♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, May 19, 2010

Cerpen: jangan rasa bangga jika anda mulia

"Hah, Ja! Awak dah tengok awak dapat biro mana untuk tenure ni?" Soal Farisya,bertanya tentang kedudukan biro Badan Dakwah untuk tahun hadapan.

"Alhamdulillah. Saya dapat biro Dakwah dan Rohani. Awak?"

"Saya dapat Biro Penerbitan. Tapi kan.. Tadi saya cari nama Jazlina. Tak jumpa pulak dia biro mana."

"Takkan orang popular macam Jaz tu boleh teringgal nama kot! Betul awak dah cek elok-elok?"

"Betulla. Saya nak tahu jugak Jaz dapat biro apa. Dia kan kawan baik kita. Ataupun dia dapat pegang Pimpinan kot nanti.."

"Mungkin.."

***
"Salam, Jazlina. Esok jumpa saya di bilik gerakan dakwah." tegor Izzati dengan wajah mencuka. Aku hanya mengangguk. Aku tahu apa yang bakal terjadi. Semalam Fariza memberitahu aku bahawa namaku tiada di board Badan Dakwah. Aku yakin kes aku bercinta dengan pimpinan Badan Dakwah pasti telah dihidu mereka. Aku tahu kekurangan aku. Aku bercinta dengan seorang pimpinan Badan Dakwah. Sedangkan aku juga ahli Badan Dakwah. Aku pasti perkara ini bakal diketengahkan. Apapun, aku tidak risau kerana aku bakal meninggalkan sekolah ini nanti.Keputusan PMR aku melayakkan aku meneruskan pelajaran di sekolah terkemuka di seluruh Malaysia. Jadi,aku tidak risau.
Keesokannya, aku menapak ke Bilik Gerakan Dakwah. Banyaknya kasut! Aku mula berdebar. Berapa ramai yang nak jumpa aku ni? Mereka nak cincang aku halus-halus ke?
"Assalamualaikum."aku beri salam,halus. Sambil aku beristighfar panjang, menapak saja kaki ke dalam bilik itu,aku terasa bahang kepanasannya. Mungkin aura mereka yang membahang! Dulu bilik Gerakan ini menjadi saksi aku melakukan kerjaku untuk Islam. DUlu,bilik gerakan ini tempat aku bermalam setiap kali aku menguruskan Qiam. Dulu,aku terasa tenang memijak bilik ini,aura keimanan! Tapi hari ini aku rasa berbeda. Mungkin kerana kehadiranku kali ini sebagai seorang pesalah. Pesalah yang melakukan jenayah CINTA dengan pimpinan Badan Dakwah Sekolah.
"Masuk. Duduk." Arah seorang lelaki berserban putih, berkacamata kelabu. Dia, Zakri Zubaidi! Semalam Izzati tak memberitahu bahawa aku akan berhadapan dengan 'serigala' yang sangat hebat di medan Dakwah sekolah. Aku tersenyum pahit seraya menghulurkan salam kepada 'jemaah juri' muslimat yang bakal menghukumku hari ini. Mereka turut senyum,menyambut salamku,mesra. Tapi sayang,penuh pura-pura.
"Jazlina, ana nak tanya anti. Apa hubungan anti dengan Falah?"soal Zakri Zubaidi merupakan Presiden Badan Dakwah sekolahku.
"Yi, anta tak patut tanya apa hubungan. Anta kena tanya sejauh mana hubungan.." sampuk Fikri Zain. Fikri merupakan setiausaha kehormat Badan Dakwah. Wajahnya serius sekali. Berbeda dengan waktu dulu setiap kali dia mengusikku apabila aku ke Bilik Gerakan.Sekarang dia juga menjadi 'serigala'! Aku mula rasa cuak. Mataku melirik wajah Pimpinan Muslimat. Mereka merenungku tajam dan mula mengalih pandangan apabila mata kami bertembung. Dulu,mereka selalu meminta tolongku setiap kali mereka bermasalah dengan komputer bilik gerakan. Dan mereka selalu meminta jasaku setiap kali merekaperlukan tenaga tambahan. Tapi kini semuanya berubah. Mereka seolah tidak mengenaliku sama sekali!
Zakri memandangku. Kenapa Zakri tak menjaga pandangan mata hari ni? Rasa kelakar pula dalam hatiku,memercikkan senyuman nakal di bibirku. Dulu Zakri pantang pandang perempuan. Senyuman itu mengundang bara 'para jemaah juri' yang memandang setiap gerak geri perilakuku.
