♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, January 22, 2010

AGD: Pelaksanaan dan Permasalahan

Akhirnya. Sudah ramai sahabat yang bertanya tentang post mengenai AGD yang berlangsung pada 18 Januari yang lalu. Benar, ana menjanjikan akan mengeluarkan post secara bersiri mengenai AGD. Tapi sayang, mase sangat tak mengizinkan ana. Masa yang ada digunakan untuk topap kembali masa yang dikorbankan untuk AGD baru2 ini.

Tapi sayang, ana minta maaf sebab tak boleh lagi nak letak gambar AGD,sebab Musyirah dan Hafizah serta Afiq maseh belom bagi lagi gambar2 tersebot.. Dan ana pon maseh belom mintak daripada mereka.

Tidak mengapalah. Bakal ada satu lagi siri kesah pengakhiran AGD? Mungkin. tanak janji,nanti mereka sebok bertanya.
(sebenarnya mereka mahu nama mereka disebot ;) )

sedikit serabot pada permulaannya. Apalagi jika tidak berkenaan DUET dan KUOTA yang memang tak penoh. Dari 300 kuota, berkurang menjadi 210 sahaja!

Tapi Allah Maha Pengampun dan Mengasihi. Satu demi satu masalah terselesai dgn sendiri.
BERKAT MUNGKIN?

Duet ibarat jatoh berselerak ke dalam kotak pensil sape tah yang dipinjam.
Alhamdulillah, perihal duet sewaktu AGD mampu diselesaikan.

Pelaksanaan?
Siapa kata tidak ada masalah? Imposible!!
Mungkin pada dasarnya, ana mendapat sangat banyak mesej komen dan tegoran pujian dari sekalian penduduk CFS.
(Mungkin PM dan APM mendapat lebih banyak pujian)

"Tahniah Husna! Best AGD,ramai orang puji."
"Bagos, tak rugi pegi AGD."
"Dengar cerita mereka, nyesal tak gi AGD."
"Berbaloi ah bayar RM40. Walopon pada awalnya asyik kutuk je."
"Best gile AGD nih. Tak sangka kornag mampu buat seGRAND nih."

Dan kalau buka blog budak2 MEDCY, kelihatan bersepah2 pujian untuk AGD.
Tu belom bukak lagi FACEBOOK dan sebagainya.
Mungkin penoh dengan gambar AGD.
Mungkin dan mungkin. Konklusinya,
boleh ana katakan, "HAPPY ENDING".
Dan Hafizah Medcy jugak sepatah perkataannya menggambarkan AGD adalah "SUKSES".

alhamdulillah, PC menjalankan tugasnya dengan baek, dan cekap sekali ana kira.
PC terdiri dari SIDDQI, FATHIAH dan BAHIAH.
(kenapa semuanya produk DQ? Konspirasi apakah ini?)
SIDDQI sebagai ketuanya boleh dikatakan sangat "WORK HARD" walaupon masing2 tahu masalah dan tribulasi yang melanda. Tidak lupa Fathiah yang dalam keadaan 'kurang sehat', maseh mencurahkan seluruh tenaga untuk AGD. Dan tentunya Bahiah yang baru pertama kali menceburi DUNIA MEDCY tetapi kelihatan sangat komited dan kerja juga completed. Alhamdulillah. Inilah barisan peneraju yang kuat dalam perjalanan AGD selepas dipimpin barisan MAINBOARD yang terdiri dari
Azam, Qistina, Hafizah, Syafiq dan ana sendiri, Husna.

Ana adalah comm yang terawal berada di hotel tersebot, kononnya mahu berehat di bilik hotel. Tapi cukop aje selepas ana check in bilek tersebot, 2minit saja berada di dalamnya, selebihnya dihabeskan di laman dewan besar hotel. Mehnah dan tribulasi tidak berakhir di situ.

Untuk melakukan apa2 tindakan, tentunya fikiran yang cukop matang sangat diperlukan.
Kesan semasa dan selepas keputusan diambil adalah aspek penting untuk kita fikir dan kaji.
Memang pada waktu itu, Azam selaku PM dan Siddqi serta Qistina selaku APM tidak ada di hotel. Mereka sampai agak lewat dengan bas disebabkan kelas mereka abes kol 6.

Memang setiap masalah perlukan keputusan yang segera, dan membuat keputusan bukanlah sesuatu yang sangat mudah. Boleh buat keadaan jadi parah, kalau keputusan kita buat itu salah!!

