♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, July 31, 2010

Aku bukan sombong atau berlagak



Bismillah. Alhamdulillah. Setelah penat berhempas pulas dalam KTM,akhirnya termakbul doaku, menjejak ke Darul Quran. Insya allah, kesah-kesah manis di sana bakalku ceritakan dalam pos akan datang. Apapun, memang best kat sana! Walaupun penat dan blur, tapi tetap rasa best. Ting!


Pelbagai dialog yang pernah aku dengar. Ada yang pedih. Pedas. Dan sebagainya. Tapi aku biarkan saja. Pelbagai ragam dank omen yang aku dapat, tapi aku diamkan saja. Bukan bererti setuju dengan komen dan sindiran yang diberi. Tapi malas membangkit 'kepanasan' hati. Sehinggalah satu saat yang terbaru, (ni citer latest punya seyh),


1 Message received.


Salam. Satu teguran buat ustazah, Nampak sangat sombong dan tak sopan dengan kaca mata hitam itu. Syukran.


(unknown number)


After checking the number with YELLOW PAGES, I know number tu dari seorang yang berlawanan jantina denganku. Subhanallah. Masya allah. Segala rasional aku kumpulkan. Segala kesabaran aku kumpulkan. Aku diam. Mesej tersebut tidakku balas.


Pertama dan utamanya, aku panjatkan syukur kepada Allah kerana membuka hati kepada SENDER untuk text me with that kind of words. Even it sound hurt, but its actually good. Dan buat SENDER, syukran jazilan 'ala kulli hal. Semoga Allah memberkati antum. Ameen.


Biarlah ana jelaskan disini, supaya tidak ada sebarang fakta yang berbelit, ataupun sebarang fitnah dan salah sangka menyelubungi MISTERI dalam hati kalian. *Pergh,macam ayat artis* (sat lagi boleh jadi artis ni) Ting!


Semoga segala penjelasan yang bakal diberikan ini nilaiannya baek disisi Allah Taala.


Sebenar dan hakikatnya, bukanlah suka-suki ana memakai cermin hitam yang penuh bergaya tersebut. Bukanlah dengan niat nak menarik perhatian (tabarruj) ataupun nak menunjuk-nunjuk (dengan spek bernilai RM10?) Ting! Tidak sama sekali. Ketahuilah bahawa ana sangat alah dengan cahaya, terutamanya cahaya matahari. Cahaya matahari yang sangat unik diciptakan oleh Allah Sang Pencipta, member sejuta satu kebaekan. Namun, dengan kuasa yang ada padaNYA, setiap kali terkena cahaya matahari yang berlebihan, ana berkemungkinan mengalami saket kepala yang berterusan. Kadang-kadang menyengat dan memang continuosly. Sesungguhnya, memakai cermin hitam itu bukanlah pilihan hati ana sendiri, tetapi ianya ditunaikan demi menjaga kemaslahatan diri. Sedikit pun tidak terdetik di dalam hati ana untuk berbangga, menyombong diri dengan cermin mata tersebut. Kadang-kadang kena tegor sebab orang tak Nampak mata bila bercakap dengan ana. Ketahuilah, ia bukan dilakukan untuk ILUMINATI atau sebagainya. Ia dibuat kerana menjaga kesihatan diri. Masya Allah. Tidak sngka rupanya ia menimbulkan fitnah pada diri. Subhanallah, kerana akhirnya Allah sedarkan diri. Dan akhirnya mampu aku betulkan segala persepsi hitam terhadap diri.


Sebenarnya memang ada spek FOTOGREY yang bernilai separuh ribu. Dek kerana harga yang tinggi membuatkan ana takut nak pakai. Disebabkan itulah, spek ini menjadi pilihan. Tapi kadang-kadang bila terdesak, pakai je spek FOTOGREY tu. Apepun, ana harap post ini mampu meleraikan segala persepsi negative anda terhadap ana. Ana manusia biasa, dan ana tak sedar aku mem bina fitnah buat diri sendiri. Maka dari itu, terimalah kekurangan diri ana. Terimalah masalah dan kemaslahatan yang ana tanggung. Dan hentikanlah segala persepsi negative terhadap ana. Insya allah, Allah redho. Semua.


