♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, October 25, 2009

atasi gementar ketika berucap

~huh. ramai orang tanya,canne nak berucap tanpa gemenrtar eh? ana pon tatau. ana tade la tip2 nak bagi. mungkin pengalaman je yang buat ana petah berkata2. pengalaman2.. membuat kite jadi biasa. so,klo nak biasekan diri,selaloo la berucap bila orang suruh. haha. gud idea. try klo tak pecaya. bukan nak perasan. tapi sebab ade orang tanye. jawab je laa..
ni ade beberapa tip2 palsu kot. ana pon tatau. bace je laa.
yang baek tu amek,yang buruk tu tinggai.

10 Cara Atasi Gementar Ketika Berucap

Kebolehan berucap menjadi kriteria utama mengukur kemampuan anda
berhadapan degnan sesiapapun. Sebagai contoh, pembentangan kertas kerja
di hadapan ahli lembaga pengarah, pelanggan atau rakan sekerja
memerlukan keberanian dan keyakinian diri yang tinggi. Contoh terdekat
dalam Islam dan perlu dipraktikkan ialah apabila melihat kelantangan dan
keberanian Asma' bt Yazid, seorang pemidato wanita terulung kerana
keberanian dan kepandaiannya berhujah.

Perasaan gementar adalah perkara biasa bagi anda yang jarang memberikan
ucapan di khalayak ramai. Ini menunjukkan anda seorang yang mahu
melakukan yang terbaik. Walau bagaimanapun, perasaan gementar yang
keterlaluan tidak akan membantu anda untuk maju kerana pihak atasan
gagal melihat kebolehan anda berucap. Berikut adalah cara sesuai untuk
anda mengawal perasaan gementar dan menjadikan ucapan anda lebih
berkesan dan sukar dilupakan.

1. Biasakan diri dengan ruang atau tempat berhujah
Bagi membiasakan diri, datang awal ke tempat tersebut dan berlegar-legar
di tempat sepatutnya anda akan berdiri dan memberi ucapan. Sekiranya
kemudahan tersedia seperti pembesar suara, tiada salahnya anda mencuba
kelantangan suara anda.


2. Kenal pasti penonton
Ucapkan salam kepada tetamu yang tiba. Berbual mesra dengan mereka
sebelum anda diminta berucap bagi membiasakan diri. Apabila anda sudah
kenal mesra, perasaan gementar akan beransur berkurangan apabila anda
berdiri di hadapan mereka nanti.


3. Fahami isu yang akan diucap atau dibentangkan
Sekiranya anda tidak biasa atau kurang selesa dengan isu anda, perasaan
gementar akan bertambah. Oleh yang demikian, buat latihan berucap
sebelum tiba waktunya.


4. Bersantai
Jangan terlalu memikirkan bagaimana persembahan anda nanti. Jika tidak,
anda hanya akan memberi tekanan pada diri sendiri. Apabila ini berlaku
badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya.


5. Bayangkan diri anda sedang berucap
Bayangkan anda sedang memberi ucapan dengan nada suara yang jelas, kuat
dan meyakinkan. Apabila anda membayangkan kejayaan anda berucap, anda
akan lebih bersemangat dan pastinya akan berjaya. Insya Allah.


6. Yakini diri bahawa orang lain mahu anda berjaya menyampaikan ucapan
Penonton biasanya mahukan sesuatu yang baru, bermaklumat, menarik dan
menghiburkan ketika mendengar ucapan. Sekiranya ucapan anda mempunyai
kriteria ini, pastinya anda akan berjaya.


7. Jangan memohon maaf
Sekiranya anda menyatakan kegementaran atau memohon maaf kepada apa
sahaja kesilapan yang anda lakukan sepanjang berucap, anda hanya akan
membuatkan penonton mengimbas kembali dan cuba mengenal pasti di manakah
kesilapan tersebut. Jangan sekali-kali melakukan perkara ini.


8. Tumpukan perhatian kepada isu utama
Fokuskan perhatian anda kepada isu utama bukan perkara-perkara yang
remeh. Pastikan anda memberi penekanan yang jelas terhadap perkara
tersebut.


9. Tukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif
Kekuatan dalaman akan menukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif
dengan cara memberi perangsang kepada diri bahawa anda boleh
melakukannya.


10. Kutip pengalaman
Pengalaman lama membina keyakinan diri dan ini adalah kunci kejayaan
anda semasa memberi ucapan. Apa yang paling utama anda digalakkan
membaca doa bagi menghilangkan perasaan gementar.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.