♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, March 29, 2010

istimewa 20 Mac.

Kau terlalu istimewa,
tanpamu ibarat aku kehilangan nyawa,
Kau teramat istimewa,
bersamamu saat indah yg takkanku lupa.













Sanah helwah ibu..






Sanah helwah sayangku ibu..
Kak merakamkan jutaan terima kasih buat ibu, kalungan tahniah buat ibu dan anugerah tabah buat ibu.
sudah 50 Tahun umur ibu rupanya. Tapi ibu masih begitu,menyayangi anak-anaknya, berkorban apa sahaja untuk anak-anaknya. Alhamdulillah,tidak seperti ibu-ibu zalim yg sanggup membuang bayi yang baru lahir. Walaupun kak dan abang serta kakak dan adik dah besar, ibu tetap belai,jaga,limpahkan dengan kasih sayang dan harta. Tiada tara. Walaupun kami bukan keluarga yang berada,namun ibu tetap sediakan semua keperluan seadanya. Ibu kata,biarlah ibu berhutang keliling dunia,demi anak ibu bahagia sentiasa. Ah..Ibu...


Ibu,jerih payah ibu membesarkan anaknda2 ibu,pasti hanya Allah yg boleh membalasnya.


Sewaktu sambutan ulangtahun ibu,ana di Seremban. Bersama kakak dan anak saudara. Minggu lalu,dua kali ana berulang alik ke Seremban. Ana pun kurang pasti kenapa. Tertekankah ana dengan mehnah tribulasi di mahallah yg kadang2 seolah2 meletakkan ana pada jalan kebuntuan? Hanya Allah yg mengetahui. Kebetulan, nenek ana di rumah kakak. Jadi,alasan kukuh ana, melawat nenek yg kurang sihat di sana. Kakak seolah memahami gelisah resah hati sang adik. Kami menghantar nenek ke Port Dickson,rumah Ayah Long. Kemudian,kakak dan abang ipar membawaku ke Teluk Kemang. Sudah biasa ke Teluk Kemang. Setiap kali menjengah ke Port Dickson,rumah bapa saudaraku,pasti kami melawat pantai2 indah ciptaan Ilahi. Tapi kali ini seolah2 sangat berharga,menenangkan hati yang gundah gelana.


Ibu, anaknda memohon ampun dan maaf, ini kali kedua anaknda tidak menyambut ulangtahun kelahiran ibu bersama. Mungkin sesuatu yang sangat menyedihkan buat ibu kerana tahun ini,ibu hanya menyambut bersama ayah. Anak-anak semua tersekat dengan taklifan masing-masing. anaknda cuba memahami. Pasti ibu inginkan anak-anak ibu bersama. Setiap kali ulangtahunku,majlis kenduri doa selamat dan tahlil pasti ibu adakan. Sedangkan, bila majlis ibu,bersamanya pun tidak mampu anaknda usahakan. Ibu.. bersalahkah anaknda? Lantas,anaknda meminta Abang yang sedang sibuk mengejar OT(overtime),pulang dan meraikan bersama ibu. Alhamdulillah. Abang memang selalu mengikut apa saja 'arahan'ku. Lalu abang pulang, mahu membawa ibu ke restoran. Namun ibu menolak,kerana hanya bertiga,sedikit sunyi barangkali. Lantas,abang belikan satay untuk ibu dan ayah. Anaknda faham,ibu pasti rindukan anak-anak ibu yang 7orang ni..



Tapi kami tak lupa ibu. Walaupun kami tak balik jenguk ibu,kucup pipi ibu,cium tangan ibu di hari gembira ibu,kami hanya mampu mengirim SMS pengubat lara jiwa ibu. Dengan SMS kami,ibu terharu. Ibu gembira. Ibu senang hati.


"Bu gembira. Terharu suka sangat. Semua anak2 Bumenghargai hari lahir Bu. Padahal Bu tak pernah ajar pun hari lahir ni. Alhamdulillah. Salam sayang untuk anak2 Bu."




Sewaktu mendapat mesej ini,ana dan kakak baru pulang dari masjid depan rumah kakak. Ini satu keemasan,ketenangan dengan menghadiri masjid. Jika di Mahallah selalu 'ditolak' mengimamkan solat,teringin sangat2 rasanya hendak mendengar syahdu bacaan imam yang nyaring. Ubat buat hati. Maka,rumah kakak memang sesuai untukku mencari secebis ketenangan dengan segala mehnah yang datang menduga. Setelah mendapat mesej ibu, aku dan kakak mengesat mata. Keduanya seakan malu untuk mengaku telah mengalirkan air mata. Ibu,egokan anak2 ibu? Air mata kami mengalir semakin deras. Mungkin disana(kampung),ibu jua sedang teresak2 mengenangkan kami anaknda2mu di perantauan.



