Sedikit perkongsian yang ana nak kongsi.
Dulu, selalu saja mendengar orang mengalunkan ayat 7 Surah Muhammad. (sila tengok QURAN). Dan kadang2 diri sendiri yang menggunakan ayat itu untuk menguatkan ornag laen termasok diri sendiri.
“Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu..”
Demikian ayat ini bakal menjadi AYAT UTAMA untuk ana kongsikan dalam post kali ni.
10 Feb 2010. (EXAM EPT WRITING AND READING)
“Husna, ko dapat mesej yang budak UUM nak buat operation tu tak? Yang nak mintak derma kilat tu?”
“Dapat2. Tak logic je nak masokkan dalam akaun sebelom kol 3.”
Seorang sahabiah di UUM mengalami kanser otak dan kanser darah. Maka beliau memerlukan sumbangan sebelom pukol 3 hari tersebot untuk buat operation.
Masok saje ke bilek, Muna semangat pegang tabung Palestin.
“Aku tepon hang await tak jawab? Haih!” Garang dan bengis.
Berjiwa waja rupanya sahabat aku sorang ni. Beliau mengutip derma kilat dari SATU MAHALLAH! Kagum jugak. Aku dan Cokdi waktu tu memang niat nak tido,sangat mengantuk. Tapi Muna mengajak kami ke Bank Islam terdekat.
Mase tu tak berapa nak ikhlas. Sempat ke. Ni dah pukol berapa. Lagipon kite ada berapa sen sangat nak bagi. Lagipon mesej ni boleh percaya ke. Aku query diri sendiri.
Disebabkan banyak sangat query, maka dengan bantuan Presiden, aku teros menelefon Ustaz Idris untuk mendapatkan kepastian. Dan beliau mengesahkannya! Selepas tu aku mendail Ustaz Farhan pula, same! Disahkan ini cerita betol!
Muna tetap semangat. Cokdi pon same. Mereka semangat research BANK ISLAM terdekat dengan bantuan BROADBAND CELCOM ini.
“Hah, ni yang terdekat, SEKSYEN 14!!”
“Sekarang kutipan ade berapa?”
“Hem.. RM80. Tape, meh aku gadai hset aku.”
Kemudian timbul satu kesedaran, semangatnya budak ni. Aku takkan nak jadi pembantut plak! Maka, aku bersama Cokdi membatalkan niat untuk berQAILULAH. Walopon waktu tu dah kol 2petang. QAILULLAH ape lagi.. Nafsu2..
“Jom la Husna kite pegi SEKSYEN 14.”
Maka, semangat membara seolah2 sedang marak dalam hati Jom la. Walopon aku sendiri sedia maklum beberapa prosedur yang perlu dibuat untuk keluar dari kampus pada hari KULIAH. Terbayang wajah Principal Mahallah Khadijah. Hem,mesti beliau akan mintak surat ni. Teringat waktu urusan untuk AGD MEDCY,berkejar2 aku nak uruskan prosedur untuk keluar kampus. Payah2.
Maka,kami masih meneruskan usaha menambah kutipan derma kilat tersebut. Bantuan dari Muslimin juga kami mintak, tapi mungkin tidak menyeluruh sebab waktu tu waktu dah suntuk,kami kejar masa!
Di MAHALLAH OFFICE (MO), kami terpaksa berurusan dengan kakitangan MO. Sah, memang payah. Nak buat baek pon payah! Kami ikhlas nak pegi Bank Islam. Klo kami boleh buat tanpa keluar dari kawasan kampus ni,nescaya kami takkan datang menghadap anda. Tapi soalan yang banyak bertalu2 mempersoalkan keikhlasan kami, memang menaekkan api kemarahan. Sudahlah kami mengejar masa, nak buat bukan benda bukan2. Kami mintak untuk pergi Bank saje. Kerani MO pandang macam kami nak pegi FUNFAIR. Atau mungkin beliau anggap kami nak pegi ponteng. Haih,dalam fatrah exam macam ni, tade mase nak piker nak jalan2. Lantas, aku mengambil keputusan untuk berurusan dengan Principal MO KC yang kebetulan tiada di pejabat pada waktu itu.
