Titipan buat Saudara Majdi Nadwan yang kehilangan ayahanda kesayangan pada 18 Februari 2010,baru-baru ini. (ALFATIHAH)
Moga kisah ini boleh dijadikan kekuatan untuk Akh dan kami semua yang bakal diuji jua suata hari nanti. Sayangnya Allah kepada Akh,menghantar ujian seberat ini seawal ini,dalam fatrah exam ini. Itulah besarnya ILMULLAH yang tak terjangkau fikiran manusia..
ANTARA SABAR DAN MENGELUH
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya,
"Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab,
"Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,
"Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya,
"Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.
Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya,
"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab,
"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu
Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula,
" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Teutama buat Akh Majdi. Allah, kuatkanlah beliau menghadapi dugaanMu..
Cerita tentang pemergian AYAH Akh Majdi boleh dirujuk di blog:
8 comments:
Assalamu'alaikum ukhti Husna.
Allahuakbar. Semoga Allah merahmati dan menyayangi us dan keluarga us. Ana tak tahu macamna nak balas jasa us dan sahabat-sahabat. Syukran jazeelan, ana amat-amat menghargai.
InsyaAllah, semoga terus thabat dalam perjuangan dan senyuman.
www.ilasyahid.blogspot.com
demi allah..
ana merasa bannga dengan ketabahan yg ade dalam diri ustaz. terkejot dgn kehadiran ustaz di KC baru2 ni.
allahu akbar,
ana sendiri tak merasakan ketabahan sebegitu sekiranya ana berada di tempat ustaz. semoga allah melindungi ustaz dan keluarga.
ujian adalah tarbiyah, ustaz mampu,maka Dia menguji.
tabarakallah..
barakallahufik.
tabahlah akh majdi..
saya mungkin tak mampu diuji seperti akh..
akh majdi kuat!
takbir!
allahu akbar.
Husna: Alhamdulillah, Semoga Allah sentisa menyayangi us insyaAllah. InsyaAllah, semoga kita sentisa redha dan sabar.. dan terus thabat dalam perjuangan insyaALlah.. Syukran jazeelan sekali lagi ya..
Anonymous: insyaAllah, Allah sentiasa maha membantu, maha memujuk, dan maha memberikan kekuatan... SubhanAllah..
07: Sedap nama :) erm, syukran jazeelan. Allahhuakbar!
BarakAllahulakum ;)
ukhti husna,
ujian yang kita terima berbeza-beza. ana kagum dengan post ustazah. best. dan kena pada situasi walaupun mungkin ianya dicopy paste..
alhamdulillah,ana juga doakan ustazah thabat pada jalan yang dipilih;jalan perjuangan. insya allah. smoga allah permudahkan jalan ustazah jugak. doakan ana jugak ustazah...
tilmiz ila jannah:
terima kaseh atas doa dan pesanannya ustaz. ana hargainya.
07: hem.. tu la..
anonymous:same2 la kite.
jundullah04: terima kaseh atas pesannannya. tak layak sangat2 dipanggil dengan 'ustazah' sebenarnya..
semoga allah memberkati.
ameen.
tilmiz ila jannah:
terima kaseh atas doa dan pesanannya ustaz. ana hargainya.
07: hem.. tu la..
anonymous:same2 la kite.
jundullah04: terima kaseh atas pesannannya. tak layak sangat2 dipanggil dengan 'ustazah' sebenarnya..
semoga allah memberkati.
ameen.
Post a Comment