♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, March 04, 2010

mahu pulangan lumayan? Mari!

Salam juang buat semua da’ie, buat semua yang mendapat nikmat Islam dan Iman dan buat semua yang sentesa mendapat tarbiah ujian dari Allah sebagai imbalan agar tidak melupakannya.

“skema” pulak intro kali ni.

Sewaktu di Seremban, ana merahsiakan kepulangan ana ke Kelantan daripada kedua ibu bapa. Kononnya nak buat kejutan.
Nak balik secara mengejut.
Maka, ana tidak maklumkan kepada sesiapa,kecuali abang ana. Subuh itu, ana tiba di stesen bas Kota bharu. Abang ana yang sepatutnya datang menjemput,tak boleh hadirkan diri atas beberapa musyaqqah. Maka, tiada pilihan.
Ibu telah berada di sekolah. Ayah mungkin sudah bekerja. Maka,ana mengambil keputusan uuntuk menaiki bas ke Pengkalan Kubur. Pengalaman menaiki bas no.12 dan U85 ana gunakan sebaeknya. Pentingnya pengalaman! Di Kelantan, ana jarang menggunakan perkhidmatan awam.
Yelah,kat Kelantan mana ada LRT, STAR, KTM, yang ada cume bas dan prebet sapu aje!(kalau dapat wang royalti,mungkin mampu buat LRT?)

Ana bertanya seorang makcik di sebelah ana,
yelah, orang kata, malu bertanya sesat jalan. Risau jugak kalau tak sampai ke Pengkalan Kubur, sampai ke Tak Bai ke, Naratiwat ke. Haru. Makcik tersebut mengendung seorang bayi, ana kira tak sampai 2bulan umur bayi tersebut. Maka, dah lama sangat menunggu bas, macam2 cerita ana korek dari makcik tersebut. Bermula dari cerita keluarga beliau,sehingga perang yang berlaku di Thailand yang bertujuan menghapuskan orang Islam. Panas hati juga ana mendengar kisah perang di Thailand. Tapi kenapa rasa macam kisah ni tak famous. Samada ana yang tak ikut perkembangan atau memang dicaturkan sebegitu?
Kesian jugak mak cik ini,ada masalah kewangan rupanya. Yelah, dengan keadaan Negara yang bergolak, tentunya masalah kewangan melanda.

Maka perbualan diteruskan. Sampailah bas pun sampai. Untung juga,ada yang mengajar ana menaiki bas. Alhamdulillah. Setibanya di Pengkalan Kubur, ana menghulurkan beberapa keeping not RM10. Itu saja yang ada dalam tangan ana. Ana tinggalkan beberapa keeping untuk bekalan ana sendiri. Menangis terharu mak cik tersebut. Pada awalnya, beliau menolak.

“Takpolah,anak kan belaja lagi.. Bayarkan tambang bas mok cik takdi pong mok cik syukur sangat..”

“Eh, tak pe lah makcik, duet ni gune untuk anak kecik ni haa…”

Maka,dengan linangan air mata,makcik tersebut tetap mengambil pemberian ana yang tak seberapa. Hampir menitis air mata ana, benar kata ibu,

“Bagi orang tak berkemampuan, RM10 pun sangat berharga.. Bagi kite, RM10 tu topap habis dalam masa sehari pun tak terasa ape..”

Sebagai seorang manusia yang diberi nikmat oleh Allah,
maka kite tak boleh melupakan orang sekeliling.
Ana bukan berasal dari keluarga yang kaya-raya. Jauh sekali tidak.
Keluarga ana bukan orang berada.
Tapi didikan dari kecil,
kita perlu memberi,kite perlu menderma, kite perlu membantu orang laen.
Sejak dari kecil, ibu selalu bacakan ayat sedeqah dalam QURAN. Antara surah yang ibu selalu dendangkan ialah surah Attakasur. Ibu kata, kalau kite bagi sedeqah, nanti Allah lipat gandakan rezeki kite. Kadang2 kite tak nampak, rezeki Allah datang dari pelbagai sudut. Tak semestinya kite bagi sedeqah duet,maka kita akan dapat duet. Tak semestinya begitu. Mungkin kite bagi sedeqah duet,kite dapat nikmat kesihatan, atau nikmat iman, atau nikmat kegembiraan. Itulah ilmu Allah. Sangat tinggi.

Tapi,kali ni, selepas ana berjumpa dengan ibu ana di Pengkalan Kubur, ibu memandu laju ke sekolah. Setibanya di sekolah ibu, ana berhasrat memandu pulang ke rumah, tak larat rasanya nak menunggu sampai petang. Nak dijadikan cerita, sewaktu nak tukar posisi driver, Guru Besar sekolah tersebut datang berjumpa dengan ana,

“Husna,cikgu lupa nak bagi duet saguhati masa Husna bagi ceramah kat sekolah cikgu dulu.. Nah,ambillah Husna.. Minggu depan tolong bagi ceramah lagi yee..”