Dalam waktu yang sama, Muna menguruskan urusan dengan pihak Muslimin.
“Husna, nak jumpa kat mana beliau?”
“Hem.. Hem.. Hish.. Ha, klinik.”
Sementara mengatur temu dengan pihak Muslimin untuk amek duet tersebut, Cokdi menelefon Principal. Sayang, Principal tidak memberi ape2 respon. Robot yang menjawab panggilan kami. Frust. Benar2 frust. Canne nak keluar. Dah pukol berapa.
Kami menuju ke klinik. Walopon pada waktu tu masing2 sedar, kami memang tiada kebenaran untuk keluar. Di klinik, sekejap sahaja urusan dengan pihak Muslimin, Hanya mengambil kutipan wang. Sekarang, kutipan kami berjumlah RM500! Percaya atau tidak? Hset belom digadai. Semangat sangat nak tolong yang memerlukan.
Apabila menelefon Principal tak dapat2, kami berehat di kerusi di hadapan klinik.
“Husna, jom kite keluar ikot masjid..”
“Hish. Bukan idea yang bagos.”
“Dah tu canne ni. Madam tak jawab.”
“ kita naek ambulans aje lah!” Gurau salah seorang dari kami. Ketawa.
Aku mencelah,
“Tajdidkan niat.. Sekarang..” Maka berbuih2 istighar dari mulut kami. Memohon semoga kerja yang dilakukan benar2 kerana Allah untuk membantu yang memerlukan. Semoga apa yang dilakukan bukan untuk memuaskan hati dan nafsu sendiri, tetapi dengan nama Allah yang Maha Penyayang untuk kepentingan beliau yang memerlukan bantuan di sana.
Depan klinik…
Waktu itu jam sudah menunjukkan pukol 3.30 petang. Muncul seorang lelaki (pakcik). Die bertanya2 untuk makan Mee Sup. Kemudian beliau datang ke hadapan kami, lalu bertanya,
“Nak ikot pegi makan sup kat seksyen 14 tak?”
Cokdi dan Muna terpegun. hah?? Seksyen 14???
Pada waktu tu, aku tatau perasaan sebenar. Aku gembira. Kenapa mesti beliau mengajak ke Syeksen 14? Mengapa mesti Syeksen 14. Dan siapakah beliau. Tidak pernah mengenali! Tuhan, ini malaikat yang kau hantar untuk kami ke?
Cokdi sangat semangat bersetuju. Aku kurang percaya. Betol ke ni.
“Takot lah pakcik nanti guard tahan klo die nampak.”
“Heh, takot apenya, tengoklah sapa drivernya.”
Selepas itu beliau masok beberapa ketika ke dalam klinik, aku dan mereka berbincang2. Penuh perasaan taajub. Betol ke ni nak ikot pakcik ni? Jatoh thiqah la kena makan dengan die kat kedai makan. Haih. Kang die bawak pg tempat laen canne. Haru. Exam tak habes lagi ni. Bole caya ke?
“ha, jom la. Nak gi bank Islam kan?” Tetiba pakcik tu keluar dari klinik.
“Tapi pakcik, takot guard tu nampak la pulak keluar..”
“Alaa. Jangan risau. Tengok la sapa drivernya!” Cokdi dan Muna semangat bangon. Dan waktu tu pakcik tu bergerak kea rah……
AMBULANS!!
“Ha,naek ambulans nanti tade sape nak nampak,tade sape nak syak!” dengan bangganya pakcik itu berkata.
Hah? Ambulan? Sesungguhnya sangatlah tiada tertahan rasa geli hati untuk ketawa. Cokd semangat! Betol2 semangat!
Kemudian, menjadilah hikayat, kami bertiga naek ke dalam ambulan tersebot. Aku dan Cokdi duduk di bahagian blakang. Aku baring di katel pesakit. Tak janggal, ini kali kedua aku naek ambulans UIA.
