♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, May 20, 2010

Aku, Kau, SMKAL dan Kehidupan lah!

Alhamdulillah.
Hari ni akhirnya jadi jugak plan aku nak jejak SMKAL. Dah banyak kali plan,tapi tak tahu kenapa hampeh je selalu.

Rombongan kali ni disertai seramai 6 orang. Tapi malangnya, golongan hawa cuma 2 orang. AKu dan Zahraa Hanafe.

Rombongan sebelah muslimin pula, Asyraf Abdullah, Ashamdie Hakimi, Faris Sakimi dan Azrul Kader.

Alhamdulillah, mengenang kembali saat persekolahan, memang manis. Rasa nak duduk lagi kat kerusi kayu berwarna biru, lepas tu time rehat pegi kantin makan nasik lemak dengan air oren. Tak fikir benda lain pun, masuk kelas blaja, dapat kerja rumah tapi tak buat. Pastu pegi makan kedai makan, datang balik untuk study dengan budak-budak prep. Dulu, hidup macam senang je. Pegi maktabah baca buku,pastu balik. Tido. Bangun bukak buku kimia. Penat. Tido. bangun lagi sekali bukak buku Biologi. Penat. Tertido. Sampai pagi. Bangun, siap-siap, start motor, racing ke sekolah. bahagia.

Kali ni rombongan kami bawa student istimewa. Sejak lepas SPM, ini kali pertama Asyraf Abdullah menjejakkan kaki ke SMKAL. Beliau belajar di Vanderbilt USA. Jadi, cikgu-cikgi semua semangat jumpa beliau. Terpinggir pulak rasanya kita yang belajar kat Malaysia. Aku,Shamdi dan Faris belajar UIA. Manakala Azrul pula pelajar UPM dan Zahra belajar kat UiTM. Kami yang belajar kat Mesia ni mmg rasa hampeh la. Apapun, dah jadi lumrah la macam tu kan?

Apa yang paling aku suka bila pegi sekolah, mestilah Ayah Angkat aku. Encik Hatta. Beliau sangat baek sampai sekarang walaupun 2tahun aku dah tinggalkan sekolah. Terima kaseh Abah. Anaknda kenang jasa Abah.

Lepas jumpa semua guru, kami pegi makan kat Kedai Moksu. Sejak akhir-akhir ni Kedai Moksu jadi febret aku pulak. Abang aku yang ajar, tiap-tiap hari Sabtu, bila Abang aku cuti, dia mesti bawak aku makan kat situ. Air Kelapa Gelas Besar tambah Eskrem Vanila jadi menu wajib, memang aku suka air kelapa lah! Nanti kalau korang datang Kelantan, hello-hello aku. Nanti aku bawak korang makan kat kedai Moksu ni,febret aku. Hari tu aku dah bawa Zakirah dengan Wirdah. Kami sambut besday Zakirah kat situ. Best. Worth lah! *-*
Ada gambar tapi malas nak upload. nanti-nanti lah,.
Nanti ada pulak yang jeles. *-*
Heh,nanti datang lah Kelantan. Tapi kalau ramai-ramai kering jugak poket mak bapak aku nak bayar. Datang lah! Rumah aku buruk je, tapi insya allah aku bagi layanan terbaeek punya! *-*

Tapi hari ni aku banggalah. Sebab aku tolong Zahraa repair kete dia. Kete dia rosak,tak dapat nak start. Tak sangka aku masih ada skill nih. Best dapat tolong orang. Bila kereta dia dapat 'hidup',dia peluk aku macam nak mati. Huh,tak tahan. Mesti dia rasa menyesal sebab tadi dia belanja Asyraf makan,tapi tak belanja aku. Yelah,sapa je aku nih.

