♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, March 23, 2010

peringatan buat yang mengambil shortsem.





Dari Abu Musa r.a dari Nabi s.a.w,sabdanya:

"berta'ahudlah kepada AlQuran-yakni peliharalah untuk selalu membaca alQuran itu secara tetap waktunya,sebab demi Zat yang jiwa Muhammad ada didalam genggaman kekuasaanNya,niscayalah alQuran itu lebih sangat mudah terlepas daripada seekor unta yang ada di dalam ikatan talinya." (Muttafaq 'alaih)

Alhamdulillah shortsem telah bermula. Segala puji bagi Allah yg memberi segala nikmat Iman dan Islam untuk mendapatkan tempat dalam shortsem kali ini. Pada awalnya, ana bermati-matian menyangkakan ana bakal kembali ke Kelantan kerana tidak perlu mengambil semester pendek.

Segala puji bagi Allah yang menguasai hari Pembalasan, ana memohon kata-kata ana pada kali ini tidak menjadi fitnah buat diri ana sendiri.


Semester pendek merupakan semester yang cukup memboringkan,terutama bagi sesiapa yang mengambil modul seperti ana,hanya 6jam kredit setiap minggu. Hanya Allah yang mengetahui tahap keboringan yang ana hadap.

Namun,buat kawan2 yang dikasihi, masa yang banyak adalah satu nikmat yang boleh menjadi bala sekiranya tidak kita hargai sebaeknya. Masa itu amanah. Masa lapang adalah nikmat yang selalu manusia lupa.

"Dua nikmat yang sering dilupakan adalah: sihat dan masa lapang"






Jelas Rasulullah memperingatkan kita akan tajamnya masa lapang. Dengan banyaknya masa lapang,boleh membuat hati menjadi kelam. Kerana apa? Kerana terisi dengan perkara2 yang lagha dan kurang baek. Masya Allah,bertuah lah kita seandainya setiap detik dalam hidup kita kita infaqkan dengan mengingati Allah. Mengingati Allah disini tidak bererti kita menyebut nama Allah berterusan. Tetapi, mengingati Allah adalah membawa definisi kita mengingati Allah dalam setiap tindakan,perbuatan,percakapan kita. Contoh,kita makan,kita niat kerana Allah. Kita tidur,kita niat untuk beribadat kepada Allah. Macamana pula dengan tengok movie? Boleh kah kita sandarkan pada Allah? Soalan ini jawablah didalam hati masing2. Bagaimana pula jika kita menonton televisyen tanpa henti? Adakah kita sedang mengingati Allah? Aku mohon ampun Ya Karim di atas segala kelaghaan hambaMu ini selama ini. Aku ini lemah,maka perkuatkan hati aku untuk terus mengingatiMu dalam setiap pergerakanku,percakapanku dan segala tindak tandukku.


"Maka jika engkau ingat kepadaKu,nescaya Aku akan ingat kepadamu.."


(surah AlBaqarah)





Buat yang sedang enak dibuai cuti di kampung halaman,anda semua tidak terkecuali. Ingatlah,sedetikpun masa kita,untuk apa kita gunakan,bakal kita dipertanggungjawabkan oleh Allah. Sama-samalah kita meminimakan masa mengarut kita,masa lagha kita,masa lepak kita.


Semoga kita sama-sama tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa. Kerana taqwa itu adalah takut mendapat kemurkaan Allah.


Sekarang,kelas tasmi' kembali dalam perbincangan. Mungkin ada,mugkin tiada. Namun,peluang terbuka luas buat para Huffaz Teknokrat terutamanya,untuk memantopkan hafazan,memasyikan ALQURAN dan mentadabburkan kandungannya. Ameen. Insya Allah.





Antara perkara berfaedah yang mungkin boleh dilakukan:


- membaca ALQURAN.


-membaca buku-buku ilmiah.


-mendapatkan kemahiran tambahan seperti menjahit,memasak dan sebagainya.


-bersenam untuk kecergasan minda(dibimbangi minda yang tidak bergerak aktif akan 'jammed')


-tolong ibu bapa,kawan-kawan,orang sekeliling.


-menyebarkan dakwah fardhiah.


-menghadiri kuliah agama,tazkirah,solat berjamaah di surau untuk mengeratkan silah dan mencedok ilmu serta berkongsi ilmu yang ada.


-up-to-date dengan negara dan dunia. (isu semasa)


-asah minda dengan aktiviti menguji minda supaya neuron dalam otak sentiasa teransang.


-dan apa-apa aktiviti yang anda rasa patut anda lakukan. Yang memberi manfaat kepada anda dan kepada sekalian manusia. Insya Allah.


-(attention kepada yang ambil MUET dah boleh start press engine untuk ready menghadapi paper MUET. Kalau dapat BEN6, UIA bagi RM1,000. Berbaloi tu. Budak2 MEDCY kena dapat BEN6 semua. Nanti nak bayar hutang MEDCY)





*Segala pesanan dari atas hingga bawah adalah untuk peringatan dan guidelines diri sendiri yang jahil dan kerdil ini. Sekadar perkongsian bersama orang-orang yang tentunya bijak mengatur masanya. Jika anda mempunyai tips,saranan aktiviti terbaek untuk dilakukan,syorkan! KOngsikan! Sesungguhnya ana teramat jahil dalam perkara ini. Wallahu a'lam. semoga Allah melindungi kita dan memudahkan maut kita. Insya Allah. Ilalliqa'.








:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

anonymous 1 said...

bismillah

Aik awat tak mnmbh subjek kalo bosan???

ps:picisan ialah satu konotasi yang negatif..amat2 negatif percayalah..

husna said...

klo tambah subjek,unt last sem tiada subjek yg nak amek..

cadangan yg bernas,klo boleh buat setahun setengah.itulah,orang yg buat setahun tetap beruntung.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.