♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, December 31, 2009

MasiN.

"kol bape ko nak g hospital?"
"jap lagi. Tadi pakcik ambulan cakap nak datang kol 9. Tetiba die g Gombak plak."
"Ko g sorang je?"
"tak. pakcik ambulan tu kan ade."

Deringan Continental NOKIA 1202.
"Eh, mane list name untuk register AGD ni? Ade orang nak register ni."
"Jap. Jap lagi ana sampai. Nanti ana tanya yang terbabit. Sabar ye."

"tape2. tulis kat kertas biase dulu."

"Eh,kenapa bagi kad yang orang dah tempah? Tadi die datang query. Kenapa tak tengok list name dulu tadi?" Dalam hati, sebab tadi list name takde.

"Kenapa tak datang kelas RIM?"
"Pegi hospital jap tadi. Xray Lumbar Sacral."
"Asyik ponteng je keje ko nih.."
Aduh. Macam la sume benda nih dipinta.

"Bile nak dapat keputusan? Korang nak maenkan kami ke? Kami nak jugak gi AGD. Takkan jadik reserve aje. Mana aci."
"Sabar2. Minggu depan kami bagi keputusan. Insya allah dapat pegi. Kami cube usahakan."
"hah, yelah sangat tuh. Biar betol. Jangan nak tipu lagi."
bile masa la aku pernah tipu korang. Ni baru pertama kali jumpa. Haih.

"Bajet ni cukop ke? kornag pikir tak kebarangkalian sume2 tuh?"
"insya allah, setakat ni memang tunggu respon dari unit sponsor."
"jangan tahu buat je, pastu tak reti nak tanggung akibat."
"Insya allah. Semoga yang terbaek."
"hem, jangan lepas ni nak mintak tolong macam2."
Aduh. Senget telinga dengar.

Masinnya nak telan. Tapi kena telan jugak sebab dah masok dalam mulut.
Takkan nak ludah balek. Kan meludah dimerata-rata tempat tu dilarang.
Dahtu, pahit ke ade ke, telan saje la. Garam ni kalo sket memang masin.
Tapi kalo banyak2, bole jadi pahit.
Apa kata, kurangkan keluarkan garam dari mulut kite.
Jadi, kurangkan orang yang mendengar percakapan kite tuh makan "garam".
Bukan ape,
banyak2 makan "garam", nanti "darah tinggi".
Bile "darah tinggi", hangin satu badan.
Susah tuh nak dapat ubatnya.

Jangan risau. Kalau anda terkena "darah tinggi" tu, banyak2 "minum air".
Banyak2 makan "madu".
Insya Allah. Air terbaek tentunya ALQURAN. Madu terkenal tentunya ZIKRILLAH.
Praktikkan.
Maafkan tindakan2 ana yang kurang menyenangkan.
Sesungguhnya,
ana benar2 kena "darah tinggi". dan ana sedang istiqamah dengan "air minuman" dan "madu".
Doakan ana cepat sembuh.

Ana mahu kembali norma.
Mahu dan mahu.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.