♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, October 15, 2009

benign or malignant?

"ni benign ke malignant doktor?" soalku.
sebelom dijawab,die tersenyum manis sambil menggelengkan kepala.
"this is not my job. sebab tu saya suroh awak jumpa pakar ortopedik. itu kerja die."
die berhenti seketika. menaip sesuatu di kertas lalu sekali lagi memandang wajahku,
"takot?"soalnya. aku hanya senyum,tawar. terdengar tawa halusnya,menyedapkan hati barangkali. kemudian menyambung statementnya yang panjang sejak dari tadi,
"tapi stakat ni saket kan? dan semakin besar kan? jangan risau. kite buang by operation nanti. tak cacat pon."
bicaranya perlahan. seolah die menganggap aku sedang bersedih. sedih kah aku? barangkali.
aku hanya diam. doktor menulis sesuatu. erk,doktor ni buat karangan SPM ke? macam tak. dalam english. Ah,essay kot!!
"adik nampak macam tahu banyak je tentang penyakit ni.."die angkat wajahnya dari kertas essaynya. tersenyum lagi. dalam hati aku berkata,mestilah doktor. dah berapa kali aku ni saket. macam2 dah! ubat semua name aku dah hafal. asyik top up ubat kat farmasi.
"medic student?" soalnya lagi. barangkali mahu hilangkan ketegangan aku kot. aku hanya senyum. biar die tertanya2. sebab aku sendiri pon belom tahu arah tuju aku. dengar cerita,parents nak hantar ke oversea supaya jadi doktor. ah,not the time to think about it now.
"kalo adik nak cepat,adik pg kat swasta. Pay at least RM2k. Insya allah saket ni hilang nanti. kerajaan ni macam ni la dik. kena ikot macam2 prosedur."katanya sambil mengakhiri essaynya dengan tanda diamond. ok doktor. essay doktor dapat fullmark! kataku dalam hati. huh.
"amek surat ni,pg kaunter depan tu nanti die bagi adik tarikh jumpa pakar. pastu turun bawah amik ubat kat groundfloor. makan ubat tau.jumpa lagi nanti."kata doktor mengakhiri perbualan romantis petang itu.
Hospital Raja Perempuan Zainab,kota Bharu Kelantan.
Keluar dari bilik doktor,muka ibu tersenyum,menunggu penjelasan. alamak. part ni yang paling tak suke.
"apa doktor kate?"soal ibu belom sempat aku duduk. kebetolan! azan asar berkumandang. Lantas,aku bangon menyerahkan surat di kaunter. dan senyap sebagai tanda menghormati azan.
seusai azan,ibu bertanya lagi,
lantas ku senyum. lalu ku jawab girang.
"die kate bukan patah tulang ke ape.. cume ade ketumbuhan biase je. die suro jumpa pakar dulu.."terangku. seolah2 sangat gembira.
namun,riak wajah ibu tetap berubah,walopon aku mengkhabarkan dengan kegembiraan seperti dalam 9A PMR. kalah lagi. aku teros senyum.
Lalu nurse yang comel tu memanggil namaku. diberi beberapa penjelasan. ibu maseh di kerusi itu. aku memaniskan muka pada nurse tersebot.
"awak boleh mintak doktor cepatkan tarikh awak ni.. kesian awak. cuba la ye." ak mengangguk. kenapa semua orang nak bersimpati dengan aku? tak perlu.
aku menghampiri ibu. mengajak ibu turun ke bawah untuk proses mengambil ubat. aku senyum dan berlagak biasa. sambil itu aku terangkan lagi ape yang doktor cakap. dan banyak ayat2 yang menyedapkan hati. selepas ambil ubat,membeli sedikit kueh berbuka puase. lalu,aku memandu teros pulang ke rumah. sepanjang perjalanan,ak cube sebaeknya menggembirakan hati ibu. tak pe.. aku tak sedih pon la!
Sekurang2nya maseh ade jalan penyelesaian. tetiba teringat pda Rizal..
Oh,kalau die ade kat sini,tentu semuanya lebih mudah. Rizal.. Butuh kamu disini..
Rizal tu doktor rasmiku. Sekarang berada di Ireland,katanya penyambung sedikit pengajiannya. ai,doktor itu tak habes2 belajar. cintakan ilmu betol. aku tersenyum sendiri.
"awak jangan risau. nanti abang balek sini,abang datang jengok awak. awak kan patient setia abang. sekarang abang puas hati dengan kesihatan awak. teruskan jaga makan minum tau."pesannya.
tentu die tak sangka apa yang berlaku sekarang. tak sabar nak balek n email kan crita ni pada die.. Doktor Rizal..
fuh.. mengeluh panjang.. mengapa nak mengeluh? tadi kata tak sedih?
sampai saje di rumah, teros masok ke bilik. terpandang sesuatu yang membuat aku tak tahan. ye,memang tak tahan. akhirnya air mata ini mencurah2 kebumi. tanpa esak tangis. ia turun dengan sendiri. tanpa dipaksa. tanpa disuruh.
"tuhan.. tika hati ini lemah,maka Kau kuatkanlah ia..
tika hati ini rasah,Kau tenangkanlah ia..
aku ini hanya hamba biasa. meskipun berkali ku pujuk hati untuk redha,namun sesekali jiwa mahu bertanya,ujian ini memang benar untukku kah? tidakkah Kau tahu ia terlalu berat untuk bahu aku memikulnya? kasihani aku Tuhan. Kau menguji aku dengan kesaketan tiada hentinya. Kesabaran yang bagaimana harus aku ade Tuhan untuk aku ikhlas dengan segala ujian?"
aku berdialog mudah. Jersy Bola sepak kesukaan yang baru dibeli tadi sudah tidak menarik perhatian. kesedihan mengambil tempat. tiba2 nameku dipanggil. ayah!
aku keluar selepas membasuh muka.
"malam ni kite pergi specialist swasta la.."kata ayah.
aku menggeleng.
"doktor kate biase je."jawabku riang.
ayah diam.
"rase nak makan singgan ikan laa.. buat eh?"pintaku. menukar topik.

.....................
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

salam..
just kuatkan smgat n minta kekuatan drpd Allah..jgn t'lalu fikirkan sgt.byk2 wt solat istikharah n solat hajat.minta kekuatan drpd Allah.at least akak dpt terima treatment yg t'baik. igt kt sedara kite yg kt palestin tu.
setiap ujian ada hikmahnya..
saya terima dugaan start ari pertama tgk dunia.
da 4 kali kena operation spjg 16 thn hidup..
pape pun Allah SYGKAN hambanya,tat why DIA uji kita.dlm ramai2 hamba-Nya kte yg t'pilih.

Harus ada rasa b'syukur setiap kali ujian menjelma.tu jelas membuktikan Allah mengasihi kita setiap masa.

Allah tdk akn membiarkan hamba2nya b'kata aq sdh beriman sdgkan mereka tdk di uji lg(betulkan kalo silap)

Anonymous said...

benign or malignant?sabau yeerr..better awk pg cek kt swasta dulu.juz diagnosis.klo betul2,better awk buat operation cepat2.takut bahayakan awk jerk.lagipun awk pasni mmg agi aktif kan?
anyway,suke tajuk awk.. benign or malignant.. hehe
cayang awk husna.

kak ja said...

i know u very strong to face this all.gpon sume penyakit bley sembuh kan.smile awez k.

single dude said...

single dude:
thanks. nice post anyway.
first,help yourself. take the medicine.
rub it gently. Hamid will help u. pray more. ireland is very best. u should come. i will call u soon.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.