♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, June 26, 2010

suka ikan keli? kita sama!


Salam bittauhid wattaqwa kepada pembaca blog yang baek-baek sumenya.

Setiap hari kat CFS, my lunch berlaukkan ikan keli masak pedas. Ya,setiap hari! Melaenkan klo ikan keli dah habes kat seluruh CFS. Tak percaya? Of course you may ask my trusted friend. Ikan keli murah. Nasi kosong dengan ikan keli kat UKC1 cuma RM2. Kalau kat ZC mahal sket,RM2.50 tapi sedap.

Kat rumah, family ana tak makan ikan sungai. Kitorang makan 2 jenis ikan je. Ikan kembung dan ikan mata besar. Ikan selar ayam tu untuk kucing,tapi skrang kucing pun dah makan Frieskies. Ayah ana mmg masak ikan 2jenis tu je. Mmg kami tak merasa la nak makan ikan bawal ke. Ikan siakap ke. (ikan siakap klo melahap kat restoran je),tapi ikan sardin dan ikan kering tu kira terkecuali la kan. Ahhaa.

Sebenarnya macam anda tahu,ikan kaya dengan protein. Kat UIA ni kurang percaya sket nak makan ayam. Yelah,macam kat UKC1 tu,diorang kari ayam dengan kulit-kulit ayam sekali! Lazat. Tapi kolestrol tinggi sangat tu. Nescaya korang tak larat nak makan oat untuk kurangkan kolestrol dalam badan korang. Well,ikan keli best sebab ikan keli ni isinya lembut dan mudah hadam. Bagi manusia yang banyak masalah macam ana, ikan keli mmg terbaeek punya!

Sometimes ana wondering jugak, agaknya takpe ke makan ikan keli je tiap hari? Kadang-kadang kawan-kawan yang tolong belikan lunch mmg tak payah tanya nak makan apa,mmg mereka sedia tahu. Yelah,bagos ke makan ikan keli? Klo badan terlebih protein boleh menyebabkan penyakit laen pulak yang timbul. Aduhai badan..

So,due to that reason, ana banyak kali search kat internet tentang khasiat keli. Yelah,orang kate klo kita jahil,kite kena lah cari ilmu kan. Hence,ana pun search engine kat internet menggunakan broadband terchenta. Banyak jugak hit yang keluar tapi mostly cerita pasal bisnes ikan keli. Alahai. Ambe bukan nak buat bisnes ni.

At last ana jumpa jugak satu blog yang mentioned khasiat ikan keli.

Selain protein yang tinggi,ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh manusia.Antara kelebihannya adalah seperti berikut:



•meningkatkan sistem penglihatan
•meningkatkan sistem saraf
•memulihkan radang
•mengurangkan kadar bengkak pada sendi
•mengurangkan risiko sakit jantung
•baik untuk perkembangan otak kanak-kanak
Haha. Lawak jugak post kali ni. Apa salahnya berkongsi ilmu yang macam ni kan. Never mind la. Yang pasti,ikan keli sedap. Namun begitu, banyak jua ana mendengar berita kurang manis tentang ikan keli. Rasanya sebelom ana mentioned pun semua orang dah sedia maklum. kan?




KOSMO 18 Mei 2009 melaporkan...

SANGGUPKAH anda menjamah hidangan ikan keli yang membesar dengan zat air kumbahan dari ladang babi?

SEPULUH kolam ternakan ikan keli di sebuah kawasan di Perak, rupa-rupanya mendapat makanan daripada air kumbahan ladang ternakan BABI yang terletak bersebelahan.

Lebih malang lagi, ikan-ikan berzat babi itu hanya dipasarkan di luar Perak memandangkan penduduk tempatan sudah mengetahui helah si penternak.

INFO LAIN

1. Beroperasi sejak 8 tahun lalu
2. Lebih 1 ratus ribu ekor ikan keli diternak di 10 buah kolam
3. Terletak di kawasan seluas 4 hektar dengan jarak 50 meter dari kandang babi dan 200 meter dari sebuah kawasan perumahan berhampiran
4. Hasil ternakan keli dijual di luar Perak

p/s AKU taip ni dengan penuh perasaan *&^%$####
Ni story tak bape nak best. Memang tak best. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga,kita kena hati-hati. Tah. Ana pun tatau dah nak kata apa. Anda mungkin lebih tahu. Rasanya itu saje post kali ni. Semoga perkongsian ilmu tentang ikan keli disukai ramai walaupun ikan keli belum tentu disukai ramai. Semoga Allah sayang dan lindungi kita dari semua perkara yang syubhah!
Ameen...

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

kawan cokdi said...

so lepas ni tinggalkan ikan keli.
hapuskan cita rasa.. :P

sikat said...

adekah ikan keli jd haram bile kene mkn sisa2 babi. ada dalilnya?

nurulhusna said...

cube bukak solusi.
lalu ke nak makan klo ikan keli feed up by thats kind of food...

sahel al-fateh said...

salam,hoho,

yeah, ikan keli, mase sem 1 n 2 dulu, slalu mkn ikan keli,sbb mmg sedap.

tp, skang ni dah jrg dah, sbb, kalu mkn setiap hari xbaek utk bdn

cthnye,kidney bleh rosak sbb terpaksa process extra protein,kidney stone terbentuk,kalu nak elak kidney disease ni, kene slalu buat exercise.

lg 1, bleh sbb kan dehydration klu slalu exercise, sbb kidney kene gune byk air utk process protein,so, kene minum byk air,

2.increase risk of oesteophorosis,sbb,mase process protein 2, kene gune byk calcium, so, kalu x cukup calcium dlm bdn, dye akan amek calcium dr tulang.

3.lose muscle mass

4.etc.

hoho,=)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.