♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, December 28, 2009

CinTan PerJuaNgaN




Enti menangis..??

?Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan,
jangan menangis kerana manusia.?

?Habis, mata enti berair??

?Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat
mata ana ni berair.? Aku tersenyum. Alasan ni dah
lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7
tahun, aku sudah tidak percaya alasan ?masuk habuk?
yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem
Melayu yang mengajar aku.

?Ana tahu enti menangis..?

"Tidak?!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba
membentak.

"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal
terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau
enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun,
kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2
tahun, tak lama.."

"Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak
hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut
berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan
ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan?"

"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"

"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan
boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas
ombak, sekali pantai berubah.."

"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika
bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya,
berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia
akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku.
Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku
tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

"Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok.
Assalamualaikum.." Aku tidak menjawab salamnya.
Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan
mahram hukumnya makruh?

***



"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang
muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani
rupanya.

"Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita?
Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa
baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam
hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika. Mengambil
nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia
bangun berucap di khalayak.

"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal
di Algeria, kenapa tidak di negara kita" Ustaz
bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula
komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang
diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?" Suasana
semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas
kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu
kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini
sudah cukup sejuk, namun ia tetap "hangat" pada malam
ini.

"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan
ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang
demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa
selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling
ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti.
Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti
dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan,
manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang
penting, kerelaaan!"

"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz
berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara
untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"

"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh
bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang
termampu."

"Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan
pandangan ustaz." Dia menamatkan 'soalannya' lalu
mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

***
"Kau kenal dia Abdullah?" Aku memulakan pertanyaan
yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah
berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku.
Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus
mengenali orang yang begitu berani menongkah
pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup
tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini
nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang
yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan
Abdullah.

"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku
tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau
selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!"
Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk
menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya
menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah
bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

"Jawab soalan aku dulu.."

"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu
erti cinta?" Abdullah belum puas lagi menyindir
nampaknya.

"Jawab soalan aku dulu.." Aku memohon untuk kali
kedua.

"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau
sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni
Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis
dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak
berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati
yang kebanyakannya adalah membosankan!"

"Jawab soalan aku dulu.." Aku ulangi permintaanku
untuk kali seterusnya.

"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang
pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik
dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5
sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam? "

"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat
Abdullah.. ok, teruskan."

"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka
bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak
lagi yang dia tak suka.." Abdullah dengan selamba
menceritakan segala-galanya.

"Lagi.. negatifnya?"

"Negatifnya.. banyak.." Abdullah tersenyum sejenak.
Lalu menyambung,

"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi
aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti
adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan
sesuatu."

"Apa dia..? Negatifkah."

"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan
aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan rahsia!
Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu
yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."

"Gerakan militankah?"

"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka
terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka
berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan
Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka
melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja..
termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"

"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"

"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka
lebih praktikal. Mereka dilatih dengan
marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka
menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita
bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak
dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka
sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian
peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan
Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"

"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku,
adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan
kepadaku sebagai suami?" Aku mengutarakan soalan bonus
untuk Abdullah.

"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai
isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan
memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya
kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan
sahaja!"



***


Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia
bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak
juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di
dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik
untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara
pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang
sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur
dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih
keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan
ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh
Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah
aku hidup dengan orang yang berlainan aliran
perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"

"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma
bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima
ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana
miliki.?"

"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak
sebenarnya." Dia merendahkan diri namun dalam intonasi
suara yang masih terkawal.

"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya,
sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai
'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana
yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti."
Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan
untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.

"Ustaz tidak main-mainkan ana?"

"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang
sanggup main-mainkan perasaan orang lain."

"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana.." Dia
terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak
Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik'ku
memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini
jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan
lelaki bukan mahramnya.



***


Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana
pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang
kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi
ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika
soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang
bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama
ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering
kutegaskan padanya..

"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun
cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih
besar.." dan dia akan terus menyambung,

"Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun
ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih
lagi dituntut..? Dan biasanya aku akan 'cemburu'
dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan
kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan
kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan
perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang
menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya
yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang
senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cuber Café
yang menjadi rumah 'kedua'ku. Ku buka laman web Utusan
Online, satu tajuk berita yang cukup menarik
perhatianku,

'SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN
BERANI MATI DI TEL AVIV'

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila
satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :

"you have 1 unread message" namun jangkaanku meleset
apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari
Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

"Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu
khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia'
yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah
diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke
Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan
serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana
rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan
diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong.
Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang
terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah 'dia',
tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya.
Maafkan aku Muhammad..!!"

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya
beberapa hari yang lepas,

"Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia,
biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah
cinta perjuangan..!!"

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di
sekelilingku gelap gelita!





alhamdulillah
~dengan harapan kesah cinta kite juga berakhir dengan SYahid jua.
kerana,
kalo bukan kite bakal Syuhada' itu,sape lagi..
Jangan harapkan mereka.
Harap2 nanti tertiarap..
dan ingatlah,
kite tak mampu mengumpul dua cinta.
Lebih2 lagi jika cinta itu HAQ dan BATHIL.
Mereka haram nikah.
Sebab MUHRIM
Jadi, pisahkan HAQ dan BATHIL.
Biarlah HAQ bersama dengan HAQ.
Dan BATHIL hilang dengan KEBATHILAN itu.. Yang nyatanya tidak memberi apa2 keuntungan..
Kita manusia, Tuan kita adalah DIA.
Selamat bercinta dengan perjuangan!.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

salam.just nk tnya.jawab salam yg bukan mahram hukumnya makruh?bkn niat utk mainkan,tp ni first time dgr pasal nie.

admin said...

salam.
setakat yang ana tahu,
kalo salam yang diberi tuh menimbulkan fitnah, atau pon bakal menimbulkan fitnah adalah makhruh.
contohnya, salam yang diberi oleh bukan mahram, bertujuan untuk menggoda,mengusya,mengorat atopon seerti dengannye.
ana tatau la pendapat orang laen.
mungkin boleh rujuk buku pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 5 klo tak silap. Tajok adab memberi salam.
kalo tak silap la.
dalam tu ade skop bagi salam.
klo tak silap,sebab benda ni berlalu 2tahun yang lepas.hehe
cube la dapatkan kepastian dari orang2 yang alim. ana maseh jahil..
-husnabaek.

Anonymous said...

ok thanx akak.sgt b'makna.. ^_^
teruskan p'juangan.
teruskan menulis.
first time bce,terus jatuh cinta kt blog ni.penuh dgn mesej2 yg b'guna n b'manfaat.


~salam uhkuwah~

murabbi said...

hebat sungguh....
namun, masih adakah cinta seperti ini...
cinta suci yang tidak dicemari maksiat...???
rasanya payah benar untuk ditemui..
mungkin 1 dalam 1000..
best2....
teruskan mujahadah kak!!!!!!!!!!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.