♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, October 13, 2009

GEGArrrrrrrrr UIA

~catatan ini ditulis di UIA. pada 30 september 2009 pada hari berlakunya gempa di Padang Pariaman Indonesia.
Syahiidd Amaalina..
GEGAR. GEMPA.

Memandang paper BIOLOGY bakal dihabeskan Jumaat nanti, ana pulun sehabes baek. Seusai study BIO petang tu, ana rehatkan minda dgn baca novel yang ade dalam laptop ni. RELEVENKAH AKU DIHATIMU? Dah lapok dah novel ni. Saje baca. Namenya rehat minda.
Tetiba ana rasa katel ni bergegar plak. Tapi ana buat tatau je. Eh,makin kuat gegar. Berhantu ke ape bilik ni? Rasa macam satu tangan sasa seorang lelaki iras2 MALEK NOOR tengah goncangkan katel ana tu. Kuat tol rase gegaran tu. Ana tengok belakang,tade ape pon. ana tengok roommate ana pon beje je. Ana sorang kot rase gegar. So,biar je la. Pastu ana siap2 nak turun untuk beli makanan iftor. Tetiba ade satu pengumuman.
“Attention! Attention! To all resident of MAHALLAH KHADIJAH, please come down use the staircase because the building is shaking. Please! Please come down now. Don’t use the lift!”

Kebetulan, dah siap berpakaian,ana teros keluar. Oh,rupanya semua orang rasa gegar ke? Bangunan ni shaking rupanya. Nak runtuh ke? Ana cepat2 amek duet dan handset. Laptop? Macam sayang. Ah,tade ape2 kot. So,ana cepat2 turun. Rupanya semua orang dah ade kat bawah. Ana tatau kenapa. Ana tak rase ape pon. cuak pon tak. Tade perasaan. Sume orang sebok2 cerita. Ana turun,senyum2. amek gambar dan teros ke ZC. Mase tengah senyum2 tu,macam2 cerita ana dengar. Ade yang kate,
“nasib baek ak sempat amek laptop ak ni. Sayang gile..”
“ape ni,.. geram betol la.. ape yang berlaku ni ha?” ade jugak yang marah2. dalam hati,ni belom kiamat. Nak marah kat sape? Ni gempa bumi la. Tu firasat ana la. Orang kata,
”mungkin struktur bangunan ni ade problem kot.” Tapi ana tak rase pon macam tu.
Patu, ade pulak yang cakap,
“ingat nak kiamat. Haha.kalo kiamat tadi,mati sambil bergayut tepon la jawabnya ak..haha.”
Cakap pasal kiamat tu boleh plak gelak2. kiamat tu boleh datang bebila je.
Gembiranya die.
Tak kurang yang cerita tentang baldi jatoh,air berkocak2. pencil box terbalek. Macam2. lepas amek gambar,ana teros ke ZC café. Berjanji iftor dengan Zakirah di sane. Eh,kat ZC ok je. Tade kecoh2. tapi Nadiah cakap ade je gegaran. Nampaknya betol firasat ana. Ade gempa bumi. Mungkin di Indonesia. Atau mungkin di Filipina. Mane2 aje.
Tapi memang gempa bumi. Menelefon ibu. Sekadar memaklumkan. Kata ibu,
“tu allah bagi petanda kat budak UIA la tu. Jangan buat maksiat. Banyak buat dosa la tu.”
Oh,tetiba rasa nak hisab diri sendiri. Betol2. banyak dosa. Istighfar banyak2. ya allah.. dosa ni banyak sangat. Macam buih di lautan.
Allah berfirman dalam surah Al Hajj.
“Maka tidak pernahkah mereka berjalan di muka bumi sehingga akal merekadapat memahami,telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata yang buta,tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.”
Waktu baca ayat ni rasa sangat tersentuh. Sekarang,depan2 mata allah bagi kite rase,kena nampak. Kite lihat. So sekarang,kalo kite tak tengok. Memang bukan mata yang buta. Tetapi hati yang ada di dalam dada. Kan? Mintak jaoh dan same2 istighfar.
Moga2 lepas2 ni kite same buat AMARMAARUF NAHI MUNKAR
Di CFS ni. Moga2 kite dapat same2 menjaga bumi UIA dari kecelakaan. Betol? Insya allah. Yang penting,tengk diri sendiri,kemudian serulah orang laen.
Kalo lah tadi betol2 kiamat,rugilah kite. Rugilah kite.
Kemudian, azan maghrib berkumandang. Nasi gorneg kampong dan jus epal jadi hidangan. Alhamdulillah. Selepas maghrib, seorang senior di DARUL QURAN memberi mesej,berbunyi,
“SOLAT HAJAT MOHON ELAK BALA ALLAH. JAM 6.16 PETANG TADI BERLAKU GEMPA BUMI SKALA 7.7-7.9 RITCHER DI SELATAN SUMATERA. PANTAI BARAT MALAYSIA TURUT MERASAI GEGARANNYA. MOHON ELAK TSUNAMI KERANA PUSAT TSUNAMI PASIFIK TELAH MENGELUARKAN AMARAN TSUNAMI.”
Dalam hati cume beristighfar panjang. Kemudian soalt dua rakaat sebelom isyak,mohon perlindungan dan mohon mati dalam iman.
Kiamat makin dekat. Memang makin dekat. Tak mungkin makin jaoh. Dunia ni dah nak berakhir. Sama ada kite sedar atau tidak, beriman atau tidak. Bertaubat atau belom. Sihat atau saket. Kiamat itu sentiasa dekat dan semakin menghampiri. Apa pon keadaan kite, mintalah pada allah sebaek2 pengakhiran untuk kite,keluarga kite dan seluroh muslimin dan muslimat. Insya allah.
Ok. Teroskan. Berdoa. Jangan lupe. Rahmat allah terlalu luas. Keampunan allah sngat tidak terbatas. Berdoalah! Pohonlah!
Ok. Semoga kite tergolong dalam golongan orang yang membuat amal soleh. Go. Go. Top up ur amal.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

reader said...

supaya kita sama2 berfikir. nice post. penuh pengajaran di sebalik perkataan. tahniah husna.

Anonymous said...

mane gambarnya? kata amek gambar..

reader said...

kc ja bising2 ssampai bomba mai. zc bese ja. yang pelik lagi belah banin/brothers lagi la tak dengar apa2. kayu betol diernag ni. tahan lasak gamaknya.

Anonymous said...

insaf2..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.