"Lah! Gelak pulak orang tanya! Macamni lah, pihak Pimpinan nak berterus terang, pihak Badan Dakwah tak boleh menyimpan ahli seperti anti dalam jemaah. Anti langsung tak ada personaliti seorang pendakwah. Anti bercouple. Anti berdating." tempelak Fikri Zain. Aku tersentak. Pada waktu itu, air mataku menitis. Tidak laju. Setitik dua. Kerana maruahku diinjak-injak seperti manusia yang paling hina.
"Menangis pulak. Anti patut dah lama menangis sebab tiap-tiap hari anti buat dosa. Anti berzina hati. Zina mata. Zina anggota ana tak tahu lah kan.."sampuk Pimpinan tertinggi belah Muslimat, Nik Aida Farahah.
"Kak Da, tak baik tuduh saya bukan-bukan.." aku membela diri sepatah. Air mata masih perlahan. Aku mesti kuat. Aku takkan kalah depan lembaga persis 'serigala' ini.
"Tuduh? Kenapa? Salah ke kenyataan yang awak tu couple dengan pimpinan Badan Dakwah? Awak dah heret Pimpinan Badan Dakwah ke lembah cinta awak? Salah? Atau ada kenyataan yang lebih tepat dari mulut awak?" Jadi,aku yang mengheret si lelaki itu? Begitu rupanya.. Jadi aku hundred percent bersalah atas apa yang terjadi? Jadi Pimpinan itu terlalu mulia untuk mereka tuduh couple,lalu segala kesalahan diletakkan ke bahuku?
"Tudung labuh yang anti pakai ni tak ada guna Jazlina. Anti hipokrit. Kami harapkan anti jaga batch anti. Tapi anti buat kami macam ni. Anti hampakan harapan kami. Anti calarkan maruah Badan Dakwah. Anti hipokrit sangat." tutur Juwairiah, Timbalan Ketua Biro Dakwah dan Rohani.
"Pagi-pagi anti dok bagi ceramah kat sini, petang-petang anti dok dating kat belakang stesen bas? Macam tu ke pendakwah? Kami harap maaf, kami tak boleh terima pendakwah macam anti. Anti ada nak kata apa-apa untuk membela diri?" Tutur Zakri, lembut.
"Bela diri apa lagi Yi. Anta patut cepat-cepat bagitau hal sebenar kat Jazlina." kata Ghafar, bendahari Agung Badan Dakwah.
"Ana tak pasti tujuan ana dipanggil. Ana dipanggil sebab ana nak dihina ke? Macam tu ke Kak Da? Abang Zakri, ana minta maaf. Ana mengaku kesalahan ana. Ana couple. Ana couple dengan Pimpinan kita. Falah Irfan. Abang Zakri, ana rasa tu jawapan yang Abang Zakri mahu. Tentang sejauh mana hubungan ana dengan Falah Irfan, tak sampai tahap hubungan suami isteri seperti yang dituduh Abang Zakri. Ana masih jaga batasan. Namun ana tetap mengaku ana salah. Dan ana rasa penjelasan ana memuaskan kalau itu tujuan Abang Zakri dan barisan pimpinan memanggil ana."tuturku perlahan.
"Jaz, Kak Ima bukan nak hina Jaz, tapi Jaz buat salah. Kak Ima tak sanggup nak dengar cakap-cakap budak-budak sekolah kita tentang Jaz. Kak Ima dapat laporan Jaz 'bertukar' bila Jaz nak keluar dating? Jaz tukar tudung kan? Nampak tak Jaz.. Jaz malu pakai tudung macam sekarang nak keluar dating. Jelas itu satu kesalahan Jaz. Orang macam kita ni Jaz, mana boleh ada dwi wajah. Kita kena pakai tudung labuh ni Jaz. Ni imej kita. Ni imej Islam Jaz." Kak Hazimah memberi penerangan,kuno. Penjelasan yang lembut tapi tetap bermesej menghina.
"Zakri, ana rasa anta dah jelas kan dari mulut Jazlina tentang hubungan dia dengan Falah Irfan kan?" soal Fikri. Zakri mengangguk.
"Ada apa-apa lagi?"soal Zakri kepada barisan pimpinan yang lain. Semua memandang antara satu sama lain.
"Senang sikit kita round the table lah ya,lepas ni kita nak meeting pimpinan pulak."sambung Zakri.
Nampaknya semua orang tak puas untuk meninggalkan aku begitu, masing-masing memberi pesanan 'tajam' mereka.
"Lepas ni jangan nak mengaku badan Dakwah kalau tudung tu dok main tukar-tukar."
