♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, August 01, 2010

Telahku Berjaya Jejaki. DQ. Kau Inspirasi.


Seawal 8.30pagi, aku bersama Wan Qurrotu Aini menjejak langkah ke Darul Quran. Tajdidkan niat. (bukan minda tajdid ye). Semoga perjalanan dipermudahkan. Bas No.12 membawa kami ke KL Sentral. Mengambil KTM ke Rawang. Perhatian, jangan lupa guna koc wanita ye. Ting!
Dari Rawang menukar tren ke Tanjung Malim dan stop di Kuala Kubu Baru. Fuh. Lamenya tak sebut nama ni. KKB. Kiri Kanan Bukit. Dan sebagainya.
Apapun. Disitulah terletak dan tersergam Darul Quran. Indah dan tenang. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Ting! Terserempak jua dengan Aisyah Jauhara, Hayati Ghazali, Aisyah Humaira, Farah Aqilah dan Syahida. Tiba di DQ dengan prebet Pakcik hamzah sekitar jam 12. Plan untuk menunaikan solat Dhuha di MasjiD DQ terbatal. Melawat tapak pesta. Lebih besar berbanding tahun lepas. Tapi tahun lepas lebih meriah? Terpulang pada penilaian anda masing-masing.


Berlegar-legar sekitar kawasan Darul Quran. Ramai orang. Pening kepala. Ditambah cuaca yang panas terik. Terpandang blok bangunan, teringat zaman dahulu kala. Tatkala jam 8 pagi mengorak langkah ke bangunan akademik. Meluangkan 3jam untuk tasmi' dan kalau bernasib baek, untuk di'tebuk'. Pergh! Ingat lagi zaman Ustazah Aizah, kena berdiri luar kelas sebab tak lancar iadah. Mencabar. Ting! Sapa Al-Taaibat yang tak ingat sejarah Ustazah Aizah memang terok. Ting! Memandang MasJiD DQ. Syahdu. Sayu. Terngiang soalan yang sering bermain di kalbu, ingatkah kau lagi akanku wahai Masjid DQ?

Masa kat DQ, dah tak ramai yang kenal batch kami. Kalau kenal pun cam muka je. Tak ingat nama. Terok. Ukhwah failed! Ting! GEN11 pun memang sorang pun tak kenal. Senyum aje lah. Ramai jugak aku jumpa GEN9. Atiqah Razak. Afiqah IMY. Siti Khadijah. Wirdah. Munirah. Muna. Hajariah. Hidayah Yusuf (dari Mesir), dan ramai lagi lah. Tak nampak pulak BANIN GEN9 yang datang. Ting!

Waktu kami konvo dulu (GEN9) tak semeriah majlis konvokesyen mereka. Majlis kami diasingkan antara diploma dan persijilan. Jadi memang tak meriah. Cantu ja. Fuh, apepun, konvo jugak. Perasaan syahdu memang mengiringi setiap detik dan saat. Masok ke Dewan Muktamar. Sah! Dewan Muktamar lagi besar daripada AMF korang.
Dewan Muktamar terlalu banyak memori dipahat. Majlis Khatam. Jamuan Hari Raya. Mahfuz dan sebagainya. Wahai memori, kenapa kau betol2 menggugah hatiku.. (mata punya rasa nak merembeskan enzim kesyahduan).


Kemudian, mesej dari seorang Ustaz,


"Ustaz datang kol 2.30petang. Awak tunggu lah."


Aku bersorak riang. Aku hebahkan kedatangan ustaz kepada rakan-rakan yang laen. Selepas selesa berehat di Dewan Muktamar dari panas terik, aku mengorak langkah ke MASJID DQ.
Tempat impian yang aku impikan. Aku jejak satu persatu anak tangga. Aku rewind kembali segala kenangan. Aku ingat kembali segala situasi. Fuh. Nyata terlalu banyak yang pernah berlaku disini. Suka duka. Manis masam. Pahit tawar. Semuanya pernah terjadi. Tapi scene sedih terganggu dengan kehadiran terlalu ramai orang di Masjid waktu tu. Yelah, kan konvo. Semua orang datang. Gembira riang semuanya. Ting!


Sejam disitu memang tetap tidak mampu mengubat rindu di kalbu. Melihat imam dan keadaan masjid itu sudah cukup untuk aku merasa sesal tiada kesudahan. Sesal kerana aku tahu, setahun setengah yang telah berlalu disitu, tidakku gunakan sebaiknya. Sesal kerana rutinku telah berubah sepenuhnya. Sesal kerana jiwaku semakin jauh dariNYA. Oh,perasaan sesal merupakan perasaan yang paling tak patut dirasai. Ting! Aku gunakan masa sebaiiknya. Meminta kembali apa yang pernah aku minta dari situ. Mengulang kembali sejarah diri yang mahu aku bina. Mengimbau kembali ikrar pada hati, serta peraturan hati yang ku pahat indah. Semuanya susah untuk aku rungkaikan. Tuhan, aku menyesal. Aku menyesal. Aku berjanji kembali memperbaiki diri. Aku memperbaharui niat dan ikrar hati. Ingatlah wahai hati, engkau bukan calang-calang hati yang dipilih. Hati ini dibasuh, direndam, di'clorox', disalut selama hampir 2tahun. Terlalu lama. Dan cukop untuk kau tahu wahai hati, bahawa engkau perlu thabat dan kuat dengan peraturan yang sendiri kita cipta bersama. Peraturan hati! Ting!


