♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, October 14, 2009

Dalila Noor Aisyah Emielia

tanggal 2 oktober 1990.
seorang bayi perempuan telah lahir. dan ditakdirkan bayai itu satu2nya bayi perempuan dalam keluarga Encik GHazali daripada empat orang anaknya. betapa sayangnya Encik Ghazali terhadap anak perempuan tunggalnya. dididik dan diasuh dengan didikan agama semampunya. kerana itulah pelaburan yang paling mengungtungkan. kepada Encik Ghazali,anda sangat bertuah dan boleh ana katakan,anda berjaya mendidik anak perempuan tunggal anda ini. Beliau punya pegangan yang tersendiri. Beliau gagah memperjuangkan Islam,meskipon langkah kami tidak seiringan dengan beliau. Namun,kami tetap tahu,beliau maseh setia pada Islam dan Perjuangan. dan ana adalah orng yang paling bertuah mengenali beliau sekaligus memiliki kaseh sayang beliau terhadap ana. Ana bertuah! Terima kaseh Allah. dan buat beliau,dimana saja beliau berada,ingat ikrar kite. dan ingat siapa kite. Dimana sekalipon bumi yang kite pijak,kite tetap menjunjung langit yang sama dan berpaksikan Syahadah yang serupa. Meskipon jasad kite jaoh terpisah. Bumi seakan cemburu kite dekat untuk berkaseh sayang. Lalu ia pisahkan kite antara benua. Ingat,sebesar apapun perpisahan itu,kite tetap kite. dan selamanya berbakti pada Islam terchenta..
Sanah helwah buat sahabatku,NorDalila Ghazali merangkap Uda marjan hanani yang sekarang berada di Universiti Mansyura Mesir. Ukhwah fillah abadan abadaa..

tanggal 3 oktober 1990
seorang bayi perempuan sulung disambut riang oleh encik Jafri sekeluarga. Anak perempuan sulung ini dibelai. Dijaga dengan penuh kaseh sayang. Buktinya,pendidikan agama diberi sepenuhnya. kerana Agamalah yang akan membela kite nanti. Anak perempuan sulung ini punya tanggungjawab besar. Harapan Mama dan Papa. dan seterosnya Qudwah terbaek untuk adek2 terchenta,termasuk adek Marjan Hanani. Namun,anak perempuan yang sulung ini dihadiahi pelbagai ujian dan rintangan. Bukan namanya hidup tanpa ujian bukan? Beliau diuji. dan teruji. Namun,ketabahan hati beliau tidak membuat beliau berputus asa. dan jika bisa,ana tak mahu beliau belajar erti putus asa. Kehadiran beliau disenangi. Disayangi semua generasi 9. Pernah menjadi payung pimpinan paling tinggi kepada generasi9. namun,langit tak selalunya cerah. Setiap manusia itu punyai ujiannya masing2 dan cara Allah ,e,beri ujian itu pasti ade jalannya yang tersendiri dan berbeza2 sesama kite. tabahlah hatimu. Langit tak selalunya gelap. ingat,kabus tak selalunya ade. Bersabar menunggu kegembiraan tiada sempadan nanti. Jika tidak disini,di sana nanti. kecekalan hati nampak dari wajahnya yang suci. Tabahnya diri meneroskan hidup di dunia ini meskipon pelbagai mehnah dan tribulasi. Mengambil jurusan AED kerana permintaan Papanya. Anak yang solehah. Beliau cukop lembut hati dan senang menyayangi. jua disayangi. Ingat, jangan rendah diri. Beliau ada kelebihan tersendiri. Jangan menghina diri sendiri. Bangkitlah dari kegagalan lama untuk memperbaiki segalanya. Orangyang gagal bukanlah orang yang jatoh. tetapi orang yang gagal ialah orang yang tidak mahu bangkit dari kegagalan. Bangonlah dengan roh jihad yang baru. Buat beliau,meskipon kesebokan antara kite yang berbeza flow,kite tetap ade bond. Ukhwah fillah bonded by Aqidah. insya allah. dan.. Perit untuk ana katakan, ana tidak mahu kehilangan beliau lagi. tapi sem depan adalah sem terakhir beliau bersama ada di UIA PJ. kemudian,beliau bakal teroskan perjuangan beliau di UIA GOMBAK. sayang seribu kali sayang,beliau terpisah dari kami. Tidak mahu ana bincangkan kerana ana yakin ana akan menjadi manusia paling sedih pada saat itu kerana kehilangan seorang kakak seperti dia yang boleh dianggap ibu.. Beliau ialah Nurfatihah fatin Jafri..merangkap Anje Marjan Hanani. Sanah helwah ya Jamilah..