Dan kepada mereka yang pernah mengkritik tanpa sedar, menyindir tanpa tahu, menegor tanpa siasatan,


Ana menyusun sepuluh jari dan same2lah kita menghitung diri sendiri. Terutamanya ana.


Ilalliqa'. Semoga ketemu lagi.


PS: kalau aku mampu hidup macam korang, tak perlu pakai spek itam, tak perlu takut cahaya terik mentari, tentu aku slumber amcam korang je bila jalan tempat panas dan kena cahaya matahari. Bersyukurlah korang! Dapat nikmat tu.. Sedangkan Allah menarik nikmat itu dariku. Mungkin dibalasnya dengan nikmat tertimpa-timpa di sudut yang laen,kan? Insya allah. Haa.. Kan bagus tu berbaek sangka dengan Allah.. Ting! Ting!


Mode: Tak sabar nak balik kampung. 5hb nanti. Ting!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

9 comments:

U NOE said...

semoga Allah sentiasa meningkatkan prestasi kesihatan adeq..doaku bersamamu adeq even we're far away each other but our heart still love THE ONE..we still together in the same line..silence doesn't mean forget..

to ol(yg related): adeq ana xseperti yg entum sangkakan..beliau xsesihat seperti yg entum fikirkan..hanya doa yg berterusan dr entum yg ana harapkan agar beliau dpt meneruskan perjuangan di bumi Allah ini..Allahumma Ameen...

mesej tu sgt terasa kot..
but..(u can think of it)...
like we olwez heard..bersangka baik..

Semoga dlm rahmat Tuhan, adeq...
Doakan juga ye org di sini..rasa macam kekosongan je..(T_T)

husnataqwa said...

masya allah, tabarakallah..
ukhwah itu tak mampu dilihat, tak mampu di dengar, tapiia mampu dirasa dengan hati.
anje, hope one day kite boleh jumpa lagi.. *saat muhsinin mempertemukan kita dah terlalu lame raseny.

syukran anje.
thanks allah for giving me this sweet sibling. that always support me, protect me,understand me and be at my side whenever, whatever it is. May allah give u someone,somesibling better than me.
of course im not as good as u dear.

kekosongan? nape ni anje..
hati yang kosong? masa yang kosong? jiwa yang kosong? pemikiran yang kosong?

semuanya kembalilah pada DIA.
Yang memberi kekosongan dan memberi pengisian. Insya allah,
DIA Maha Pengasih buat insan yang pengasih sepertimu anje. Ting~ Ting~

Anonymous said...

waaa.. sweet word la husna.

w/apepun, pemikiran ko mmg unexpected la. lau aku, mesti dah bengang dah dengan lelaki cenggitu. nak tego2 kita plak. kite tau la ape kita buat. lagipun, ape kaitan dengan die?

semoga husna sabar dan tabah ye cayang. luv u much3

husnataqwa said...

sebenarny dalam keadaan canni.
kite ade dua pilihan je. sameda nk terima tegoran, atau nak memberontak.
dan hakikatny. klo kite memberontak, kite tidak merugikan pihak yang menegor sedikitpun walau.
tapi klo kite berfikiran positif, ia memberi banyak kesan positif pada kite.
lagipun, Allah yang mengaturnya berkata-kata sedemikian. tentu ada hikmahnya. ting!

Anonymous said...

salam husna. biasa la tu.. orang ni mana ada puas hati dengan kita. normal sangat tu. tambah2 'artis' macam husna ni. :)

btw, utamakan pandangan allah daripada pandangan manusia. :)

husnataqwa said...

haha. artis la sangat. ting!

betol tu.. tapi pandangan manusia pun wajar dipertimbangkan jugak,kite kan hidup bermasyarakat,kata ibu. ting!
syukran ya ala kulli hal~

Anonymous said...

ngee---
---@
artis la tu sampai ada orang tak puas hati pakai spek hitam pun.

tajuk paper,
'seorang pelajar memakai cermin mata hitam'
jadi isu? ha,artis la tu.

..... said...

Allahumma Ameen...syukran deq..
me too...thanks Allah for giving me adeq dat olwez concern about me,support me,...of course u much1000x gud than me dear.....byk kosongnya.....isk3...do pray for me...

Semoga sentiasa dlm rahmat Tuhan,dear...

husnataqwa said...

insya allah anje.. allah sayang anje. adek yakin sangat. all the best in everything u do.
jangan tiggal tahajjud naa..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.