Alhamdulillah, makanan yang hotel hidangkan sangat sedap!
Terutamanya kambing BBQ. Memang sedap dan ana kira itulah makanan paling popular malam itu!
Sehinggakan dalam satu blog, bunyaminkhair.blogspot.com
, beliau memuji kelazatan kambing BBQ dan berhajat membuat hidangan yang sama dalam majlis perkahwinannya!!
Ehem2. Ketahuilah harga seekor kambing BBQ itu adalah RM750. Dan pada malam itu terhidang 2 ekor kambing. Bererti Rm1500.

Dikira lumayan ana menghabiskan duet untuk itu. Puas hati dengan komen bernas dari jemputanyang diraikan.

Saat yang menyayatkan hati, apabila ana ingin membayar duet hotel, dan bayaran yang dikenakan sedikit bermasalah berbanding apa yang ana faham. Mmg masalah. Pada waktu itu, PM dan PC jugak tiada di tempat kejadian. Pucat lesi muka ana ditemani Munirah Zulkifli dalam VIP room pada waktu itu. Kegusaran mmg mengganggu. Tapi dipendam sahaja, risau mengganggu gerak kerja comm yang laen. Lagipon ana tidak mahu senyuman Najwa hilang dari bibir manisnya, selaku unit Sponsorship yakni duet banyak bergantung dengannya.

Paling comel, tentunya meja VVIP. Dihidang seperti orang kawen, kerusi kawen dan di serve pulak oleh pelayan hotel. Memang istimewa. Ana kira, memang GRAND. Alhamdulillah. Tapi mungkin susah nak makan. Terpaksa beradab dan sopan jitu yang perlu dijaga. Maka, tidak mustahillah, selepas itu ana melihat PM menghadap makanan di meja reserve di belakang. ;)
Risau jugak, takot mereka tak kenyang!! Tentulah tak puas hati ana, lebih2 lagi buat Presiden MEDCY yang dihormati, AKH MUNTAQIM. Risau ana.

Alhamdulillah. Dan terima kaseh buat sahabat GEN9 yang sanggup menghadirkan diri dalam AGD MEDCY. Sedikit serba salah sebab ana melihat depan mata apabila mereka diprovok oleh seorang second year tentang status mereka untuk menghadiri AGD 2010.
Ana rasa sangat bersalah, dan sesungguhnya, ketahuilah, masalah yang pihak kami hadapi memang tidak dinilai oleh ornag luar. Maka, mereka tidak mengetahui kenapa hadirnya tetamu istimewa dari 1st YEAR dalam AGD 2010. Ana cube counter kedua2 belah pihak dan berharap sahabat 1st year tidak berkecik hati.
Terima kaseh buat Hafizah, Maryam, Aimi Shamsudin, Liyana Arsani, dan tetamu istimewa, tentunya Qurrotu Aini dan Siti Zakirah.

"Ingat tak nak datang dah AGD tadi.." kata Zakirah.
"Patu canne datang jugak?"
"Sebab sayang kat Husna la mai ni.." jawabnya.
Ana teros kelu. Bab2 sayang2 ni teros kaku,terpegun dan terkagum.
Wah, pengorbanan mereka!

Belah banin GEN9 jgak sedikit kejutan bila mendapat pesanan text dari PM mengatakan disokong 4 banin yakni Afiq Arshad, Fauzul Kabir, Syahmi Sahar dan Syed Syahmi. (adakah bakal menimbulkan fitnah meletakkan nama mereka disini? percayalah, tiada niat laen disebaleknya.)
Alhamdulillah.

Dan part yang paling best tentunya persembahan video show daripada unit Prep and Tech. Walopon malam sebelomnya, salah seorang krewnya menitiskan air mata dek kerana diterjah dengan pelbagai mehnah. Alhamdulillah, kami( Mainboard dan PC) mampu counter segalanya. Syukur Ya Allah kerana telah memudahkan pelaksaan gerak kerja kami.

itu saja untuk kali ni.
Mungkin akan datang akan dimuatkan tanzim dan gambar2 AGD. Sebagai penghargaan buat comm AGD yang pahit berjuang bersama, akhirnya manis digapai semua!!
Alhamdulillah semoga aktiviti medcy yang akan datang teros dikepalai oleh mereka yang begitu komited.
Tertarik dengan ayat Bunyamin Khair dalam blognya,

"apabila society itu dipegang oleh orang yyang thiqoh dan bertanggungjawab, makan kelaenannya dapat dilihat pada programnya."

Bukan nak mengaku diri sendir thiqoh. Tapi mahu menjadikan ia sebagai satu matlamat.
Matlamat yang perlu dicapai.
Insya Allah.
Mengislamisasikan program di UIA!
Cadangan unit SPECIAL TASK, nyasidan lagi Asma Al HUSNA sebelom majlis.
\Yang itu ana setuju!!
Good IDEA.
Cemerlang, tengoklah PIC nya siapa!

Wassalam. Bakal Bersambung?
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.