♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, June 20, 2010

Dia Lelaki pilihan kita..


Saya bukanlah orang yang terbaek untuk menjadi tempat rujukan. Tapi setiap kali dirujuk,saya berusaha menjadi yang terbaek dalam mencari dan memberi jawapan. Banyak kali,saya menerima persoalan tentang cinta. Satu perkataan yang akan menghantui semua orang tanpa mengira status. Samada orang tersebut dari sekolah harian biasa mahupun dari sekolah agama dan tak terkecuali dari DQ mahupun dari madrasah-madrasah. Tidak ada pun yang terlepas dari ujian cinta. Mahupun diri sendiri yang sedang menulis. Dan ada pula yang lebih advance,mereka bertanya tentang lelaki yang sesuai dicalonkan menjadi nakhoda bahtera rumahtangga. Ye,benar,soalan ini terlalu subjektif. Adakah si Fulan bin Fulan sesuai untuk aku calonkan menjadi bakal suamiku? Baek untuk aku jadikan ayah buat anak-anakku? Mampu menjadi menantu yang baek buat ibu ayah ku? dan abang/adik ipar terbaek untuk keluargaku? Akhirnya,aku sendiri buntu. Si Fulan mungkin pimpinan pelajar,mungkin ahli badan Dakwah,mungkin juga hamba yang tak pernah miss sebarang majlis ilmu. Tapi disitu kah letaknya ukuran yang hendak dicari? Sehinggalah saya terjumpa artikel ini. Terpulang pada anda untuk menilainya bagaimana. Tapi bagi saya sendiri,untuk sedikit rujukan,mungkin boleh.


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti".Betol kan? Ni ayat plagiarism lah! Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang :

1-Kuat agamanya. Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Kuatkah agama lelaki yang sanggup menjalin hubungan cinta haram? Jika anda sedang didampingi lelaki sebegituk,berwaspadalah!

2-Baik akhlaknya. Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros. Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya. Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan. Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya. Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab. Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah. Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...


Jika kamu mencari lelaki yang begini,teruskan usahamu mencari. Tapi jangan lupa, terlebih dahulu jadilah lebih baek daripada lelaki yang kamu harapkan. Tentunya lelaki yang baek dan hebat adalah untuk wanita yang baek dan hebat. Semua wanita inginkan seorang lelaki yang soleh,beriman dan baek pekerti serta bertanggungjawab. Namun kita boleh menjadikan keinginan itu sebagai satu cita-cita sekiranya diri sendiri terlebih dahulu menjadikan islam sebagai kayu ukur peribadi masing-masing. Anda lebih mengenali diri anda. Anda lebih tahu sejaoh mana diri anda dan ingatlah Allah adalah sebaek-baek penilai,bukan manusia. Jika anda hebat dimata masyarakat, dimata dunia sekalipun,anda belum tentu baek di mata Allah. Strive for an excellence. Semoga kita sayang diri kita dan sayang orang sekeliling kita serta Semoga Allah sayang kita.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

org kata,menulis akan menulis sesuatu yg berkaitan dgn dirinya.
ni dah tulis pasai calon ni,
dah ada ka?

oooor said...

bukankah kesempurnaan boleh dicari selepas perkahwinan?
misalnya,aku berkahwin dgn seorang perempuan. tanggungjwabku membimbingnya ke jalan Allah. jadi,aku rasa aku tak perlukan wanita yang sempurna. yang terlalu hebat takut nak rapat. kerana bagi aku kesempurnaan itu ak mahu bina selepas kami berumahtangga. tak semestinya lelaki yang baik mendapat perempuan yang baik. tapi kenapa bila aku menjadi lelaki yang baik,perempuan yang bertudung biasa sudah tidak layak mendampingiku di mata manusia? adilkah?

anonymous1 said...

Bismillah

Mintak izin copy ek....Nak simpan dalam diari..

ps:hahaha

husnataqwa said...

sile la wahai encik afiq..

simpan dalam hati,tak perlu dalam diari..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.