*Kita (aku lah terutamanya)sering tertanya2 bagaimanakah rupanya sistem syura dalam Islam, seperti yg dilaksanakan semasa zaman pemerintahan Khulafa'u rasyidin dahulu.
Ada pejuang2 Islam sekarang menolak sistem demokrasi ala-barat yg dikatakan terbaik, dan berjuang 'all out' dimulai dengan kaedah membaiki individu dan masyarakat.
Maka bermujadalah pihak2 yg memperjuangkan islam via demokrasi, yg target mereka adalah untuk menjadi ketua negara, kemudian barulah memperjuangkan Islam secara 'all out'.
Syura adalah suatu musyawarah tertinggi dalam satu komuniti Islam yg sudah tertanam rasa2 cinta dan takutkan Tuhan dalam segenap hidup mereka.
Rasa takut dan cintakan Tuhan adalah target perjuangan Rasul2 yg diutuskan ke dunia sejak manusia diciptakan. Orang Muslim diutus utk menjadi khalifah Allah dan menaungi bangsa2 lain.
# ADAB- ADAB DAN SYARAT- SYARAT SYURA#
Di dalam mesyuarat hendaklah diperhatikan syarat-syarat dan
adab-adab.
Setiap orang yang terlibat mestilah dapat mengikut
disiplin agar keputusan syura itu tepat dan bersih serta diberkati
oleh Allah.
Di antara disiplin dan adab itu ialah:
1. Bertujuan kerana Allah atau ingin mencari kebenaran serta
ingin melaksanakannya, bukan kerana kemegahan atau hobi
atau riyak atau menunjuk-nunjuk kebolehan.
2. Setiap orang hendaklah hatinya merasa takut kepada Allah
kerana kalau-kalau segala yang dibincangkan tidak tepat
atau tidak selaras dengan kehendak Allah dan Rasul.
3. Hendaklah setiap orang memasang niat agar kebenaran itu
datang daripada orang lain bukan dari dirinya sendiri agar
terlepas dari sifat-sifat riyak, bermegah-megah atau ujub.
4. Bila terlihat kebenaran yang diucapkan oleh mana-mana
anggota dalam majlis syura itu hendaklah penuh rendah
diri dapat menerimanya.
5. Kalau kebenaran dapat dikeluarkan dari mulutnya sendiri
hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana Allah telah
memperlihatkan kebenaran kepadanya.
6. Hendaklah menghormati pandangan atau pendapat anggota.
Kalau dia sedang bercakap, jangan memotong cakapnya.
Jika dia belum habis bercakap jangan disuruh berhenti.
Kalau apa yang dikatakannya benar, ucaplah terima kasih,
doakan Allah berikan keberkatan (jazakallah).
Kalau salah, jangan menghina. Kalau mampu, betulkan dengan penuh
kasih sayang dan mesra, dengan hujah-hujah yang bernas.
Kalau kita yang salah, minta ampunlah kepada Allah
dengan penuh rendah diri mahu menerima hakikat kesalahan
itu.
7. Hendaklah diakhiri majlis itu dengan membaca doa kifarat
atau minta ampun pada Allah.
8. Jangan mujadalah. Jangan tinggikan suara. Kalau berbeza
pendapat atau menyalahi nas, hendaklah tawaquf.
9. Kalau pandangan tidak dapat disatukan, maka demi
perpaduan hendaklah terima pandangan ketua.
KEPADA SIAPA BERSYURA
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini syura ertinya bertukar
fikiran, berunding atau berbincang yang berlaku dua hala dalam
mencari satu keputusan yang jitu bagi sesuatu perkara untuk
dijadikan tindakan oleh orang atau golongan tertentu atau untuk
tindakan bersama.
Kalau begitu ertinya syura bukan kepada
semua orang, tapi mesyuarat itu, ia dengan seseorang yang cerdik
(ada buah fikiran) dan sesuai dengan bidang atau kepakaran
yang ada, serta seorang yang bertaqwa. Kalau hendak disenaraikan
adalah seperti berikut:
Orang yang hendak jadi partner dalam berbincang itu ialah:
1. Orang yang bertaqwa, supaya timbul keikhlasan dalam
berbincang dan dalam berlaku adil.
2. Orang yang cerdik (ada buah fikiran).
3. Seorang yang sesuai dengan bidang yang hendak kita bincangkan
itu.
4. Islam. Ini berdasarkan Hadis:
"Jangan kamu bermesyuarat
dengan orang kafir dalam memikirkan urusan kamu."
Sebab orang kafir tidak tahu hak atau batil.
Orang kafir juga ada yang memusuhi Islam, jadi takut mereka memberi
pandangan yang beracun.
Dengan empat syarat ini barulah Allah akan restu perbincangan
dan dapat kejayaan dalam perjuangan.

Demikian itu,lepas ni semoga setiap kali kita ingin bermesyuarat dan mengambil apa-apa keputusan dalam sesebuah society mahupun kumpulan, hendaklah kira SYURA sebaek mungkin,telus mengikut syarat2 yang ditetapkan. Kadang-kadang,ramai sangat yang bercakap untuk 'syura' ni.. 'syura' tu.. tapi hakikatnya tafsiran syura yang diimplikasikan sama sekali salah. Dan kadang-kadang langsung tidak mengikut piawaiannya. Dan sesungguhnya AlQuran sendiri menyebut dan menyeru supaya kita melakukan SYURA dalam Surah Syura. Cari lah yea! *~*
Semoga sama-sama beroleh manfaat dunia dan akhirat...
Allahumma ameen...
No comments:
Post a Comment