"Blajar agama lagi, anti ni tak cukup didikan agama kot."
"Ingat ni bukan menghina, tapi pesanan. Anti kena faham."
"Jangan dok mengaku Badan Dakwah lagi lepas ni. Malu ana ada anak buah macam anti."
"Anti baik letak jawatan sebelum dipecat."
Demikanlah kata-kata azimat pimpinanku, tiada seorang pun yang mengajak aku kembali ke jalan kebenaran. Aku terima. Air mataku laju apabila aku melangkah keluar dari bilik gerakan tersebut.
"Jaz,ingat tau, jangan bagitau Falah Irfan tentang perjumpaan kita hari ni!" sergah Kak Da dari belakang. Aku mengangguk. Aku menuju ke kelas. Semua bertanya tentang post yang bakal ku pegang untuk tenure depan. Mereka sangat positif. mereka fikir aku bakal memegang tampuk pimpinan untuk pimpinan akan datang. Tapimereka silap. Akumengeluh.
Keesokannya aku mendapat surat pemecatan jawatan aku sebagai Ketua Batch Muslimat Tingkatan 3. Aku redha. Langsung mereka tidak datang berjumpa denganku. Malah surat itu dipostkan dari tangan ke tangan. Aku tidak pasti sudah berapa tangan yang memegang surat ini, bagai dijaja satu sekolah! Malah, musabbab aku dilucutkan jawatan jelas ditulis disitu dengan pen merah.
1) salah laku di luar kawasan sekolah
2) bercinta dan berdating
3) biadap dan mengkhianati amanah.
Aku terima segala musabbabku. Nasib baik hari aku menerima surat tersebut merupakan hari terakhir aku disekolah itu. Permohonanku untuk meneruskan pengajian ke sekolah terkemuka di Malaysia diluluskan. Maka, aku meneruskan pengajianku ke KISAS dengan keadaan masih bercouple dan jahil!
***
Selama dua tahun perjalanan aku di KISAS, aku banyak menerima tarbiah. Aku mula belajar tentang erti dakwah yang sebenarnya. Di KISAS aku menapak setapak demi setapak ke arah kebaikan. Kak Ha sering menolong aku. Membimbing aku. Malah beliau banyak mendengar kisah silamku. Kisah percintaanku dengan Pimpinan Dakwah di sekolah. Beliau tidak sesekali menyalahkan aku. Akan tetapi beliau sentiasa memegang tangan aku ke medan perjuangan. Beliau mengajak aku bersama dengan beliau. Aku mula sedar kesilapanku. Aku mula sibuk dengan aktiviti dakwahku dan dalam masa yang sama aku memutuskan hubungan dengan baik dengan Pakwe Pimpinanku! Aku belajar banyak tentang hidup dan kehidupan. Selama dua tahun aku memantapkan diri dan peribadi, aku keluar dari KISAS dengan wajah baru. Aku seorang yangdikenali ramai. Diminati semua pelajar. Aku memegang jawatan tertinggi di KISAS sebelum aku keluar. Malah keputusan SPMku membanggakan. Aku berubah. Malah, aku turut terlibat aktif dengan aktiviti dakwah di luar sekolah. Alhamdulillah. Aku menyedari kesilapan aku dan kejahilan aku sewaktu dahulu. Sekarang, aku yang memang mudah tercabar, mahu kembali menemui mereka yang dulunya menghina aku. Mereka yang mengatakan aku hipokrit dan jahil. Aku ingin kembali kepada mereka, mahu aku buktikan bahawa manusia yang mereka hina dulu menjadi manusia hari ini. Dan sekiranya mereka sudi,ingin aku menghulurkan tangan menyumbang tenaga untuk membantu kerja Dakwah di sekolah lamaku.
Aku kembali ke tempat asalku. Aku menjejak mereka. Namun kemudiannya aku hampa dan kecewa. Pelbagai cerita yang aku dengar dari sahabat-sahabatku. Kejatuhan Pimpinan Dakwah selepas pemergianku ke KISAS mengecewakan aku. Kekhilafan antara mereka menyebabkan sistem Badan Dakwah yang dulu hebat kini sangat tenat. Beberapa orang yang aku sempat temui,malu untuk memandang wajahku. Kebanyakan Pmpinan sudah keluar dari Sekolah dan meneruskan pengajian ke menara gading.
