♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, June 29, 2010

she's crying for me..

Dalam waktu-waktu sebegini, kehidupan memang tak boleh disangka-sangkakan. AGM yang bakal berlangsung pada malam ini,segala kuiz,tutorial dan lab report yang jua perlu disubmit pada minggu ini. Dengan kesihatan yang semakin tidak menentu, aku kira ia benar-benar ujian dari Si Pencipta Alam. Dia sedang menguji aku dengan masa dan tribulasi kehidupan insan. Mungkin hari ini Dia menduga begini kerana suatu hari nanti aku bakal hadap situasi yang lebih teruk dari minggu ini. Beberapa malam aku tidak menikmati tidur. Itu lumrah seorang pejuang! Aku terima dan kadang-kala aku berbangga. Saat orang lain lentuk di bantal yang empuk, aku terpaksa cover waktu belajar yang digunakan untuk meeting. Waktu orang laen bersiap untuk tidur dengan berbungkus selimut, aku membuka buku dan checklist harianku. Indah. Benar-benar indah. kerana dalam keadaan begini aku mula tahu menghargai masa. 20 Minit untuk qailullah pun dikira sangat berharga. Sangat-sangat berharga.

Dalam kesah semua orang sebuk dengan urusan masing-masing, namun disisiku dia setia menemani. Dia menguatkan rohani meskipun dia tidak berdaya menguatkan jasmani. Dia membantu apa yang reti. Dia memahami. Dan dia mengenali. Memilihnya sebagai roomate keputusan yang sangat tepat. Setiap kali keluhan terbias, dia menjadi mengimbas. Setiap kali aku terpaksa berjaga malam, dia sedaya menungguku sepanjang malam,walau akhirnya dia syahid di tengah jalan. Tapi dia punya harapan, dan harapannya memberiku kekuatan. Dan apabila aku mengimbas segala tugasan, dia mengeluarkan titisan jernih, mengenangkan segala taklifan. Subhanallah. Dia benar-benar teman. Dia benar-benar sahabat. Terkesimanya aku memandang tubir matanya yang banjir dengan linangan, semakin aku tabah dan semakin aku merasai kekuatan. sahabat, perjuangan ini aku lakukan bukan untuk sesiapa dan bukan untuk apa-apa. Perjuangan ini khususnya untuk Islam. Perjuangan ini dari awal dan akhirnya lillahi Taala. Tidak kesah pangkat mahupun kedudukan, semua itu bayangan hanya di mata insan. Sahabat, akanku jadikan titisan jernih itu penguat semangat. Kau membelaku walaupun belum tentu aku benar. Kau memenangkanku walaupun belum tentu aku johan. Kau melihatku dengan pandangan seorang pemenang. Subhanallah, bersyukurnya aku dikurniakan teman sepertinya. Dikurniakan pembantu sepertinya. Terima kaseh Tuhan kerana menghadirkan dirinya disisi hambaMu yang penuh dengan kelemahan.. Meskipun mata ini susah mengeluarkan titisan, namun hati ini penuh dengan harapan, moga-moga persahabatan terjalin hingga ke negeri abadi, bertemu Tuhan yang mempertemukan kami.

Jutaan syukur dan terima kaseh buat roomate yang sentiasa menyokong dan mendokong hamba yang penuh kekhilafan...

Terima kaseh ya Tuhan. Memberi aku seorang teman. Yang bukan hanya menjadi peneman, tapi memberi banyak kebaekan.
Kekalkan kami hingga ke Mahsyar supaya bertemunya kami sebagai teman...
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.