Tapi perasaan geli hati seolah2 tak dapat dibendung. Niat hati nak naek ambulans ke Bank tercapai! Sampai di Pakcik guard yang bakal menentukan berjaya untuk keluar atau tidak, pakcik ambulans tu siap hon panjang2 lagi kat pak guard!
“Tahu tak kenapa pakcik tak bawak kereta tadi?”soal pakcik pula.
“kenapa ye?”
“Sebab takot jam. Kalao jam nanti kite boleh pasang siren”
Dan waktu ni memang saket perot menahan gelak. Tidak lama selepas itu, pakcik itu bertanya,
“Eh,kamu nak pegi bank nak buat ape?”
Subhanallah! Maha Kaya Allah. Pakcik ini dengan baek hatinya membawa seludup kami ke Bank tanpa mengetahui musabbabnya. Kemudian, kami punya jurucakap menerangkannya dengan butir yang tidak berapa details.
Pakcik tersebot berhenti membeli pisang goring, kemudian menghantar kami ke bank dan menunggu kami berurusan di dalam bank dengan sabarnya. Hampir setengah jam jugak urusan di bank. Dalam ambulans, pakcik itu sabar menunggu sambil makan pisang goreng. MahaSuci Allah. Siapakah yang telah Kau hantar untuk menolong kami ini? Beliau benar2 dihantar untuk menolong kami. Beliau keluar tiada matlamat laen, hanya nak hantar kami ke bank! Canteknya perancangan Allah. Hakikatnya kami tidak pernah mengenali beliau, kalau nak dibandingkan dengan kerani MO yang banyak kali jumpa. Betapa percayanya Pakcik itu terhadap kami, sanggup menghantar kami dengan ambulans! Pada awalnya, beliau mintak kami pulang sendiri, dalam hati kami berdoa, harap2 Allah mudahkan jalan untuk kami pulang semula ke UIA. Tanpa disangka2, pakcik itu tanpa banyak soal menunggu kami selesaikan urusan di bank tersebot.
Ya Allah, sekarang, aku benar2 percaya dengan PERTOLONGANMU.
Sesunguhnya hanya pada Allah semua pertolongan dan syafaat. Maha AgungMu Tuhan. Aku benar2 terharu dan terkesima. Tuhan, benar janjiMu. Dan Engkau benar tidak pernah memungkiri janji. Aku yakin padaMu Tuhan. Bertambah yakin.
Secara logiknya, pakcik itu benar2 dihantar oleh Allah. Kami tidak pernah mengenalinya. Dan kami tiada sedikit pon terniat meminta pertolongannya. Dengan senang hati, beliau menawarkan perkhidmatan. Dan beliau sangat amek berat. Tanya macam2.
Seusai urusan di bank, kami berhajat belanja pakcik makan mi sup di ZC. Tapi pakcik tersebot menolak. Maha AgungMu Tuhan. Pak cik ini benar2 ikhlas. Moga beliau mendapat ganjaran setimpal. Beliau mendapat pahala setimpal. Insya allah. Dan aku yang membelanja mereka berddua mi sup ZC yang sedap itu!
Jika entum berada di tempat kami, tentu entum semua bakal merasakan sangt dekat dengan Allah. Betapa Allah benar2 kabulkan niat kami untuk menaiki ambulan. Dan betapa Allah mudahkan urusan kami. Dan yang penting, ada hikmah jua kerani MO tu tak leh deal dengan kami. Sebab jjika dapat kebenaran, kami terpaksa naek teksi yang mungkin menelan belanja hamper rm20 atau lebih untuk perjalanan pergi dan balek. Maha Agung dan Bijaksana perancanganMu Ya ‘Alim.
