Tiap2 hari menjengok blog. Hanya mampu memandang.
Takpe, bukan blog ana aje yang tak aktif. Blog orang-orang laen juga.
Terutamanya blog gen9 IQRac. Haha.
Sekadar tasji' supaya selalu update blog.
Sejak menjejakkan kaki ke CFS, ternyata hidup sangat tidak terator.
Bukan saja dari segi jadual harian, tetapi emosi!
Emosi jugak tidak stabil.
Sebagai manusia, perasaan berduka, tentulah perasaan yang norma.
Bukan pelik.
"ish2.. kenapa la budak tu sedih ye??"
tak. tak perlu nak heran2. Tu benda yang biasa bagi seorang manusia.
Sekarang ana dan kawan2 seangkatan ana, berada dalam fatrah yang dinamakan fatrah exam.
Semua orang sebok nak study.
Nak strugle.
Same. Sama seperti ana.
Ana bakal menghadapi paper Physic dan Religion in Malaysia pada hari yang sama.
Sabtu 26hb Dec 2009.
Itu sudah cukop membuatkan ana tak cukop tido, tak cukop makan dan tak cukop minum.
Ye ke?,dalam hati.
Tidak diceritakan lagi program yang sangat banyak untuk semester ini.
Henset taklepas dari tangan. Ibu jari makin aktif menekan punat hset "murah" yang baru dibeli selepas LG canggih itu dicampak dari tingkat atas oleh anak saudara yang nakal.
Pelbagai dugaan perasaan melanda.
Benar, ana teruji.
Terasa bukan diri sendiri yang tersenyum.
Jika dikira kesesakan dalam dada memikirkan tentang banyak perkara,
tentu bukan ana manusia yang senyum.
Manusia yang mampu bersenda dalam kelas atau meeting.
Tuhan itu sayangkan kite,
tak pernah Dia biarkan kite senang dan lekang dari ujian..
Tidak pernah sekali2..
Kerana dengan ujian itu Dia membuat dahi kite sujud menyembah bumi.
Percayalah. Itu kaseh tuhan!
Okeyh.
Nak ucapkan,
selamat tamat exam SPM buat junior2 kesayangan.
Selamat mendapat keputusan PMR bagi adek2 yang dikasehi.
Moga keputusan yang baek mendorong dirimu memperbaek imanmu.
Keputusan yang tidak baek itu sebagai azimat untukmu memperkasa usahamu.
Jangan sedih.
selaen itu jugak,nak ucapkah
HAPPY BIRTHDAY buat Hanisah Mohd Sofian, Ucu Marjan Hanani.
25 december..
Semoga iman bertambah,taqwa meningkat,syurga dalam genggaman.
Ramai jugak yang bertanya,
ana kehilangan?
Siapa?
Seorang yang ana tak pernah sangka kaseh sayangnya buat ana sejaoh itu..
Sehingga "barang" itu die hadiahkan untuk ana. Nilaian yang sangat tinggi.
Sedangkan, 2bulan ana tidak menghantar khabar buatnya, apalagi membalas SMS mahupon Emelnya.
Benar. Walaupun ana tak hebohkan, tapi ana benar2 kehilangan.
Kematian..
Dia meninggalkan ana.
Dia pergi tanpa kata apa2 pada ana.
Waktu ana saket,
die pasti berkata,
"mesti kuat. Klo u mati, I tade sape2.."
tapi die yang terlebih dahulu mendahului ana.
Tuhan saja yang mengetahui perasaan kehilangan yang sangat terok.
Ana tak mungkin dapat mencari ganti seorang yang menyayangi ana seperti yang die lakukan.
Walaupon ana kadang2 "membenci" die. Itulah keterokan ana yang tak dapat disangkal.
Setiap yang hidop, pasti akan mati.
Tuhan lebih sayangkan die dari ana.
tapi ana terkilan sebab 2hari selepas kematiannya, ana baru mendapat tahu.
Lebih sedih,baru saje ana naek bas untuk ke KL,
ana mendapat mesej makluman tentang kematiannya.
Dan waktu itu ana terkilan sebab tak mampu melawat ibu dan ayahnya.
Yang pasti maseh lagi mengingati ana.
Ana terkilan. Dan ana memang tak mampu langsung untuk bercakap tentang pemergiannya.
Kepada sesiapapun ana tak ceritakan.
Mungkin ramai yang tidak mengertahui pon kewujudannya dalam hidop ana.
Ana bertekad untuk melawat pusaranya nanti.
Sebab kematiannya memang ana tak pasti.
Apabila ditanya,
apa yang ana tahu,
die pengsan selepas pulang dari masjid.
Bila dibawa ke hospital, die langsung tak sedarkan diri.
Dan die disahkan mati. Kanser darah.
Sedangkan ana tak tahu langsung die ade penyakit tuh.
Katanya ana istimewa baginya, tapi kenapa langsung die tak bagitau ana?
Huh.
Tuhan, moga aku redha dengan perginya die.
Untuk diri sendiri dan orang laen,
Unleashed Ur confident!!
2 comments:
salah grammar and ejaan perlu ditegur ke tak?
tego2 jangan tak tego.
english tak pass.
~saje nak menguji orang laen.
(ayat cover salah)
Post a Comment