♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, December 09, 2009

KB MALL runtuh??

Baru-baru ni digemparkan cerita terbaru di Kelantan.
Dah basi dah kot.
tapi

tape. Nak tulis jugak kat blog, bagi orang-orang yang belom tahu.
Actually,

ana sendiri tatau jugak kesah benarnya.
tapi,
abang crite,
sebuah kete rosak. sorang lelaki dan dua pompuan. then,laki tu suro pompuan tu dok dalam kete,sebab laki tu nak tolak kete(benda yang ana selalu buat bile JBS merah yang dah tua tu rosak.).
alaa.. mesti paham kan. Macam orang slalu buat bile kete abes bateri.
Yang pompuan tu macam tak pandai sangat la. Yelah,pompuan mane expert benda2 canni. tapi ana pernah buat.
nak dijadikan cerita, kereta tu hilang kawalan dan langgar dinding. Masa tu kete tu ada kat parking lot rooftop.

Bile dah hilang kawalan,
langgar dinding,
dan dengan "bangga"nya kete tu terjun ke ground floor KB MALL, jatuh betol2 celah-celah eskelator.
Dan nak dijadikan cerita,
dua orang perempuan pelajar Masterskill college meninggal dunia desebabkan kejadian ni.
Paling best orang yang terlibat tuh dah larikan diri.

Canni la,susah snagat.
Ana pon tak pasti kesohehannya.
Ni ana copy paste dari blog orang laen.
http://mysuperkids.net/kb-mall-runtuh-di-sebalik-tragedi/

baca aje laporan nih.
klo nak tau lebih lanjut,
abang ajar,
search aje kat google.
belambak hit citer ni kua.
nanti pilih la yang mana suke.
mungkin ade ibrah yang tersendiri.

Kaetannya?
Doa Nik Aziz?
Struktur bangunan??

hem. LPLS.
Lu pikir la sendiri.

same2 jadikan semua kejadian sebagai ibrah terbaek dari Tuhan.
Ingatlah Tuhan dalam setiap kejadian..
Tak kire,
baek mahupon burok.

ok. slamat mengkaji diri!




KB Mall Runtuh – Di Sebalik Tragedi
by Mommy Lyna on December 7, 2009 · 27 comments




If you enjoy this article, subscribe to MSK RSS feed for more updates & offer specially designed for MySuperKids readers only.


Bila dapat SMS dari IbuKauthar semalam yang bertanya tentang KB Mall runtuh tu, memang terkejut jugak. Ingatkan runtuh menyembah bumi ke apa.. kot la ada earthquake kat Kota Bharu ke pulak.

Rupa-rupanya kerana sebuah kereta yang terlanggar dinding di parking rooftop lalu terjunam ke arah eskalator. Dari rooftop tu elok2 landing kat celah2 eskalator depan Watson kat ground floor.

Menurut ceritanya 2 beradik dan kawan mereka sedang nak menghidupkan kereta, dalam tengah duk tolak sana tarik sini tekan sana press sini, tiba2 kereta tu terluncur ke arah dinding batu-bata tu, terus terjunam ke bawah.

Mangsa yang menenui ajal dikatakan terkena runtuhan yang turut jatuh bersama kereta tu (al-Fatihah buat mereka).

Yang lagi best, mereka yang terlibat tu sempat pula melarikan diri despite ramai-ramai orang kat KB Mall petang tu. Tapi saya heran macamana mereka sempat lari.

Mungkin tak ramai sangat orang sejurus kejadian berlaku.
Orang ramai panik bila dengar jeritan, bunyi dentuman.
Mereka terlalu takut dan terkejut bila kejadian berlaku.
Dengan kejadian ni, banyak spekulasi yang dibuat:

Kereta modified untuk drift.
Bumbung KB Mall berhantu.
Pembalasan kepada doa Tuan Guru.
Design bangunan tak menepati standard.
Kejadian ni memanglah kemalangan. Tapi ia menjadi isu kerana kereta tu masuk ke dalam bangunan dan menyebabkan kematian. Jika ada sesiapa ingat kejadian dalam tahun 2004 tak silap (ke bila ye?), kejadian di parkir CIMB Damansara Heights, yang mana pemandu yang tidur dalam kereta ter-reverse keretanya, langgar penghadang dan jatuh di tebing. Kesnya lebih kurang aje lah. Cuma kes CIMB tu tak melibatkan orang awam.

Apa yang saya nampak, pengajaran dari laporan akhbar dan blog2 tertentu:-

Janganla suruh adik yang takde lesen/baru dapat lesen bawak kereta, hatta just nak hidupkan dari parking pun.
Take responsibility dan accountability. Dah buat janganlah lari nanti lagi nampak macam penjenayah.
Baca doa masuk kereta!
Jangan ingat berada dalam shopping complex anda selamat
Kepada yang suka shopping tu, ingat2 Tuhan jugak masa merambang ke sana sini dalam kedai tu. Gitew…
Takut dowh nak pegi KB Mall.
Dan janganla politikkan isu ni pula. Tak ada apa yang pelik. Sama2 kita doakan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya dan keluarganya tabah menghadapi situasi ni. Semoga yang melarikan diri tu terbuka hatinya untuk pulang ke jalan yang benar.

Yang nyata kejadian ni menjadi trauma kepada yang menyaksikannya.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=xF8JBESktmM

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.