RM 500 itu mungkin jumlah yang kecil buat sahabat kami dari UUM itu, tapi itu adalah sumbangan paling ikhlas dan paling mampu kami kutip dari pelajar UIA dalam mase 3jam. Mungkin jika diberitahu lebih awal, gerakan transformasi kami mampu melakukan yang lebih lagi dengan izin Allah. Buat yang menerima bantuan tersebot, nilai wang itu mungkin kecil, tapi hati pelajar2 UIA yang menolongmu sangat mengharapkan kebaekan untukmu. Kebaekan disini bermakna bukan kebaekan di sisi manusia, tapi tentunya kebaekan disisi Allah. Dia maha Tahu, hidop atau mati yang paling baek. Ahsantum.
Pengajarannya, ikhlaskan niat. Niat mampu mudahkan pertolongan Allah buat kite. Aku yakin dan bertambah yakin, jika benar kite serahkan urusan kite buat NYA, DIA takkan loket untuk menolong kite. Yang penting, hati. Hati disini bukan kibdah, tetapi QALBI.
Semoga kisah yang tak berapa best bile ditulis (lebih best jika cerita live) mampumemberi pengajaran buat sahabat-sahabiah sekalian. Sesungguhnya, aku yang mengalaminya merasai kaseh sayang Allah. Dan sahabat2 ku yang pernah mendengar live dari mulut kami pon merasakan satu ketenangan hati yang tidak bias dicari ganti, iaitu ketenangan apabila segala urusan benar2 digantung harapkan pada Allah, Tuhan semesta Alam.
Harapan, harap kesah ini tidak di print atau dibawa kepada pihak DEAN, kerana risau pakcik ambulans dan kami mendapat warning letters ataupun surat saman RM50. Kami tidak merancang untuk keluar secara haram. Kami mencari jalan terbaek untuk mendapat kebenaran. Tapi Allah bukakkan kami jalan yang tak pernah kami sngkakan. Itu ALLAH. Tuhan aku dan Tuhan kamu.
-Kalo nak dengar secara live, khayr saja.
(ada gambar.mungkin di upload kemudian)
Petangnya pula, pihak UKJ ade task lagi. Menguji dan mencabar betol hari ini nampaknya.
Yang penting, niat. Dan memperbaiki hati!
Insya Allah.
-Terima keseh jua kepada watak2 pembantu. Dari Muslimat, Zaleha dan dari pihak Muslimin, tidak lupe bantuan UKJ jua.
6 comments:
ko mmg asyik buat benda pelik.kali ni terover plak peliknya.anyway,tahniah usaha korang sume..semangat kuat korang sume.bangga aku ade sahabat macam korang.huhu.
ukhwah abadan abada..
tapi lebih beruntung bagi orang2 yang mendengar secara langsung. lagi real,tiada virtual.
husna,muna,nadiah, semoga allah balas usaha korang.ops,tak lupa pak cik ambulan yang baik hati.tak terkejut kalau lepas ni ade yang dipinang pakcik tersebut.hehe
chop! kak usna, UKJ tu ape? poning eden.
UKJ tu spesel unit yang terdiri dari presiden,vice presiden,mursyidul am, murshidatul am, dan deputy presiden I serta deput presiden II.
tak perlu tahu lebih lanjut.tak menguntungkan.haha.
yang dipinang tu tentunya muna.sebab die yang dok sebelah pakciik ambulan tuh.tade ah,pakcik tu baek,muka ikhlas,muke innocent..
kesah ni aku siarkan bukan nak riya. juz nak cakap,allah tu penyayang.DIA tak mungkir janji.
dapat kutipan,dan berjaya masokkan dalam bank sume dgn izin ALLAH.aku memandang hikmah disebaliknya.sesungguhnya ak tidak berdaya melakukan ape2 tanpa bantuan DIA..semangat kami jua dari DIA..alhamdulillah.ramai lagi mujahidah2 yang belom tunukkan taringnya..hehe
usna,kalau pakcik tu muka innocent,kenapa ko boley suuzhon kat dy plak?haaa....
ape pun,cite ni lawak.hikmahnya besaq.bagus dik.bagus.teruskan cari redha allah.biar mati di jalan perjuangan,jgn mati di katel pembaringan.syg adik baek....
Post a Comment