Sehingga kini,sejak dari dulu, pelbagai perubahan yang berlaku, daripada GEN9 yang sehati sejiwa, supporters terbaek,sudah berpecah-pecah ke serata dunia. Di sini(CS PJ) tak perlu habaq,mmg ramai, di Sabah, Sarawak, dan yang paling dekat tetapi jaoh, adalah yang masuk UIA tapi ke NILAI dan bakal ke GOMBAK. Mereka yang ke Nilai ni, rasa macam dekat, tapi jauh sangat bila nak sentuh(walopon naek tren sejam je dah sampai,tapi tak pernah2 sampai).
Sama jugak dengan semester lepas. Sekarang bakal masuk ke SEMESTER 3.(Sape yang ada shortsem saje), rupenya dah hampir setahun di CFS. Cube sebutkan satu perkara yang anda rsa bila anda mati,anda mampu BERBANGGA untuk bagitau pada ALLAH,bila anda ditanya.
Contoh,
"Wahai Husna, apa yang telah kamu buat untuk agama kamu dalam CFS?"
Malu rasanya nak jawab.
"Saya pernah ajak roomate saya solat same2. Saya selalu kejut roomate saya bangun subuh."
Itu je? Malunya jika nak dibandingkan dengan NIKMAT TERBESAR yakni IMAN dan ISLAM yang Allah hidayahkan untuk kita. Memng malu. Dasar manusia tak sedar diuntungkan.
Atau kita nak jawab, "saya selalu buat CAMPUS BUDDIES.."
Selalu? ye ke. boleh bilang dengan jari. Asyik bertembung dengan meeting. Kalau pergi pun, nilai IKHLAS entah berapa hinggit saje yang boleh dinilai.
Tapi, ingat jugak, Allah tidak menilai hasil pekerjaan, tetapi Allah menilai usaha yang dilakukan.
Anda prnah berusaha untuk menegakkan ISLAM di CFS kan? Nah,maka beruntunglah anda.
Tapi nak katanya,bila dinilai, apa yang pernah dibuat dalam mase setahun sangatlah sedikit kebaekan dibandingkan dengan ke'lagha'an dan ke'buangmasa'an. Allahummaghfirli watub 'alaiya..
Dan sekarang ia menjadi yang PAALIIING JAUH. Sebab tak mungkin dan sangat tak mungkin untuk mengulang kembali berada di semester 1 dan 2. dan mengulang kembali menjadi pelajar 1st year. Dan segala peluang yang pernah dapat pada waktu dulu,mustahil untuk kembali mendakapnya erat. Allah,jauhnya masa yang telah berlalu.
Petang tadi berpeluang memijakkan kaki di MASJID PONDOK LUBUK TAPAH, walaupon keadaan berbeza, jika dulu,benar2 datang sebagai pelajar, sekarang datang sebagai pelawat, tapi tarbiah yang dapat dikaut memang benar2 hebat walaupon sekejap cume. Rasanya tak sampai sejam ana di masjid tersebut. Benar,ana menyesal kenapa sewaktu diberi peluang untuk belajar di situ,ana tak gunakan sebaeknya. Walaupun pernah menginfaqkan diri disitu, namun ana tetap salah kerana tidak sepenuhnya menggunakan peluang yang ada. benarlah lagi, masa lalu mmg sangat jauh. Dengan komitmen yang ada sekarang, (macam la dah berumahtangga), payah untuk mencari masa ke sana. Benarlah, waktu lalu sangat jaoh untuk digapai kembali.
Pesanan ana buat semua yang sedang bercuti, bakal bercuti, kenanglah kmbali cuti2 yang lalu,sejaoh mana ke'manfaat'an yang pernah kite beri padanya. Jika benar minima manfaat pada cuti yang lalu, maka kali ini maksimakanlah ia sehabes baek. Kerana cuti kali ini, jika ia berlalu, sangat jaoh untuk kite mengintipnya kembali.
Allahu akbar. Aku memohon ampun dengan apa yang aku perkatakan. Risaunya aku seandainya kata2 aku menjadi fitnah buat diri aku dan agama aku. Sesungguhnya,diri sendiri juga masih dalam proses tarbiah dan islah diri. Aku memohon ampun kepada ALLAH dengan segala perkataan yang aku sangat cirit birit melafazkannya, tetapi sembelit melakukannya..
Semoga kite same 2 mengisi ruang sama yang ada dengan perkara yang berfaedah.
Same2 mencari redha ALLAH. Mencari barakah Ilahi Rabbi..
Hidup mulia, atau Mati syahid..~
Disampingitu, bile melihat kembali post MAHFUZ yang diminta oleh adik2 GEN10,ana terjumpa satu post yang dah lame. Tapi sangat kena pada masanya untuk ana baca sekarang. Sangaat kena. Maka,ana linkkan disini. Kenapa mesti lelaki itu.
Wassalam. barakallahulakum.
5 comments:
correction ye dik..
GEN10 tu bukan adik-adik kamu.
bocor rahsia...
kan dah lama kamu nak simpan rahsia ini..
haish, apepon saya tetap senior mereka.. senior tetap senior. akan ku kenang mereka sebagai junior. dan junior tetap junior.
penbetolan:
"Di sini (CFS PJ).."
Dan tak lupa GEN9 yang ada di Mesir, UK dan seluruh benua dunia.
lambatnya update blog usna.
kenapa? slow je..
tapi best la. mantop pengisian kali ni. terasa ak. cuti asek tido je. tolong mak pun malas...huhu
salam dik.. n duk 4get me too..huhu =) jage kesihatan k.. mis u all lotsssssssss........nun jauh di mesir...hehe
Post a Comment