uda dan anje..
4 oktober 1990
dua hari sebelomnya lahir mujahidah hafizah. dan sekarang,lahir lagi seorang mujahidah hafizah. Menapak di Darul Quran dengan harapan Alquran tersemat didada dan di tadabbur ke jiwa. sikap selamba beliau kadang2 mengundang bencana. namun,sifat selamba itulah yang membuat orang laen tenang melihatnya. apa sahaja dugaan sewaktu di kelas Attaaibat, beliau la manusia yang paling tenang dengan ugutan guru tasmi. Ibu ketenangan,itulah beliau. Setiap kali ade masalah timbul,pasti beliau orang yang mahu membantu. semua orang ingin dibantu. Semua orang ingin ditolong. Punya hati lembut seperti itu pasti disayangi semua. tatkala ana menghadapi masalah, beliau pasti hadir. bukan sahaja menasihati,malah mencari idea menyelesaikan masalah itu. sahabat. perkataan itu sangat indah dikenang antara kite. atas dasar sahabat,beliau menolong ana. memberi semangat dan dorongan tatkala ana turot teruji suatu masa dulu. indahnya ukhwah fillah. setahun setengah kite ditakdirkan sekelas di Darul Quran. dan kini di UIA,kite disatukan lagi di bawah GROUP 20. maka genaplah 2tahun kite menjadi classmate. Tuhan ingin merapatkan lagi kite. Beliau tidak jemu memberi semangat supaya ana istiqamah dengan niqob. TOlong ana jahitkan niqob. dan sebaris bersama memperjuangkan dakwah di UIA. teringat sewaktu bersama2 memberi ceramah di ZC. kite ibarat kertas dan pen,saling melengkapi antara satu sama laen. bertambah ikatan ukhwah kite kerana perjuangan kite sama. kerana jasad kite infaqkan pada islam dan perjuangan. dan kite akan teros bersama dalam satu jamaah.. Beliau ialah Aisyah Humaira Abdul Kadir..


tidak hanya disitu, lima hari kemudian..
9 oktober 1990
seorang bayi perempuan sulung lahir di Kedah. Melengkapkan mujahidah hafizah. Lahirnya ditakdirkan diberi kelebihan masyi dalam alquran berbanding ana sendiri.
menemani ana setiap langkah yang ana tuju,meskipon pahit dan jerih.. beliau tetap melangkah seiringan dengan ana. Sewaktu di Darul Quran, pelbagai pertolongan yang beliau hadiahkan untuk ana. RIngan tulang membantu ana menjahit tudung dan sebagainya. erti persahabatan lebih bermakna. Punya sahabat ibarat punya penyelesai masalah. Segala masalah dikongsi dan diselesaikan bersama. Ragam ustazah mengakrabkan kite. namun,panas tidak ke petang,sejak berada di UIA,jarak kite terpisah di kesebukan. ditakdirkan kite tidak mengambil module yang sama. maka,mase kite sangat berbeza. tatkala awwalnya,ana sebok dengan persatuan,beliau setia mendengar segala rungutan. setia menemani hati minggu yang bagi ana hari merdeka. setia menemani ana melepaskan gian terhadap ais krim kegemaran. beliau melayani semua karenah ana yang tak pernah habes. sanggup menemani ana ke PC Fair hanya untuk mendapatkan Broadband. sanggup melakukan apa saja untuk ana dalam bersahabat. mana mungkin ana melupakan sahabat seperti beliau. tidak mungkin! dek kerana masing2 punya jalan tersendiri,keakraban kite sedikit tercalar di UIA. Ana cube memahami. Atau mungkin beliau lebih terasa dengan ana. Ana sudah tidak punya masa untuk lepak bersama. apalagi makan bersama. Meskipon pada awalnya di UIA,setiap petang beliau menemani ana makan. tapi situasinya mula berubah. Tapi beliau tetap senyum pada ana meskipon ana tahu dalam hatinya pasti punya sekelumit marah buat ana. yang seolah2 tidak menghargai beliau. beliau salah jika itu tanggapan beliau. ana cume tidak pandai memujuk. tidak pandai menzahirkan kaseh sayang. ego tak sudah! buat beliau,maafkan ana. dan terima kaseh kerana selama ini setia dengan ana. menemani setiap langkah perjuangan ana. maafkan ana sekiranya ana manusia perosak yang merosakkan ukhwah antara kite. ingatlah,ana tidak pernah terfikir merosakkan istana persahabatan yang pernah kite bina. dan berdoalah,semoga kite sama2 dapat buat yang terbaek dalam meneruskan misi hidup kite,dunia mahupon akhirat. doaku buat beliau,setialah bersama ana yang tidak pandai menghargai persahabatan ini. bukan sombong,tapi ego. bukan tidak sayang tapi malu. maafkan ana. dan sanah helwah buat beliau, Nurul Emielia Mustafa.




ana mohon maaf seandainya ucapan ni lambat. erk,tapi rasenya dah mesej melalui hset.
"sanah helwah ukhti"
tu je kan? mesej seorang yang pemalas.
asif!
semua dah tahu kan? ni kes nak ucap selamat hari lahir disamping mohon maaf atas segala khilaf. maafkan ana sahabat.
entunna pernah menjadi sahabat yang bermakna dalam hati ana. dan entunna deserve untuk itu sampai bile2. moga ukhwah atas dasar aqidah ini kekal untuk dulu,loni dan sokmo-sokmo.
peace!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

emiey said...

slm ukhwah, xde sekelumit pun terdetik perasaan marah dlm hati ini, hanya masa dan kesibukan yg menjarakkan ukhwah kta, mungkin diri ini juga melakukan salah tanpa disedari,maaf untuk segalanya.... I.Allah perhubungan yg semakin menjauh bole dieratkan...
xde pa pun he2...moga2 sem 2 ni akan merapatkan kmbali jurang yg tlah jauh..ukhwah fillah abadan abada.

ayong said...

pembetulan ye cik adeq husna
universiti mansurah a.k.a. university of mansoura
hihihi
mansyurah tu xde dlam map egypt

anje cute said...

adeq,terharu anje baca..ni baru on9..thanx alot..huhu,lawa kan gambar minum 100+ waktu kita p sambut ayong kat kalumpang..apa2pun,kau tetap di ati anje..samala,ayong,along,angah,acik,uda,alang,ateh n ucu..thanx alot...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.