tak?
mesej dari Ukhti Fazlinda menarik perhatian.
"boleh tak husna terangkan ape yang dimaksudkan dengan berprinsip jangan jumud,terbuka jangan hanyut?"
tersenyum sendiri.
berputar2 ingatan kembali pada situasi Januari 2008.
"sanggupkah ustazah meletakkan diri ustazah dalam kasut tu? sekiranya entum sanggup terima amanah ini,entum harus sedar tanggungjawab yg entum pikol.ingat, BERPRINSIP JANGAN JUMUD,TERBUKA JANGAN HANYUT."
dari situ,mmg ana pegang perkataan itu. sampai sekarang. terngiang2 di telinga. Beliau yang mengucapkan perkataan itu adalah pengarah program Ribathul Mawaddah. tanya lah budak DQ gen 9,tak kira yang maseh setia ataupon telah curang,pasti ter'pesona' dengan program ni. Ustaz Azan Safar.
sebenarnya nak mengulas panjang mungkin tak sempat dalam keadaan yang speerti ini.
tapi sedang mencuba ni.
ok~
ini adalah pendapat. cikgu ana kata,
"husna,push out awk punya idea pendapat,awk kena ingat,pendapat tak pernah salah!itu adalah hak awk."
so,ini pendapat saya. ia takkan salah.
secara ringannya.
kite sebagai manusia samada yang biase mahupon luar biasa,pasti ade prinsip tersendiri. contohnya,prinsip kite tak nak kenal lelaki. ok. buleh menghormati prinsip itu. tapi. bergantung kepada keadaan. anda buleh berprinsip. tapi sekiranya situasi memerlukan kite untuk berinteraksi dengan lelaki,canne?
ade beberapa keadaan dimana dibolehkan berinteraksi dengan lelaki seperti dalam bidang pelajaran,jual beli perubatan dan sebagainya..
jadi,jangan terlalu jumud dan kononnye berlagak siqoh.
contoh laen,kite menutup aurat. kononnye prinsip kite mesti tutup aurat.
namun kite tak buleh jumud,
jgn anggap hanya bertudung labuh dan berjubah saje yang dianggap menutup aurat.
jangan anggap orang yang tak berjubah tu jahat. jumud kan?
dan. kite buleh terbuka. dalam satu meting kite duduk beramai2 lelaki dan perempuan. meting eh. bukan benda laen.
kite terbuka. tapi jangan sampai akhlak dan adab kite dalam meting tu dilanggar. itu maksudnya kite dah hanyut!
buleh terbuka. nak kua g mid valley macam orang laen. buleh! tapi ingat,kite kena jaga batas2..besar mahupon kecik.
ingat,menutup aurat dosa,membazirkan mase,duet pon dosa.
jadi,jika nak terbuka,sila..
tapi ingat,jangan hanyut. kita harus sedar siapa diri kite.
ade prinsip,jgn terlalu jumud. dan sekiranya terbuka,jangan sampai hanyut.
hadis Nabi-ummatku tidak akan sesat sekiranya berpegang kepada dua;iaitu Quran dan sunnah-
maka,sendiri mahu ingat la kan.
jgn sampai prinsip kite menyebabkan kite tidak sejajar dengan arus dunia pada hari ini. kerana sekiranya kite tidak mengikut arus,kite pasti ketinggalan. ikot harus,tapi jangan dibawa arus. ingat,ia adalah dua benda yang berbeza!
nilai2 kan lah ape yang ana bicarakan.
ana bukan hebat untuk berkata2,cuma sekadar pandangan dari hamba allahyang biasa.insya allah.
sekiranya ade pandangan yang lebih bernas,buleh utarakan~ setakat ni dulu buat mase ni.
bakal bersambung kite mampu~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.