sesungguhnya sesiapa yang tidak berperikemanusiaan itu,Engkau berilah dia HIDAYAH agar kembali taat pada perintahMU.
"Pencuri2 lelakii dan pencuri2 perempuan hendaklah dipotong tangan mereka.."
Takziah buat Saudari Siti Hafizah Roslee, Setiausaha MEDCY yang kehilangan laptopnya pada hari Isnin yang lalu. dan sehingga sekarang maseh merayu sekiranya sesiapa terambil atau ternampak atau tersaksi sebarang kejadiaan tersebut di Surau Groundfloor Mahallah Khadijah.
Dengan izin Allah,ana memohon kekuatan untuk membuat sedikit solat hajat dan bacaan Yasin untuk mendapatkan kembali laptopnya. hakikatnya malam ini sangat banyak event dan lebih sedih lagi ana baru je tahu tadi. jika tidak,sekurang2nya buleh jugak mintak solat hajat dengan Masjid DQ.
Semoga Allah menunjukkan kepada kami orang2 yang telah menzalimi kami.
dan semoga Siti Hafizah tenang dan redha menerima ujian ini. Mungkin satu peringatan buat semua supaya tidak meniggalkan barang2 berharga di merata tempat dan sayangilah barangan yang anda sayang. Mungkin satu pengajaran buat Hafizah islah diri supaya menjaga barang yang berharga lebih berhati2. islah buat kita jua.
Buat Hafizah,kuatkan hati,tabahkan jiwa. mungkin ada hikmah yang kite tak tahu kesudahannya. Wahai hati,sabar dan redhalah dengan ujian ini.
Banyak fail2 dan surat2 MEDCY yang turut 'terkorban' dengan kemalangan yang menimpa laptop tersebut. Tuhan,sekiranya ini petanda buat hambaMU supaya lebih berhati2,maka redhakanlah hati kami menggalas beban dugaan ini.
Dan buat rakan2 yang mempunyai laptop,terutamanya diri sendiri, guna dan hargai laptop anda, jangan buat 'bukan-bukan' dengan laptop anda,risau sekiranya azab Allah menhilangkan laptop anda.
Mungkin kehilangan laptop Hafizah adalah 'ibrah untuk kite menghisab dan menghitung serta memuhasabah diri.
Menangis Ukhti Hafizah tatkala menceritakan kejadian yang menimpanya. Ukhti,tahniah kerana bersabar dan tabah dengan mehnah yang menimpa diri ukhti.
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.
ps:kat DQ buleh la nak campak hset rata2.. tu pon ade gak yang bernasib malang,hhilang jugak.tapi kat UIA ni,sekejap aje bole lesap..berhati2..Jangan lupe tiupkan ayat Kursi beberapa kali kat laptop atau barang2 kesayangan yang berharga,moga2 dilindungi Allah. insya allah..
salam takziah buat Hafizah dan sekalian warga MEDCY~
No comments:
Post a Comment