semalam,panggilan dari sepupuku membuatkan time tu jugak ibu mengajak aku ke rumah sepupuku. tak jaoh. dekat saje. perjalanan lebih kurang 6minit,jika laju.
sepupuku,Kak Ni,menghidap penyakit kencing manis yang kronik dan jantung jugak. katanya,dah dua kali kak Ni buat operatiion jantung. Dan mengikut laporan yang aku dengar sewaktu aku melawat kak Ni di HUSM,doktor kate,ade darah beku dalam otak kak Ni dan Doktor tak buleh buat ape2. aku merenung kak Ni di katel hospital itu. tangan kanan kak Ni memegang kepala dan memicitnya perlajan. tangan kiri pulak memegang sehelai tuala,penyapu air mata. kesian kak Ni.
pada awalnya,aku sudah mahu idur,kerana sejak sampai di Kelantan pagitadi,aku maseh belom tido. tapi memandangkan keadaan begini,aku tetap mengikot ibu ke rumah Kak Ni.
sesampainya di rumah kak Ni. ak memandang kak Ni. tiada daya. kak Ni sangat saket. die mengaduh dan menangis. ibu menyuruh aku menngalunkan yaasin buat kak Ni. aku memulakan bacaan. kak Ni menangis sepanjang ak mengalunkan Yaasin buatnya. die memegang tanganku. die mengucapkan terima kaseh. dan kak Ni asyik berkata, "aduh..aduh..saket..aduh.."
mengeluh.
kesian Kak Ni. setelah berborak sedikit dengan saudara yang laen,aku dan ibu mahu minta diri pulang. memandangkan malam sudah lewat. hari sudah mahu bertukar tarikh.
sebelom itu,ak berlari ke kereta. petang tadi,abang menghadiahkan aku tasbih tekan.(tasbih yang ditekan2,bukan yang bertali seperti biasa). sebenarnya,aku dah ade tasbih tekan,tapi tasbih tu macam murah sket. kualiti tade. tapi kalo nak gune buleh je. tasbih tekan baru yang abang hadiahkan sedikit mahal dan berkualiti. lebih ringan nak tekan. lebih kecik dan cantik. tasbih itu maseh ade didalam kereta. aku bukak dashboard kereta,dan membuka tasbih tekan dari kotaknya yang lawa. aku tahu,tasbih ini sangat special dari abang. aku buang kotak dan teros berlari naek berjumpa kak Ni. aku dudk sebelah Kak Ni yang maseh mengaduh dan mengeluh.
aku amek tangan kak Ni,aku letakkan tasbih istimewa itu dalam tangan kak Ni.
"kak Ni,kak Ni zikir banyak2 ye. kak Ni baca Bismillah 1000x,insya allah kak Ni sembuh. tahan saket. kak Ni baca ye,1000x. Ni tasbih kak Ni gune."
kak Ni genggam tasbih itu dan mula menekan tasbih itu perlahan2. dan mulutnya menyebut bismillah.. menggantikan aduhan dan keluhannya sebentar tadi. pandangan orang sekililing buat aku jadi segan. lalu,ku minta diri perlahan. sampai mencuit bahu ibu untuk pulang. akhirnya,kami berangkat pulang..
ibu tanya,kenapa tak bagi tasbih yang lame?
kataku,kan kite kena bagi benda yang kite sayang kat orang. tasbih tu buruk. kualiti tade. berat nak tekan.
ibu diam. kemudian sambung bersuara, kan abang yang bagi..
aku tersentak jugak pada awalnya. betol. entah berapa harga tasbih istimewa yang abang beli dan baru tadi abang hadiahkan. mula rase kesal. namun,cepat2 beristighfar.
Aku capai hset dan menceritakan secara detail pada abang. aku tahu,abang takkan marah punya. tapi mungkin aku yang sedikit terkilan,sebab teringin jugak nak guna tasbih tu. abang diam membisu tidak membalas mesej.
pagi keesokannye,
"takpe. allah pasti membalas dengan ganjaran yang lebih besar. abang bangga dengan adik abang. nilai tasbih itu tak bermakna jika nak dibandingkan dengan kebaekan yang kite lakukan dik.. nanti abang beli yang laen,gantikan.. yang lebih istimewa. ok? take care."
abang terlalu baek. terima kaseh abang..
ingatlah,kebaekan itu sesuatu yang berkekalan.
pesan abang, ape yang ade dengan kite bukan milik kite. tapi ape yang kite bagi pada orang,itulah yang akan menjadi milik kite di akhirat kelak.
terima kaseh abang.. dan terima kaseh ibu sebab didikan yang kukuh untuk kami adek beradik. terima kaseh ibu!
No comments:
Post a Comment