Beberapa keeping not RM50 melayang ke tangan. Ana angguk perlahan,

“Insya allah ada rezeki saya datang lagi, tapi tak perlu bagi duet sebanyak ni. Tak bagi duet pun tak pe..”

“Ni duet kerajaan. Peruntukan. Tak ape lah.. Nak makan? Saya belanja. Mari.”

“Eh,tak pe lah. Saya nak balik dulu.. Penat ni.. Kita jumpa lagi la cikgu. Maaflah cikgu..”


Maka, ana tersentak. Beberapa keeping not RM10 yang ana bagi pada makcik tersebut dibayar tunai kepada ana dengan not RM50 sama banyak dengan keping yang ana beri pada mak cik tadi. Allahu akbar. Balasan Allah benar2 buat ana terasa ingin sujud syukur. Sujud Syukur kerana janji Allah benar2 terjadi pada diri ana,membuatkan keimanan pada Allah meningkat dengan mendadak! Percaya atau tidak, janji Allah melipat gandakan rezeki bagi yang bersedeqah. Yakinlah aku dengan janji Allah. Sangat yakin dan bertambah yakin.

Sebenarnya perkara seperti ini pernah berlaku dalam keluarga ana. Pada satu pagi, Pakcik ana datang melawat ke rumah, dan dalam masa yang sama meminta derma untuk membersihkan kawasan kubur. Maka, disebabkan waktu tu semua adik-beradik ada di rumah, maka, ana mengambil satu kotak, dan membuat kutipan dengan semua abang dan kakak. Alhamdulillah. Masa tu tak semua dah kerja. Jadi kutipan berjumlah RM40.

Petangnya, kami menziarah ke Kuala Krai, rumah Mak cik di situ, di samping mandi-manda air terjun. Menjadi rutin,setiap kali berkumpul adik beradik, pasti kami berehlah di Kuala Krai disamping menziarah saudara di situ. Sewaktu hendak berangkat pulang, pak cik kami memberi kami RM400!! Setiap orang dapat RM50. Maka, abang ana berkata,

“Tengok.. Kite bagi sedeqah tadi RM40, kite dapat RM400.. Allah tu adil dan maha besar. Pasni kite kena rajin2 sedeqah,tolong orang..”

Tapi waktu tu ana masih budak2. Jadi ana kurang paham. Ana kurang menghayati. Kini, bile perkara tersebut benar2 terjadi pada ana, baru ana tahu, menangis di dalam hati dengan nikmat yang Allah beri.

Maka, ana seru kepada diri ana sendiri terutamanya, dan sahabat2 ana, jangan kedekut untuk memberi. Orang kata, erti hidup pada yang memberi. Sampai sekarang pun ana tak paham maksud ‘phrase’ tu. Tapi apapun, ana sampaikan seruan Nabi buat kite, bersedeqahlah! Kite takkan rugi. Infaqkan rezeki kite pada jalan Allah.
Apa yang ada pada kite, bukan milik kite. Tapi apa yang kite beri pada orang, itulah milik kite. Kerana ia bakal menjadi tabungan akhirah yang kekal. Tapi apa yang ada pada kite, adalah untuk kegunaan dunia. Maka, berilah. Ajarlah hati kite untuk sentiasa memberi. Sentiasa rasa orang lain lebih memerlukan dari kite. Sentiasa ringan hati untuk membantu.

Not RM10 tu mungkin sangat berguna buat orang yang tak berkemampuan.
Maka, berfikirlah jika anda berada di tempat orang lain. Berfikirlah jika anda memerlukan bantuan. Maka, anda tentu tak lokek nak membantu orang dalam kesusahan.

Bersedeqah dan infaqkanlah harta yang kite ada.
Jika tiada harta, infaqkan tenaga kite unuk islam kite. Infaq fikiran dan idea kite untuk Agama kite. Untuk kegemilangan islam kita.

Banyak lagi amal kebajikan yang boleh kite buat. Berbuatlah amal sehingga kita rasa, kite puas dengan saham akhirat kite. Buatlah amal sampai kite rasa penat untuk melakukan dosa. Dan buatlah amal sampai kite rase dekat dengan Tuhan kita.

Semoga apa yang dilakarkan tidak memberi fitnah kepada diri dan agama. Memohon perlindungan jauh daari syaitan dariNYA daripada rasa riya’ atau bangga diri. Smeoga allah memberkati perkongsian yang sedikit. Dan semoga manfaatnya besar buat semua~ insya allah..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.