♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, November 16, 2009

moga tercapai hasratku~


Sunday, April 12, 2009
Catatan Seorang Isteri


Malam ini saya keseorangan di teratak indah no.36 yang kami namakan Darul Syuhada. Tempat kami beristirehat setelah penat berjuang, tempat kami menyemai kasih, melayari bahtera perjuangan baitul muslim yang baru 4 purnama cuma. Moga rumah ini yang masih kosong dari segala jenis perabot dan peralatan, akan sentiasa penuh dengan rahmah dan mawaddah dari Allah Taala. Moga barokahNya tumpah disini.


Malam ini saya kesunyian kerana 'another half of me' berada di Melaka. Hujan renyai-renyai diluar, saya di dalam asyik dengan berita-berita terkini, menjengah ke blog demi blog. Namun sebenarnya, masih belum dapat merawat rawan di hati. Tadi saya kepenatan berjuang di medan 'final exam'. Kembali ke rumah, saya sangat merindui seorang insan bernama 'suami'.


Suami di zaman 'kekurusan'


Saya mula mencari penawar untuk hati yang keresahan, motivasi buat diri yang lemah. Saya mula menaip di Google search, "Isteri Seorang Pejuang". Lalu, muncullah beribu-ribu entry dan website yang menanti untuk dibaca. Saya mula memilih-milih. Benarlah, teori yang selalu kita ucapkan tak semudah apa yang perlu kita praktikkan. Sebagai insan yang telah mula mengenal erti hidup berjemaah dan hidup berjuang ini sejak dari sekolah menengah lagi di bumi tarbiah, bumi waqafan tersebut, saya sudah lama menyimpan cita-cita untuk menjadi isteri seorang pejuang. Menjadi isteri solehah, sayap kiri perjuangan si suami adalah impian terindah sejak dulu lagi.

Saya menyimpan hasrat untuk menjadi isteri sesetia Khadijah, sebijak Aisyah, sanggup hidup susah seperi Fatimah, cintakan syahid seperti Sumayyah. Malah semasa di tingkatan 5 lagi saya telah khatam buku " Hari-hari Dalam Hidupku " karangan seorang wanita ikhwan yang menjadi idola saya, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Semangat berjuang makin berkobar-kobar, cita-cita untuk menjadi isteri sekuat Zainab Al-Ghazali yang rela diseksa demi dakwah terpasak kuat dalam sanubari. Tatkala itu saya merasakan tak ada masalah langsung untuk melepaskan suami pergi berjuang, berjihad di jalan Allah Taala. Malah saya akan berbangga, pergilah hatta ketika di malam pertama sekalipun sepertimana yang berlaku dalam cerita agung tentang sahabat Rasulullah, Hanzolah yang meninggalkan isteri di malam pertama pergi menyahut seruan jihad dan beroleh syahid. Saya rela menjadi seperti isteri Hanzolah tersebut, rela ditinggalkan bila-bila pun, lama mana sekalipun hatta di malam pertama pun. Malah cita-cita saya juga hingga kini, inginkan semua anak lelaki supaya semuanya boleh dihantar untuk pergi berjihad hingga beroleh
gelaran syahid kesemuanya seperti Khansak. Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang. Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah. Begitulah 'dream' saya dengan penuh semangat hasil dari tarbiah dalam jalan perjuangan ini.

Namun, itu semua baru retorik dan cita-cita. Angan-angan dan impian. Bila berdepan realiti, suami baru keluar untuk menghadiri program selama 3 hari, jiwa ini telah kacau terasa sunyi. Hidup terbayang-bayang susuk tubuh nan satu itu, hati gelisah menghitung saat bila dia akan kembali. Perasaan resah, macam hilang sesuatu yang cukup berharga. Tempat bergantung, tempat bermanja, tempat bergurau senda, tempat berkongsi masalah, tempat segalanya. Inilah kali pertama kami berpisah agak lama. Saya mula tersentak, mula merasai betapa sebenarnya 'aura' isteri seorang pejuang itu mungkin masih lemah dalam diri saya.

