♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, February 08, 2010

SHORTSEM: Menduga imankah?






"Ibu. Ada short sem plak. Takdi baru kelih module hok baru. Benci la gini.. Punoh abih sume plan.. Tokse.. Tokse.."













"Doh tu nok wak gano.. Biarlah kakna.. hok tu hok molek doh tu Tuhe letok. Kito tok tahu depe aghi nuh lagu mano.."













Itulah ibu. Apapon yang ana adu, pasti jadi neutral. Setiap kali ana ber'acid', IBU lah 'alkali' terbaek me'neutral'kan anaknya. Jaoh berbeza dengan Ayah. Lumrah, lelaki memang bersifat PEMBELA. Betol? Itu pemerhatian ana pada ayah dan abang2 ana. Mereka suka membela, jangan meneutralkan.













Teringat satu kesah lalu.. (melencong sket eh.)






"Tak suko la dok skoloh baru ni.." Dialog yang aku luahkan setelah beberapa hari aku bertukar ke SMKA.






"Tak dok saing.."






Maka, dalam keadaan itu, Ayahku sebok nak tukarkan aku ke sekolah laen. Sama dengan abangku. Kebetulan waktu itu aku mendapat tawaran ke KISAS. Ayah dan abang mendesak aku ke sana. Tapi jaoh berbeza dengan ibu yang saban hari memujuk dan sanggup menghantar aku ke sekolah beberapa hari semata2 nak pujok aku kekal bersekolah di SMKA.






Seminggu kemudian aku gembira di sekolah baru itu. Berbeza bukan? Hikmahnya, mungkin kalo aku pegi KISAS, aku takle duduk sebab aku memang takle dok ASRAMA. Tak selesa, rimas, homesick dan macam2. 3hari mencuba asrama di SMKA pon sudah cukop membuat aku pening dan terganggu emosi.






Pengajaran pendek, LELAKI lebih suka MEMBELA berbanding MENCARI PENYELESAIAN. Banyak lagi contoh laen yang boleh dirujuk. Hakikatnya, lelaki memang suka MEMBELA.













Berbalik kepada tajok asal; SHORTSEM.






Shortsem bukan sejenis kueh berwarna coklat atau binatang berkaki empat, sebaleknya SHORTSEM ialah dalam bahasa MELAYU nya, SEMESTER PENDEK. Ia dibuat untuk membantu student meringankan subjek yang diambil sewaktu SEMESTER PANJANG mereka. Dan SHORTSEM ini hanya 7MINGGU tanpa MID SEM dan hanya ada FINAL SEM. Lebih memboringkan, segala gerak kerja persatuan, tidak dibenarkan sewaktu MIDSEM. Dan hendaklah semua duduk diatas kerusi, membaca buku dengan boringnya ditambah dengan CONTACT HOUR yang sedikit. Seperti aku, hanya 6 jam seminggu. 3hari saja hari KULIAH. Yang laen? Tido? Balek Seremban? Balek Kelantan? Kami bercadang FOTOSTAT surat cuti balek kampung dan setiap minggu mengesahkan surat yang dicopy dengan PRINCIPAL MAHALLAH. Baek kan? Sekurang2nya mintak kebenaran.













Untuk cutipanjang kali ni pelbagai aktiviti telah ku rancang. Cadangnya nak aktifkan keahlian MERCY MALAYSIA. Mana tau kalo aku boleh pegi Padang untuk misi kemanusian. Kan best. Dan yang paling menyayat hati, tiket ke Jakarta untuk melawat Kakak di sana terpaksa dibatalkan. Ini part yang paling sedih. Sudahlah begitu, untuk cuti panjang ni, aku terpaksa masok belajar hanya untuk satu subjek sahaja! Basic Theme of Al Quran. Lebih sedih kerana ia bukan CORE COURSE. Dan lebih saket hati kerana pada asalnya aku adalah student


ONE AND HALF YEAR(bukan niat nak berlagak). Seolah2 tertipu, tanpa apa2 briefing, dengan bahagianya module baru telah ditampal. Dan dari setahun setengah pengajian, dilanjutkan menjadi 2TAHUN beserta SHORTSEM! Dan yang lebih parah, untuk FINAL SEM nanti (10 2010- 02 2011), aku hanya mengambil satu subjek sahaja! CHEMISTRY II. Dan untuk 4bulan, contact hour aku hanya 5JAM SEMINGGU(bayangkan ape orang yang takle dok diam seperti aku akan buat). Tetapi, ADVISOR aku membenarkan aku mengambil EAP di CFS, subjek sepatutnya aku amek di MAIN CAMPUS. Gembira ke? Hem. Yelah. Katanya, nanti senang kalo2 aku nak tukar course MEDIC! Oh, tidak!


Betapa 'bahagia'nya aku mendapat module baru kali ni. Plan nak buat umrah sekali lagi terbatal. Cuba bayangkan, terseksanya hati, menjeritnya jiwa, berdarahnya batin.. Dan lebih perit bagi student ONE YEAR yang menangguhhkan pelajaran, dari ONE YEAR, menjadi ONE AND HALF YEAR, dan sekarang TWO YEARS!! Perit bagi mereka seperti Nadiah Hassan, Afiqah Ibrahim, Bahiah Shakiman, Musyirah Amaran, Ameerah Rosli, Faizah Shamsul Arifin, Qurrotu Aini, Amanina dan ramai lagi. Paling untung Aimi Shamsudin, Afiq Arshad, Wan Adib. Tahniah. Antum tidak tertipu!!













