tapi malamnya tak seperti yang ana harapkan..
untuk pulang ke Kelantan berhari Raya Korban yang mmg ditunggu2..ana mmg menanti2 kemunculan Bas Cata yang diuruskan oleh persatuan anak kelantan di CFS ni. jadi malam ni adalah malam penjualan tiket.
waktu jualan tiket adalah pukol 9.30 malam. ana keluar seawal jam 8.40malam. dan melawat AMF yang sedang mengadakan pertandingan SPELL IT RIGHT dan CFS GOT TALENT.
memandangkan orang2 yang menguruskan program ni adalah sahabat atau buleh dikatekan ADEK BERADIK laa..maka ana pon turut menghulurkan tangan.(kononnya baek hati la ni).
dan untuk mengisi masa,sekadar memberi sedikit tasji kepada para peserta permaenan. (walopon dah lame tak bagi tazkirah).pukol 9 zakirah pergi berator untuk mendapatkan tiket dan meninggalkan ana di AMF. sedang ana asyik dan leka dengan sedikit hiburan yang kadang2 melucukan,menghiburkan. kebetulan ana tertinggal hset di bilek.(tatau kenapa sejak akhir2 ni asyik tinggal je asyik..nak avoid meting mungkin)sangat ngeri dengan meting..haha.
kemudian,zakirah mesej melalui ateh.
"tiket bas dah habes.."
subhanallah..itu lah stu2nye harapan ana. ya allah.. hanya satu je terbayang dalam fikiran,tak balek raya? mustahil!
tersungkur.. ana tersungkur di AMF itu.
nak marahkan siapa? cube istighfar betol2.. fikir kembali. mungkin ini akibatnya. hubungan dengan Tuhan agak tidak terjaga sejak akhir2 ini. astaghfillah. mungkin satu petunjuk supaya kembali pada hakikat,pada Zat yang menciptakan..
mahu menangis. tapi control 'ego'. menelefon ibunda tersayang di kampong. meskipon ibu tak mengatakan kesedihan,namun dari suara dan gaya percakapannya,ana tahu beliau sedih. dan same2 memikol beban dugaan dihantar tuhan ni. ohh..Allah,sekali aku terlupa pada Engkau,Engkau lebih2 lagi melupaiku. siapalah aku disisiMu tuhan. Engkau tidak pernah memerlukan aku..sedangkan aku?? sangat2 memerlukanMu tuhan..
rintih demi rintihan..semoga membasuh segala bintik hitam..subhanallah..
mmg tragis. mungkin anda tak faham apa yang ana rasa kan? kedua ibubapa sangat mahu ana pulang..sudah pasti. dan ana tak mungkin tak pulang.oh,Tuhan,bukakanku jalan,moga terbuka segala hijab dihadapan.
Mungkin Persatuan patot merancang lebih bombastik berkenaan perihal ini. ana dapat tahu,bilangan bas adalah 4biji. sebelom kaunter tiket dibuka malam ni,dah ramai orag yang tempah melalui KABEL..aih,kecik2 pon dah pandai maen KABEL..besau2 nanti tatau laa..pada mulanya,ana tak kesah.tempah melalui kabel pon lantaklah..tapi rupanya tiket yang dijual pada malam tu hanya lebih kurang 40-50 tiket sahaja.(mengikut laporan Zakirah) yang pada asalnya sepatotnya 160 tiket lebih kurang.
ini tidak adil dan ini satu penindasan.
ana tersungkur lagi.
jika sume orang tempah tiket tu dengan KABEL,ana katakan pada hati,ana tempah tiket tu pada Allah. moga2 ade tiket yang tersimpan untuk ana. namun Maha Kuasa Allah yang menguji ana kerana khilaf ana sendiri. Benar,sejak akhir2 ini sedikit jaoh denganNya. Sejak tasbih rosak,zikir sudah jarang meniti di bibir. subhanallah.. benarlah kata mereka,selangkah kite menjaohi ALlah,beribu2 langkah Allah menjaohi kite..
ampunkan hambaMu ya Allah.
namun di sebalek dugaan ini,ana tetap bersyukur kepada allah.
kerana Dia sangat menyayangi ana. sekurang2 nya Dia menyedarkan ana sebelom ana terleka lebih lama. pengajaran buat hati yang berjiwa hamba,sentiasa mendekati Allah,sentisa taat dan taqwa pada allah,kerana seperti janji2Nya,kejayaan itu adalah milik orang2 yang bertaqwa..Insya allah. sama2 kite pasakkan pada hati,teguhkan pada jiwa,jika kita percaya pada Allah,wajib kite percaya pada janji2 allah.
tabarakallah pada ibu yang mengajar ana mendidik hati dengan cara ini.
pandanglah segala ape yang terjadi dengan penuh hikmah,kerana setiap apa yang tuhan ciptakan,tentukan ade hikmah yang tersembunyi.baek mahupon buruk. tapi jangan lupe,yang baek buat mase ini buleh jadi burok pada mase akan datang dan yang burok pada mase ini mungkin terkandung hikmat yang lebih besar untuk mase yang akan datang.
saket kepala menyerang lagi dan lagi.
inilah kelemahan ana yang mmg lemah. sekali sahaja ujian tertimpa,otak ana teros lumpuh. saket kepala dan tension. kelemahan ini ana tak mahu atasi dengan panadol,paracetamol..ana mahu atasi dengan ubat yang cukop mujarab,TAQARRUB ILALLAH..
doakan ana,doakan mendapat yang terbaek dan sentesa senyum untuk melangkah hari yang mmg akan ditempuh meskiponujiannya sepahit peria di kebun ayahanda.
haaa...ibu,jangan risau,akanku usaha untuk pulang mengucup tanganmu dihari raya..
ps:sape yang ade idea nak tumpangkan ana ke..buleh2.sangat hargainya..
tuhan,bukakanku jalan...~
6 comments:
comel..jgn sedih.ce tengok tiket flight.gano2 pun keno balik rayo gok.lme tok tengok adik..
husna..jgn cedey ek.mungkin de cara len bleh balik..ataupun tetiba Allah antarkan sorang tok antar husna balik klate...huhu.sama2 doakan...tp kena balik gak...izzati??wua~nak baliiikk...
tasbih rosak?
nnati abe ganti hok lain.
ingatlah pada allah SAKMO2.
abe tak dok nk jago adek, ALLAH je ade dekat ngan adek. takdok tasbih pun zikir la.
-bilo nk wat pos crito abe pulak?
abe nok cari calon bini.
la akak. sedihnya. pastu balik tak raya ni? ciannye akk. sabar ye.
-abi naim
haha.abe nok bayar ke tiket flight?rm300 je untuk balek. tak termasok untuk mai uia balek. tape. balek je nanti.biiznillah. naiiim!!
-izzati
izati balek tak? sedih laa tak balek raya. tak terpikir akalku.. oh tuhan// tu laa..klo ade orang sanggop anta kan tu? soheh baek sangat2 laa orang tu. laen la klo suami ke..haha
-bujang lagi
hek eleh. jangan kawen.boring la sume orang nk kawen. habes aku bagaimana????oh..tidak...
-zinnirah
insya allah balek. tak sanggup nk hampakan ibu dan ayah..kesian mereka.tapi balek awal la dari orang laen.bagos jugak kan..thanks zinnirah.terharu plaks
Post a Comment