Ibu.. Hari2 yang kak lalui kadang2 perit. Kadang2 pahit. Namun panggilan ibu,suara ibu, bisa membuat semua keperitan dan kepahitan itu terbang begitu sahaja. Hari2 yang kak lalui,kadang2 kurang bahagia,tanpa inzar dari ibu,tanpa ayat-ayat suci penyejuk jiwa dari ibu. Ibulah ubat buat kak merangkak di denai kehidupan ini. Ibulah penawar buat hati kak setiap kali kak jatuh tertimpa tribulasi.





Ibu,kak benar2 berhajat pulang untuk berjumpa ibu. Sangat2 berhajat. Lebih2 lagi bila berita ketidaksihatan ayahnda menyapa lembut telinga kak. Anaknda tahu ibu merahsiakan keuzuran ayahnda. Anakda tahu ibu tidak mahu anaknda risau dan bimbang. Beruntung abang2ku berdua masih disana. Sekurang2nya sakit demam ibu dan ayahnda,ada yang jenguk2kan. Anakda paham kesukaran ibu menghadapi semuanya sorang2 di kampung. Walaupun abang ada dua orang,tapi anak lelaki tak sama macam anak perempuan. Ibu tunggu kak balik. Kak dah tempah tiket. 14 April Insya Allah kak balik. Kak nak jumpa ibu. Ambil restu ibu untuk MUET dan FINAL BTQ. Sebab anaknda tahu,restu ibu membawa anaknda keberkatan yang tiada sempadan..


Anaknda bercita-cita menjadi anak yang solehah. Paling solehah antara yang solehah. Anaknda mahu berikan ibu satu kemenangan yang besar. Yang seorang ibu mahukan dari anak-anaknya. Ibu memahami anaknda. Ibu memahami perjuangan anaknda. Ibu menyokong jalan yang anaknda pilih. Dan seperti mana ibu memberi sejuta dokongan buat anknda,seperti itulah anaknda mahu memahami perasaan ibu sebaeknya, anaknda ingin perjuangkan keinginan ibu selayaknya, dan anaknda mahu menyokong hasrat itu sebaeknya,kerana anknda sangat bertuah mempunyai ibu seperti ibu.. yang sentiasa meniupkan semangat anknda setiap kali anaknda jatuh, membisikkan ayat-ayat Allah setiap kali anaknda hilang pedoman,mengalunkan mafhum hadith setiap kali anaknda mencari panduan dan mendakap anaknda dengan segenggam tabah setiap kali semua orang melupakan anaknda..

Ibu.. Kau lah ratu hatiku...


*selamat ulangtahun ibu.. Dari anaknda2mu bertujuh serta cucu menantu;




Mohd Khairul Azinor, Rosehaliza, Aliya Aqlina dan Ali Aqil.



Nafizah Khairiah, Abdul Muttalib, Abdul Munir.



Mohd Khairil Sidqi, Juriah, Ahmad Naim.



Mohd Khalifa Taufiq



Nurhannani Murni Indah



Nurul Husna


Mohd Khalil Ridha.




*semoga doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan kami yg berliku dan syahdu.


Semoga Ibu sentiasa senyum seperti ini.Tunggu konvokesyen dan hari bawa balik menantu dariku buatmu ibu..... Hadiah terbesar untukmu.. Dan diakhirat sana,ku mahu memimpin tanganmu ke SYURGA ILAHI ibu... Insya Allah..



Ibu, doakan anaknda. Walaupun anaknda tahu,tanpa dipinta,ibu sentiasa istiqamah mendoakan kesejahteraan anaknda. Anaknda2nya pula bagaimana??


Insya Allah. Ku seru namamu ibu, dalam tahajjudku~



p/s: hargai ibu anda. Mengertilah perasaan beliau. Dalamilah harapan beliau. Selamilah kemahuan beliau. Kerana, sementra beliau ada disini, inilah waktunya kita berbakti. Sementara beliau masih gagah berdiri, inilah waktunya kita banyak memberi. Hayatilah kemahuan ibu anda, kerana dengan doa ibu, hidup anda berkat tak tipu...






Wassalam. Bingkisan istimewa buat ibuku yang sejati. Ibuku yang mithali. Ibuku penyejuk hati. Ibuku yang aku sayangi.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

jundullah04 said...

bukan anak bongsu ke? kenapa jadi 'kak'?

-semoga cita-cita ustazah nak jadi anak solehah tercapai. lepas ni jadi isteri solehah. ibu solehah dan bidadari syurga dek kerana solehahnya seorang muslimah.

husnataqwa said...

hebat* syukran jiddan ala tasji..

bukan anak bongsu. ada adik lelaki sorang berumur 14tahun. bongsu jugak,bongsu perempuan. taktahu kenapa jadi 'kak'. ada kesah disebaliknya.

raja shahira said...

ibumu pasti bertuah mempunyai anak seperti kalian.
sangat jatuh cinta dengan blog ni. walaupun belum mengenali penulisnya sepenuhnya.

Anonymous said...

sayangi ibu anda. pesanan dari penaja.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.