Kebiasaannya, YM ana sentesa online, walaupon pergi kelas atau meeting.
Jadi, semalam seorang sahabat lama, ana kenalinya sejak di alam persekolahan.
"buzz" YM ana, dan meninggalkan pesanan,(sebab waktu tu ana 'idle')
"Wes,sihat dop?aku rasa nak mati doo.. die da ade owang len.."
Dari situ, konklusinya, ana menafsirkan beliau putus cinta.
Seperti yang ana sedia maklum, beliau dan 'pasangan'nya sudah 'bersatu' sejak di alam persekolahan lagi. (harap maklum,sekolah ni bukan sekolah ana).
Dulu (waktu maseh jahil), asal hari minggu je, ana temankan beliau "bercengkerama di bawah sinaran panas mentari". Dengan DAM 1905 yang tentunya menjadi milik penuh ana waktu itu,
sudah tentu segala pergerakannya mudah untuk ana tolong. Almaklumlah, waktu itu memang jahil. Setiap kali ini minta ana temankan beliau ke kedai, pasti ana turutkan, dan kadang2 ana tatau pon beliau nak jumpa "belangkas"nya.
Kadang2 ana turut dipermaenkan,mungkin kerana beliau menyangkakan ana sebuah "playground",yakni tempat orang "bermaen-maen".
Tapi, ana tidaklah terlalu jahil, berkali ana nasehatkan beliau. Supaya beliau kurangkan "berbelangkas". Kata ana, "nanti result peksa rendah."
dengan "ugutan" itu, beliau sedikit "slow the rate of reaction" dalam berbelangkas.
Mungkin terkesan, dan memang result peperiksaannya "deccelerate".
Sejak meninggalkan bangku persekolah, ana tidak sempat "berbulan madu" seperti mereka.
Ana dijemput Allah menjadi "tentera" di "SYURGA". Kehidupan baru yang ana tempuh di bumi barakah, menberi banyak kesedaran yang menyebabkan rasa bertanggungjawab menggunung tinggi.
Ditakdir sewaktu cuti di Darul Quran, (dah lupe cuti ape), ana sengaja menjemputnya keluar ke KB Mall. Sekadar "mencuci mata" serta "melicinkan duet" elaun dalam BSN.
Ana kesana memandu "unta" kesayangan BOSS ana dan memakir di tempat parking yang baru-baru ini terjadi tragedi.
Nak dijadikan cerita, ana ternampak sebuah kancil yang betol2 berhenti di hadapan "unta" ana. Tepat 90 darjah ke hadapan, ana nampak seorang wanita yang cukop ana kenali, bersalaman, laga pipi dengan seorang lelaki. Dan bile lelaki tu memusingkan kepala 60 darjah kearah ana, ternyata, LELAKI ITU. Yang dulunya mentah dan "baek". Ana berlagak tenang.
Itu adalah sahabat ana. Orang yang ana kenal. Rapat dengan ana. Ana sendiri sudah kaku untuk "menerajang" perbuatannya, apalagi menempelak mahupon menegur. Lemahnya iman seorang ana.
Sekarang, beliau hadir kepada ana, meminta nasehat dan sokongan. Terasa "jerk" dengan perbuatannya.
Dalam hati,
"Dulu aku dah pesan,jangan..jangan.. bukan nak dengar.."
Namun itu bukanlah satu tindakannya yang baek memandangkan ana juga manusia. Dan ana pon pernah melakukan kesilapan.
Inilah cinta berjenama NAFSU.
Kelam dan hitam walaupon pada luarannya terang dan senang.
Tidak, kesenangan itu bukan berpanjangan.
Manusia tak mungkin lenang jika hidup bertemankan nafsu.
Siapa tidak cemburu melihat "dia" dikasihi.
Diambil berat, diberi nasihat dan dilihat-lihat.
Namun, ingatlah, sesuatu yang dilihat-lihat,
mungkin suatu hari nanti dikerat-kerat.
Anda ingin bercinta?
Pastikan jenama cinta anda adalah iman.
Yakni maharnya adalah dugaan dan cabaran,
yakni pengorbanan.