Tetiba aku cerita semua kat korang. Aku pun tatau kenapa. Mungkin sebab bapak aku asyik tade kat rumah je tiap-tiap malam,. Jadi aku pulun lah streamyx dengan bahagianya. Apapun, aku harap bapak aku keluar tiap-tiap malam lah. *-*

Ok lah. Aku nak buat jus Mangga untuk adik aku. Tadi aku pegi amek dia kat Pondok. Dia cabar aku. Kalau dia tebuk,sapa tak leh jawab kena buat jus Mangga. Soalan pertama kedua ok lagi. Masuk soalan ketiga aku hampeh. Tak ingat kepala ayat lah,itu alasan aku dari dulu,kata abang aku. Bila aku tebuk dia, sepuluh soalan sume dia boleh jawab. Hampeh betol. Jaadi aku kena buat jus Mangga sekarang. Dia mintak gelas besar lagi! Menyampah betol! Haih, kenapa la aku tak masyi-masyi lagi ni. (jawapannya aku sendiri yang tahu, sebab mengulang jarang-jarang sekali!)

Malunya aku kat adik aku tuh! Part buat jus Mangga aku tak kisah, tapi part takleh jawab soalan surah Al-Ankabut tu mmg aku kesah. Aku rasa aku ingat, tapi aku tak ingat. Heh, aku ni asyik perasan masyi,sebab tu malas nak ngulang, jadi bila aku tewas 2-10 dengan adek aku, aku rasa malu. Naseb baek abang aku tak saksikan perlawanan tak sengit ni,kalau tak sampai mati dia sindir aku dengan modal sama. *-*

Ok semua orang. Selamat bahagia dunia akhirat.

Oh,tapi doktor dari USM (Pakar Otopdik) call mak aku,dia kata aku kena tunda tarikh diagnosis, dari 25hb Mei jadik 26hb Mei. Hah, korang doakan aku lah! Yang terbaek! Aku nak jadi macam korang,sihat dan tak kena jumpa doktor selalu! Yang lagi best, tak kena telan 20 pil sehari-hari!!
Doakan aku tau.
Terima kaseh semua orang!
Jumpa lagi semua orang.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

sahabat MMPM said...

awak,kiut post awak kali ni, cian awak kena slalo makan ubat tapi lagi kesian lau awk tak makan ubat, nanti awak sakit,
jaga diri leklok wak....

nurulhusna said...

wah, post ni kiut macam saya lah kut? yelah awak. saya ucap terima kaseh je lah!
Awak blaja rajin2.

sahabat MMPM said...

awak memang slalo boring macam ni kan.. dari dulu lagi respon awak hambar.. awak slalo la updatez blog awak.. nanti jemput datang MMPM jugak wak..

nurulhusna said...

hambar ke. saya balas komen awak dengan penuh senyuman. mana ada hambar. awak je rasa cantu. jangan emosilah. nantilah saya segan nak gi MMPM. sapa je saya ni. awak tu lain lah.

sahabat MMPM said...

awk pegi Lati bez la ditemani asyraf kan.. Amacam? nak pegi MMPM segan pulak. slalo gitu. awak dialu2kanla.. ke sebab saya ajak awak,tak istimewa ya? datanglah. saya eskot awak,tapi tak sama macam orang 2 eskot awak pegi SMKAL le. awakbagitau nak datang,nanti saya sediakan tempat parking untuk awak. orite?

nurulhusna said...

apakah? tidak dipahami. mengarut ajelah awak ni,dari dulu sampai sekarang tak habes2. mana ada apa2 lah. Saya segan sebab saya tak hebat macam awak nak g jumpa ustaz/ustazah kat sana lah. apapun, awak eskot saya dah kira spesel lah.
tempat parking paling istimewa ya? tempat Mudir letak kereta. Saya nak letak DAM saya kat situ. Ok? kalau awak dapat sediakan,saya pasti datang.

sahabat MMPM said...

awak tetap poyo macam dulu. lau mudir tanya, nanti saya jawab,
"seorang yang sangat istimewa nak datang, lebih istimewa dari ustaz. seorang yang jadi idola dalam hidup saya dan junior kat sini. jadi ustaz kena kosongkan parking ustaz."

ok tak? lau tak dapat jugak nati saya bagitau majlis daerah le.

macam DAM awak tu sangat berdaulat kan? dan jawapan awak tentu, memang.

papepun,saya cemburu pada awak le. Lau awak nak datang,bagitau saya.

ukhwah fillah.

nurulhusna said...

baeklah.
awak ni memang kawan lah!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.