Aku jumpa dengan Kak Da, tudung labuh tidak lagi sebati dengan dia. Aku lihat Izzati berpimpin tangan dengan seorang lelaki hensem. Aku lihat Kak Ima dengan perubahan yang sangat 'hebat'. Zakri belumku temui. Dengar cerita, Zakri meneruskan pelajaran sebagai seorang Peguam Sivil. Manakala Fikri pula langsung khabar berita tidakku dengar. Aku kecewa. Dulu,mereka mencabarku. Kata-kata mereka aku pegang sebagai janji dan cabaran. Tapi rupanya mereka yang meninggalkan aku dengan peninggalan yang nyata. Mereka mengkhianati perjuangan.
Sewaktu Kak Da melihat aku berjubah lengkap dengan tudung labuh, Kak Da mengusap kepalaku lembut. Kak Da senyum sinis sambil bertanya tentang Falah Irfan. Lalu dengan bangga aku katakan, aku langsung tidak mengambil tahu tentang Falah Irfan sejak aku melangkah ke KISAS. Kak Da meninggalkan aku begitu sahaja. Aku tidak menyindir Kak Da. Aku berjanjimahu membawa Kak Da kembali ke medan perjuangan. Mungkin kak Da terleka sebentar.
Aku menggunakan kuasa yang ada sepupuku yang memegang Pimpinan tertinggi di sekolah itu untuk memanggil semua mantan berkumpul di sekolah. Namun harapanku untuk mengajak mereke kembali ke medan dakwah berkecai. Mereka hadir dengan keadaan yang kurang menyenangkan. Malah ada yang hadir di akhir majlis,hanya untuk makan-makan. benar,aku kecewa. Ini mereka yang dulu berada dalam pimpinan sekolah yang terhormat. Aku kecewa. Namun aku hanya mampu berdoa.
Dan sejak hari itu aku sering memantau gerak kerja badan dakwah sekolah tersebut. Apa yang mampu aku cuba tolong dalam masa yang sama aku mahu mengajak mantan pimpinan kembali. Tapi sayang usahaku seakan sia-sia.
Sejak dari itu,banyak pengajaran yang aku dapat, aku mengerti bahawa setiap manusia yang berada dalam melakukan dosa tidak patut dihina,tidak patut dicerca. Kerana kita tidak pasti keadaan kita pada masa akan datang. Dan seringkali aku mengingatkan diriku bahawa Allah itu Adil dan Maha Bijaksana.
Dan satu perkara yang membuat aku reti pada hari ini,
"Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada yang Dia hendaki." Surah Qasas.
Rasulillah tidak mampu memberi hidayah kepada bapa saudaranya. Apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa. Penuh dosa dan noda. Hari ini kita mungkin insan mulia, tapi akan datang mungkin kita yang lebih hina. Benci pada maksiat yang dilakukannya, jangan benci kepada pelaku. Malah, ajaklah pelaku tersebut. Berilah dia peluang memperbaiki kesalahannya. Berilah dia sedikit pedoman dan ilmu agar dia tahu apa yang dia lakukan adalah salah, berbanding anda menghina dan mencerca dirinya.
Salam dakwah buat semua. Semoga cerita ini dijadikan pedoman. Yang penting,jangan berlagak dengan hidayah yang anda dapat pada hari ini. Tetapi berdoa dan bersyukurlah pada Allah saban malam agar hidayah itu kekal dan bertambah untuk anda. Kerana Dia yang memberi dan menarik hidayah itu. Dan kita manusia, hanya hamba, Dialah TUHAN>

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

TilMiz Ila Jannah said...

=) interesting. Ada cebisan dari kisah benar? Seandainya ana ada dalam meeting pimpinan yang eprtama di sekolah lama tu. Memang habis semua dalam tu ana pangkah. Haish!

husnataqwa said...

a'ah,sangat benar. kisah benar.
itu yg terjadi sekiranya berdakwah kerana pangkat,bukan kerana kefahaman dan kesedaran. kan?

dan ana boleh bayangkan bagaimana ustaz memangkah!

Anonymous said...

menjampuk..
mungkin juga terjadi macam ni kerana perasaan rasa diri lebih baik. macam pride lah!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.