Namun begitu, sebagai manusia yang beriman, NAFSU harus dibuang berjaohan. Letakkan IMAN di HADAPAN. Jika benar pergantungan hidup pada TUHAN, tentunya putusan ini diterima dengan hati yang penuh ketenangan. Tuhan menciptakan ALAM, menciptakan orbit dan proses putaran planet, proses pasang surut, segalanya TUHAN aturkan dengan sempurna, tanpa sedikit kesilapan! Begitu juga dengan KEHIDUPAN kita insan yang kerdil. TUHAN pasti merancangkan dengan teliti dan meletakkan kita dengan sebaek2 perletakan.













Benar bukan, TUHAN cukop hebat. MAHA HEBAT. MAHA AGUNG. Mana mungkin DIA tersalah ATUR. Mana mungkin DIA tersilap plan. Dia MAHA SEMPURNA. Tiada siapa yang mampu menandingi KESEMPURNAANNYA. Dia jua MAHA PENYAYANG. Mana mungkin DIA menzalimi kita hambanya. Dia MAHA MENGETAHUI. Mana mungkin DIA alpa tempat terbaek buat kita. DIA MAHA PEMURAH. Mana mungkin DIA biarkan kita KESUSAHAN di dalam PERCATURANNYA. Hebat!!













Maka, perlukah lagi bibir ini mengomel tetapan SANG PENCIPTA?






Perlu lagikah jiwa ini memberontak dengan ATURAN YANG ESA?






Mana perginya KESYUKURAN terhadap YANG PENYAYANG di atas sebaek PERLETAKAN?













Terdiam. Ibu banyak memberi tasji' untukku menerima KETENTUAN ini. Meskipon aku katakan, KEWANGAN bakal menyusahkan KITA ibu. Kerana WANG BIASISWA tidak dibekalkan!






Namun, IBU tenang menjawab,






"Kalau kakna betol2 ikhlas cari ilmu, rezeki Allah boleh datang melimpah ruah, bergolek-golek. Dan ALLAH itu tidak pernah melupakan hambaNYA, melaenkan Kakna yang MELUPAKAN DIA.. belajar la. Ikhlas la. Ingatlah pada DIA. RezekiNYA I'ALLAH ada untuk Kakna.."













Aku tersentap. Ibu, mantopnya peganganmu dengan KETUHANAN. Aku yang kononnya HAFIZAH QURAN pon terduduk memandang. Ibu, engkaulah sumber kekuatanku. TERIMA KASEH ALLAH, menghadiahkan aku IBU yang sangat BAEK.













Pesan Abang,






"Nanti shortsem, banyak masa luang, guna untuk ngulang QURAN. Jangan dok perasan takde kerja. Banyak lagi masa yang nak guna untuk ISLAM. Dekna ingat dekna boleh goyang kaki ke? Biarlah ornag laen bercuti panjang, dekna buat kerja untuk ISLAM. Belajar.. Kata nak jadi PENCERAMAH.. Cari ilmu banyak2. Memang abang tak suka dekna amek shortsem, tapi itu yang ALLAH suka. Kite kena suka jugak la.."













Persis yang pernah aku katakan,






keluarga aku sentesa MEMAHAMI. Sentesa MENDOKONG aku kekal pada JALAN ini. Mereka menguatkan aku dalam semua segi. Dan bertuahnya aku dikurniakan TUHAN keluarga yang sangat PENYAYANG dan sangat PAHAM. TAHMID.













Benar, terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan. Jangan ingat kita tiada kerja. jangan bermimpi goyang kaki selagi ISLAM belom kau julang tinggi! Jangan bermimpi tidur siang hari, sebelom KAFIR dan ZIONIS kau tembak mati!













Takbir!!













Insya Allah. SHORTSEM benar2 menduga iman. Tapi dengan adanya keluarga tersayang, segalanya berubah menjadi PENGUAT IMAN. Alangkah bahagia dikelilingi manusia yang memahami akan hakikat KETUHANAN dan PENTARBIYYAHAN. Alangkah bahagia diselimutkan dengan KATA-KATA TUHAN oleh mereka yang berada bersebelahan. Bahagianya ibarat mendapat KASEH SAYANG TUHAN.






Semoga aku dan kamu serta mereka teros dalam lindungan TUHAN.






Sayang TUHAN, TUHAN sayang kita.






Ingat TUHAN, TUHAN ingat kita.






Cinta TUHAN, TUHAN cinta kita.













Maka,






SHORTSEM bakal bermula 15 MAC sehingga 6 MEI 2010. Doakan aku ikhlas menuntut ILMULLAH. Dan thabat pada DAKWAH DAN PERJUANGAN.






Lagi satu, doakan aku cepat2 matang eh. Huah.













Semoga ketemu lagi dalam iman.






Wassalam
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

anonymous 1 said...

Bismillah walhamdulillah

n nampaknya kena tambah MasyaAllah..

Sekadar berkongsi pengalaman:
"wei A***, aku nk wat aper ade short sem.."
"Syeikh, kalo ader short sem n amik 2 tahun sperti korang, boleh jadik ulamak teknokrat(Pointer tinggi n ilmu banyak)..Bersykurlah atas nikmat yang aku takder"

Durasi pembelajaran tak langsung memberi effect..walaupon mindset sekeliling menafikannya..percayalah pada orang yang mengalami..

husnataqwa said...

hem. takle lari dari memberontak. anda yg tak mengalami senang membicarakannya. tapi hikmahnya mmg banyak. banyak pengalaman mampu diikat di zaman kanak2 ini. sebelom menjengah alam dewasa(di main camp).
ape pon masing2 ade kelebihan dan kekurangannya. dan beruntunglah mereka yg dapat buat setahun.tahmid kathir..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.