"tatau la.macam tak lalu nk makan nasik."
"ko nak blanja aku tak?"
"nah duet.blanja."
"ya allah..macam tu aje? tak romantik langsung la ko ni."
kemudian gelak pendek.
Cokdi..Cokdi..
itulah antara dialog yang terjadi antara ana dan cokdi.
mengakui bahawa kami memang berbeza,bagai langit dan bintang(perumpamaan baru),kerana cokdi seorang yang mempunyai perasaan yang halus dan sensitif. sedangkan ana? bese aje.
sebagai seoranp muslim yang berukhwah kerana Allah,pasti ikatan itu akan diuji Allah. sama seberti duduknya keadaan ana dan cokdi. selepas perang jiwa dan konflik otak yang pernah tercetus sewaktu diDQ lagi,alhamdulillah,cokdi sudah boleh berlapang dada dengan ana. dan ana pun ape kurnagnya. sudah meletakkan ego sedikit rendah untuk kembali mewarnai persahabatan yang dulu terkubur sementara.
buat pedoman sahabat2 ana sekalian,jangan takut jika pergadohan berlaku antara kita dan sahabat. kerana tanpa pergaduhan,kita takkan memahami sahabat kita. jujurnya,ana semakin kenal 'hati dan budi' cokdi setelah apa yang berlaku antara kami. ana juga semakin tahu apa dan bagaimana yang cokdi mahu. itulah hikmah yang besar bagi ana. kerana sekurang2nya ana dan cokdi boleh kembali bersama menyulam sebuah ikatan bernama persahabatan.
cokdi sangat menyayangiku. kenapa tajok postnya begitu?
kerana ana tahu,walopon cokdi marah2,tempelak2,cubit2,pukol2,tapi jaoh dalam sudut hati cokdi,beliau maseh menyimpan satu harapan yang mungkin ana tak pernah fikir,yakni untuk kembali rapat dan bersahabat. cokdi seolah2 mencari jalan supaya ana dan dia kembali rapat,sedangkan ana tetap seperti selalunya,bese aje.
cokdi,ana tahu beliau mahukan semuanya seperti dulu. sama seperti ana. tapi sayang,ana hanya berkeinginan,namun tiada tindakan susulan. namun,sejak kami ditakdirkan berada sekelas dalam kelas Fizik untuk semester kedua,dan insyaallah untuk semester akan datang,hubungan kami sedikit demi sedikit pulih dan sembuh. mungkin luka dihati cokdi telah terubat setelah perkara yang berlaku itu meninggalkan kami setahun yang lalu.
cokdi melayan ana seperti manusia yang sangat istimewa. dan memang ana terasa bahangnya. beliau cube memuaskan semua kehendak ana. sedangkan ana? tetap begitu. bese aje.
"kenapa ko panggil aku cokdi?"
"tah la."
"hem..tape laa..istimewa sket kan."
ana diam. istimewa? cokdi,sejak dari dulu ia begitu,tapi tak mahu cakap ia begitu. malu. segan.
mungkin apa yang pernah terjadi antara kite mempunyai hikmah yang tinggi untuk kite bersama. hakikatnya,kite menjalin ikatan kerana aqidah,sekali aqidah kite sama,maka kite akan tetap bersama,jika jaoh di mata,mungkin dekat di hati dan sanubari.
cokdi,terima kaseh temankan ana seharian hari ini. dan semoga bibit2 kemesraan yang mula terbit hari ini,terus terbit dan menyinar indah hari2 kita yang akan kite lalui akan datang. cokdi, jika kesedihan dan keperitan yang pernah kau lalui disebabkan aku,maka buanglah segala perasaan yang menghukum jiwamu itu. kerana mana mungkin aku melukaimu yang menyayangiku..~
cokdi,jika kelukaan dulu kembali berdarah tatkala memandang wajahku,ingatlah,kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku jua.
dan laksana(bukan laksamana tau) itulah,harapan moga segala perasaan tiak senang,benci dan bdendam yang mungkin maseh tersisa di lubuk hatimu,keluarkanlah ia,buanglah ia jaoh dari kite,agar bau yang busuk itu tidak merosakkan persahabatan yang kian mahu mewangi seharum kasturi dan seterusnya menggongcang bumi dengan ukhwah sejati.
cokdi,semoga dapat yang terbaek dan dipertemukan dengan pasangan hidup yang boleh membawa cokdi ke jalan yang lurus dan pasangan hidup yang memahamimu dan mampu membahagiakanmu selamanya seterusnya memimpinmu ke sebuah persinggahan abadi yang hakiki,tentunya FIRDAUSI..(doakan aku jugak,)
cokdi,ikhlasnya ana memohon maaf atas segala khilaf dan dingin. mintak maaf atas segala kesaketan yang mungkin pernah ana ukir di hatimu. juga maaf buat setitis pon air matamu yang pernah mengalir kerana kelakuanku.
kerana,hanya DIA yang MAHA TAHU,siapakah pasangan yang terbaek buat kite.
mohonlah pada Ilahi mendapat pasangan yang terbaek daripada yang terbaek.
salam kejayaan buat cokdi dan sahabat2 yang laen~
buat cokdi,persahabatan ini disulam kerana Ilahi,maka ingatlah sampai mati,bahawa persahabatan ini akan kite sambung meskipon di alam akhirat nanti~
No comments:
Post a Comment