♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, February 18, 2010

istimewa 18 FEBRUARI



Dulu aku sangkakan


tanpa dirimu tak mengapa


aku bisa berjalan sendirian


kerana aku telah dewasa




namun selepas mengalaminya


perit terasa berat dijiwa


aku masih perlukanmu


aku masih mahu seperti dulu




kakiku melangkah dengan pasti


kau kata "langkah jangan henti"


setiap katamu azimat buat diri


takkanku lupa segala jasa dan budi




aku mahu kau disisi


merawat segala kedukaan hati


aku mahu kau menemani


perjalanan aku yang payah ini




Tuhan..


dia teramat aku sayangi


dia teramat aku kasihi


lukanya aku dia ubati


jatuhnya aku dia temani




Sakitnya aku dia ubati


deritanya aku dia rasai


sedihnya aku dia tangisi


perlunya aku dia pasti disisi




Hilangnya dia tak sanggup aku bayangi


perginya dia tak sanggup aku tangisi


kasihnya aku buat dia tiada tandingi


kasihnya dia buat aku lebih-lebih lagi





NUKILAN istimewa buat ABANG KHALIFA TAUFIQ in conjunction with HIS BIRTHDAY on this 18 FEBRUARY.


Selamat menjadi 26 tahun Abang.





Dan dalam masa yang sama, sajak ini juga dinukilkan buat kakakku yang jaoh di pandangan mata, NURHANNANI MURNI INDAH. Sesungguhnya saat kita bersama adek beradek sangat aku rindui,kak..


(p/s: abang sedang cari jodoh,sape yang berminat boleh hubungi saya. Jangan risau,abang saya ada steady job. Insya Allah. Tapi beliau nak cari cekgu(ibu yang suro carik cekgu,beliau setuju aje,alasan ibu,engineer sebok,cekgu paling sesuai) dan abang nak orang KELANTAN, sebabnya jelas, ehem2.. sebab abang keje kat KELANTAN. Lagipon orang KELANTAN baek2. Insya Allah. Dan ibu kata nanti abang tak kena distributed setiap kali hari raya,tak kena gado2,dan tak kena zalimi anak orang. jadi,sapa berminat,saya alu-alukan.)





Di samping itu,





nak wish jugak birthday kepada semua sahabat yang menyambut ulangtahun kelahiran di BULAN FEBRUARI.




Adek beradek MEDCY,


Kak Masitah Salihah- 17 FEBRUARY


Kak Jalilah- 18 FEBRUARY


Fathiah Radzi - 23 FEBRUARY


Naqib- 24 FEBRUARY.





Semoga Allah melindungi entum semua. Semoga Allah memberkati entum dan memberi yang terbaek untuk kite semua. Insya Allah.




Barakallahulakum.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

:x (*
sajak tak best,
tapi maksud yg nak disampaikan tu menyentuh hati.
jika SYAHID bukan cita2 mu,
pasti aku mahukanmu dirumah.

"klo mati waktu belajar kire syahid jugak bang kan?"

semangatmu waja,
aku mahu SYAHID menjadi milikmu.

Trime kasih tak memadai dgn post cari jodohmu ini..

kuatkan iman,hati..
tingkat ibadah.
zikir jgn henti..

allah,redhai adikku ini..
semangat tinggi,pengorbanan tinggi,letakkan dia di tempat tertinggi..

songeh manjang le tu?
studi kuat2. ingat ape janji.
takpe, pointer tinggi nati tiada paksaan suruh tukar kos. belajar betul2. jgn sebab tak nak tukar kos,tak nak amik medik, pointer buat endah tak endah. blaja betul2. jgn online selalu sgt. fokus blaja. jgn lagha sgt. fokus exam,fokus ibadah. jgn main kuat sgt. jage kesihatan..

nenda said...

i luv diz post~

husnataqwa said...

(sebak)
**

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.