Benar, kesenangan dan kebahagiaan,
ataupon
"kenikmatan" yang ingin dikejar,
tade jalan pintasan..
Semuanya perlu dilakukan mengikut syariat Tuhan.
Insya allah, kebahagiaan itu pasti berkekalan.
Mengharapkan sesuatu yang indah,
jangan dibayar dengan kemurahan.
Maharnya pasti keimanan dan ketaqwaan.
Selamat mencari cinta berjenama IMAN.
~Petang tadi dah lepas sesi peperiksaan. Lega walaupon jawapan lintang pukang.
Adoi mak.. Apsal la Fizik ni rumit sangat.
Kalau la Fizik ni senang macam buat roti canai..
Kan tak de la otak ni jadik lunyai..
Masya Allah, azabnya menjawab kertas tadi, Tuhan sajelah yang tahu.
Terbayang dok dalam kelas Fizik belakang sekali (sebab selesa),
pastu tengok madam Harlina ajar macam buat RadiX Koko yang instant tuh.
Madam buat kat papan putih lagi senang dari buat Instant noodle yang selalu aku makan tuh.
Keluar aje exam, mesej berkenaan AGD dah menghiasi skrin. Nak melantak ikan keli, dah habes. memang kecewa. Sejak datang sini, tiap2 hari 2x sehari, makan nasik putih dengan ikan keli goreng kat ZC.
Bahagia. Yang laen sume tak lalu nak makan.
Oh,ikan keli kegemaran~
Fasa 2 kehidupan bakal bermula. Akak kata, yang lepas tuh biarlah lepas, memang nak sambar takkan dapat.
Sekarang, pandang depan, hadap muka, teroskan perjuangan.
Kak,tapi CARRY MARK nye canne?
Hah, carry aje lah.. Sape suro maen2?
Sendiri buat, sendiri tanggung.
Rasa nak balek kampung...
Menganggur dan tanam jagung..
3 comments:
Salamullahi 'alaikum warahmatuhu wa barokatuh.
Kelakar2..huhu..
Tak pe lah Husna.. Tawakkal 'alallah. Yang penting, kita tau setakat mana kita dah usaha. Letakkan pergantungan pada Allah Taala. Selebihnya Dia akan uruskan.
Oh, ya. Bila nak mai Nilai? Sementara masih ada beberapa minggu je lagi ni untuk ana bertapak di sana (insyaAllah..hehe)
Emm, jenama cinta apa lagi ye yang boleh di'beli'? Susah nak jaga hati kan? So, sama2 kita mohon pada Allah agar dikuatkn hati dan iman dari tersasar dari landasannya.
Wallahu a'lam.
memang.rase nak balik kampung tanam ubi dan cili ps jwb fzik.hu2.
tapi kita x boleh ptus asa kan
selagi ada nyawa, selagi 2 perjuangn perlu diteruskan.
moga tabah2 selalu.~">
salam.
Aisyah.
bile sebot tawakkal alallah tuh dah rase tenang dah. bile cakap pasal usaha, gelabah balek. malu nak ngaku ngan Allah sebanyak mana usaha tuh. Tape2. Same2 muhasabah. Apepon, 'aku serahkan segala urusanku kepadaNYA.'
tu la, ade jugak planning nak nilau,tapi tade sape ajak.
da ade dalam jadual nak lawat DQ n nilai. Insya allah. Aisyah plak tamau datang jengok adek beradek kat sini ke?
Jenama ape pon cinta kite, yang tentu, jangan DOSA rewardnya.
Tapi biar jenama itu, bertambah imannya, meningkat taqwanya, PAHALA rewardnya.
Insya allah.
Same2 pohon perlindungan ALLAH, Dia sebaek2 pelindung.
To kawan husna,
sal mesej patu diam. huh. rosak2.
hanyut skejap tadi. Sori. Terleka dengan nikmat dunia yang sementara. hehe.
tu lah, segenggam tabah tu la yang susah nak cari macam permata yang dicari. hehe.
tape. anyway,sok nak kua, nak ikot? tayah, keje rafest seyh. huh.
Post a Comment