Saat ini saya terkenangkan bagaimana perasaan isteri-isteri yang ditinggalkan suami. Hatta isteri-isteri Rasulullah yang terpaksa bergilir-gilir untuk bersama Rasulullah turut merasa ditinggalkan suami. Isteri para sahabat agung yang ditinggalkan kerana pergi berjihad. Isteri pejuang-pejuang PAS, isteri yang berhormat-yang berhormat yang komited dan amanah dalam berjuang yang semestinya selalu ditinggalkan. Saya tersentuh membaca sajak karangan Ust Nasaruddin Tantawi yang didekasikan khusus buat isteri beliau. Sudah tentu isteri beliau selalu ditinggalkan demi perjuangan yang suci ini. Saya juga terkenangkan isteri-isteri tahanan ISA yang sudah bertahun-tahun terpisah dari suami mereka. Bagaimanalah perasaan mereka. Mesti 1000 kali ganda lebih perit dari apa yang saya rasa kini. Malah kawan-kawan saya ada yang berkahwin tetapi berjauhan dengan suami, mereka juga terus tabah menempuh taqdir hidup yang begitu.

Ada juga isteri-isteri yang terus tabah menempuh hidup setelah terpisah terus dari suami tersayang kerana suami pergi dahulu menyahut seruan Ilahi. Saya cukup mengagumi ibu mertua saya, ummi tersayang yang kematian suami tatkala beliau masih perlu membesarkan 8 orang anak yang masih kecil belaka. Betapa tabahnya hati seorang perempuan yang bernama ibu ini. Ada juga isteri-isteri yang terus hidup dengan bangga setelah kematian suami yang dijemput Ilahi dengan mendapat gelaran syahid. Saya membaca tentang Dr Rayyan, isteri As Syahid Dr Abd Aziz Rantisi. Seorang mujahidah yang telah melalui liku-liku perjuangan sebenar yang sebelum ini menjadi tunjang perjuangan suami beliau As-syahid Dr.Abdul Aziz Rantisi. Beliau yang dikenali juga sebagai Abu Muhammad telah diamanahkan mengambil alih tanggungjawab paling besar selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yasin di bumi Al-Aqsa (Palestin) dan Dr Rayyan bersama perjuangan beliau hingga beliau syahid. Semangat dan ketabahannya sungguh luarbiasa. Saya juga membaca temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab, seorang pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel. Beliau juga amat mengagumkan. Saya jadi semakin bersemangat semula untuk benar-benar menjadi isteri seorang pejuang. Saya mula membuka buku, bersiap sedia untuk menelaah pelajaran untuk exam yang seterusnya. Ingatan kepada suami, saya letakkan ke tepi, buang agak jauh. Saya ingin hidup sebagai seorang isteri pejuang, yang berbangga dengan perjuangan suami. Malah saya juga ingin jadi seperti Dr Rayyan, isteri As-Syahid Abd Aziz Rantisi dan saya juga ingin jadi lebih hebat dari beliau. Saya mendambakan bukan sekadar menjadi seorang isteri kepada As-Syahid, tetapi juga mendambakan gelaran syahid itu untuk diri saya sendiri.
-insyaallah..
setiap wanita pasti mendambakan kehidupan yang mulia disisi seorang suami.
erk,tade niat nk mengarut. kan dah 18tahun.
dibelakang seorang suami yang hebat perjuangannye,pasti disitu ade seorang isteri yang teguh imannya.sebelom mengharapkan kite menjadi istimewa buat suami yang istimewa(bukan O.K.U),haruslah mencari kesempurnaan iman dan amal soleh.
bukan senang memiliki perisai utama menggapai impian sebagai seorang isteri yang solehah. isteri solehah,tempatnya disyurga.
paling best klo benarkan suami bermadu..
ana ok je.(ye ke?)haha.
yang penting,
orang yang baek tentunya untuk pasangan yang baek.
nilailah iman diri sendiri sebelom menilai pasangan yang menjadi impian dan cita2.
post kali ni mungkin berakhir di sini,namun..
perjuangan kite mencari kesempurnaan baru bermula.
selamat berjuang~
ps: coretan ini bukan diri ana eh. dipetik dari blog kak Nurul Syuhada
ape pon,moga yangbaek tu dapat dijadikan iktibar dan yang buruk itu same2 kite jaohi.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

zinnirah said...

amboi akk.. tak sabar sangat ke ni?? semoga tercapai la cita2 akak nk bersuamikan seorang pejuang.
tak sbar plak nk tengok akak dengan suami akak bagi ceramah same2. mesti sweet kan.akak kan comel.
tu cita2 akak ea? bagusnya. smoga2 cepat2 ketemu calon yang sesuai kak..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.