Best, sapa kata tak best. Kelas Mathematic untuk minggu ni, seminggu tade.
Kebahagiaan yang sementara. Dah jadi cantu, berniat nak buat tutor Math yang belambak.
Tapi.. Hem.. Aturan Allah lebih hebat. Sumenya tak jadi. Tutor Math satu soalan pon tak siap. Bertuah punya budak. Agak2 kalo Madam Norafizah terbaca post ni mesti beliau hempap dengan DUSTER kot. Hah. Sape suro malas.
Minggu ni dimulakan dengan bukak booth AGD. Ok. Alhamdulillah. AJK Special Task yang membantu ana kira cukop cekap walopon bukan Committee Medcy. Ana berbangga. Mereka lebih efektif berbanding committee yang sebenar-benar committee.
TAHNIAH buat Syukri G9, Bazli G9, Nazrin G9, Asyraf G9, Badriah dan Aisyah. (haih,tapaham juge kenapa sume brothers ni G9. Pengaruh PM dan PC sangat kuat nampaknya)
Manusia tapernah mampu untuk lari dari masalah. Seperti yang selalu ana katakan, tak diamakan kepala kalo tade santan. TRak dinamakan manusia kalo tade masalah. Apa yang penting, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.(kebetulan tazkirah dalam kelas hari ni jugak sebut tentang IMAN DAN TAQWA)
Malam Isninnya, ana mendapat dua undangan MEETING. Intelectual Discourse dan MEDCY. Dlaam hati, ana teros niat, tanak pegi dua2 meeting. Nak buat tutor MATH. Mencari masa untuk diri sendiri,kononnya. Tapi, Allah Maha Berkuasa. Ana memang tidak menghadiri kedua2 meeting tersebut, mengikut perancangan dan niat qasad didalam hati. Tapi, disebabkan niat menjauhi majlis ilmu, Allah juga tidak meninggalkan ana sendirian untuk buat tutor Math dengan senang hati, tapi dengan kuasa Allah, Iblis tak henti2 mengganggu penduduk Mahallah Khadijah. Kalut ana menghubungi Banin(sebab sume brother dari DQ. Lebih spesifik sebut BANIN)
Disepak terajang oleh jin yang mempunyai kekuatan yang sangat kuat menyebabkan ana cedera ‘parah’. Allah.. Ini balasannya orang yang mahu meninggalkan majlis Ilmu.
Malu. Malu pada diri sendiri sebab meniatkan begitu. Sedangkan majlis ilmu itulah THORIQ yang paling baek untuk mendapatkan INPUT pada jalan DAKWAH ini. Tapi, hatiku yang kelam menolak, dek kerana tutor MATH yang kesudahannya entah bagaimana.(sebab niat dalam hati nak tukar kos IRKHS(ilmu wahyu)hehe)
Keadaan ana yang ana rasa ‘tenat’ (sebab sangat saket di bahagian pinggang,takle dudok lame2,bile nak tukar posisi dan jalan pon sangat saket), menyebabkan ana tewas pada emosi. Dengan tidor yang tidak mencukupi, pelbagai masalah pula timbul dengan AGD. Invitation Card. Sewaktu meting dengan Special Task dibawah terik mentari petang, INVITATION CARD benar2 meniupkan bara api dalam hati. Sedikit tegang dengan PC(Siddqi dan Fathiah) serta Luqman. Ana benar2 tewas. Rasional? Tolak tepi. Ana tak sempat nak berfikir dengan rasional, jauh skali untuk menjadi PROFESIONAL dengan kesalahan yang dilakukan oleh MANUSIA. Seperti ana, juga MANUSIA.
“barangsiapa yang mengatakan bahawa Tuhannya adalah ALLAH, kemudian beristiqamah dengannya, diturunkan untuk mereka MALAIKAT, janganlah TAKOT dan BERSEDIH HATI, telah Aku berikan berita gembira dengan SYURGA yang telahku janjikan”
Tidak sudah dengan itu, PM pon turut terkena tempiasnya.
“Jangan angin..”
Terfikir, aku dah kena rasuk ke ni?
Tetiba naek angin. Musykilah.
Salahkan jin?
Kenapa tidak memandang kesalahan diri sendiri?
Langsung tiada pergantungan kepada Allah.
Langsung tiada KESABARAN yang kononnya dididik sejak kecik.
Langsung tidak menjadi PROFESIONAL yang RASIONAL.
Malu pada diri sendiri.
Dalam masa yang sama, tekanan diri sendiri juga menyebabkan orang laen turut tertekan.
Dan samapi hari ni takot nak teguq BELIAU,(takot kena lempang).
Aduh,lemahnya hamba. Memang diciptakan dengan manusia yang bersifat LEMAH. Mangaku. Tapi kekuatan dan kemuliaan itu milik Dia. Mintalah pada DIA. Malu. Dimanakah Allah dalam hatiku? Aku tewas pada benda halus yang bernama EMOSI.
Disudut manakah aku meletak keyakinan aku pada ALLAH..?
Aku malu. Aku segan untuk menyebut namaNYA. Kerana aku seolah-olah membelakangkan DIA dalam percaturan hidupku, sedangkan SEMUANYA ditentukan OLEHNYA.
Perkara semalam berlaku lagi. Jin menyerang hamba ALLAh, yang die katakan,
“kau hina, kau dari tanah, aku dari api” (dialog real,tak tipu)
Memang kita hina, dan KEMULIAAN itu hanya milik ALLAH.
Subhanallah. Allah benar mengangkat kita sebagai KHALIFAH, tapi kata JIN itu juga,
“kau yang rosakkan dunia ni. Kau yang kononnya KHALIFAH”(dialog real)
Malu sendiri.
Wahai manusia, bangkitlah dari kelalaian yang panjang, bangunlah, dan kembali taat kepada ALLAH. Kembali patoh pada SURUHANNYA dan tinggalkan segala LARANGANNYA.
“dan memang aku nak sesatkan kau pun. Dulu aku berjaya sesatkan Adam, apatah lagi kau manusia yang bodoh.”(dialog real)
Kembalilah pada Jalan.
Emosi, aku takkan biarkan kau teros menewaskan aku.
Selamat berjumpa lagi,
Dan akanku pastikan,
Kau EMOSI,
Tertewas dengan AKU.
-contengan peribadi-
1 comment:
sabar ea husna
Post a Comment