Jam menunjukkan hampir 2.30petang. Aku turun tangga yang tinggi. Dengan hajat, jika berkesempatan, bakalku jejaki lagi. Jika berpeluang bakalku mulai hidup 'berdua' jua disini. Ameen.Kami menuju ke asrama Banat. Mengimbau segala peristiwa di asrama. Bersama Saadiah. Nadiah. Liyana Arsani. Farah Haseenah. Dalila. Hafiza Azmi. Dan semua. Dewan makan. Surau. Padang. Koperasi. Memang menggamit hati. Makan nasi kerabu di pondok asrama. Tenang. Segala perasaan serabut berkaitan tutor Bio, Kuiz Chem yang salah jawab, masalah LG, MEDCY, semua aku tinggalkan. Lupakan. Dan memang terasa ketenangan dalam hati. Allah. Allah. Allah.


Selepas itu, aku mendapat panggilan dari seorang Ustaz. Menyatakan beliau telah berada disini. Aku mula menjadi excited electron. Terserempak pula dengan ustaz Ibrahim. Pergh.


"Modal nak hantar bila?" alamak. Kena hantar modal iadah kat sini jugak ke ustaz? Huh. Nasib ustaz senyum je. Ustaz ajak pi tengok AQ peringkat akhir Khamis nanti. Insya allah. Tringin nak pi kalau takde kerja. Nak pi sangat. Sangat-sangat nak pi. Nak pi jugak? Jom!


Mengorak langkah ke parking kereta dewan Muktamar. Kelibatnya mucul di depan mata. Subhanallah. Subhanallah. Tidak dinafikan hati ini rindu pada susuk itu. Rindu pada nasihat dan semangatnya. Rindu pada sejuta kenangan bersama dengannya. Walaupun Cuma sebentar. Susuknya berjubah putih benar-benar mengubat segala kerinduan selama ini. Bersama Atiqah Razak, Aisyah Humaira, beliau kami hampiri. Senyumannya seperti biasa.


"Tak bawak hadiah untuk ustaz ke?"


Masya allah subhanallah. Benar-benar diluar jangkaan. Ustaz sekarang dah ada tiga. Dulu waktu bersama kami, beliau memiliki Bushra. Kini, bertambah lagi dua, Asma dan Hajar. Hajar baru berusia 12hari. Isteri ustaz tersenyum di dalam kereta. Belum lepas pantang pun lagi. Hebatlah. Ustaz seperti biasa. Masih suka mengusik dan menjeratku dengan persoalan-persoalannya. Hatiku riang. Sama seperti mereka, rakan sekelas tasmi ku. Atiqah Razak. Aisyah Humaira an Farah Aqilah. Mereka yang lain tidak hadir; Fathiah Radzi, Liyana Arsani, Hanisah Sofian, Emilia, Fadiah.


Kami menyambung perbualan di bawah khemah. Dari Syria ke Mesir, akhirnya kembali ke Malaysia. Kembali ke Bumi Barakah Darul Quran. Itulah dia ustaz kami, Ustaz Wan Muhamad Noor Attabali. Meskipun Cuma satu semester bersama, tapi kenangan bersamanya paling menggamit di jiwa. Barangkali sifatnya yang suka mengusik, yang lawak, yang baek, yang ke'bapa'an, yang suka memberi nasihat, dan yang penting, ustaz Wan paling tak SYADID. (ye ke? Tapi pernah kami semua berdiri atas kerusi. Ting!)



Ustaz Wan… Pertemuan hari ini bakal mencoret lagi kenangan yang akan datang. Insya allah. Kami rapat. Walaupun sekejap bersama. Dengan zaujahnya. Dengan anaknya. Rapat. Terasa keakrabannya. Yang paling penting, ustaz ingat nama aku! Ting! Perbualan kami juga diturut serta oleh seorang anak murid ustaz (Banin). Opss. Tak ingat nama. Makin meriah jadinya. Memang rasa bertuah sangat hari ini. Syukran Jazilan Ya Rabbul 'izzati.


Hampir dua jam bersama Ustaz. Perjalanan di teruskan dengan task seterusnya. Berjumpa dengan Along Syahadah. Merupakan Mak Usrah di DQ. Sebentar sahaja pertemuan antara kita. Along yang bakal fly ke Syria dua minggu lagi, nampak tak puas hati. Maaf long, kami tak dapat bermalam ni DQ. Terlalu banyak tugasan yang aku tinggalkan disana. Walaupun terlalu rindu berada disini, taklifan dan perkara yang belum selesai tak boleh dilupakan. Kalau ditangguh lagi, boleh memberi mudarat pada diri. Pergh! Menghabiskan sepinggan Char Kuew Tiow dan dua gelas air limau asam boi kegemaranku, kami berpisah. Along menghadiri Hi-Tea dengan Pengarah DQ. Kami menjejak kaki ke susur gajah. Dek kerana hari mula menunjukkan nak malam dah, kami terus menaiki prebet ke KTM,tanpa ucapan selamat tinggal kepada DQ. Tapi tetapku berjanji di dalam hati, DQ, kau bakal ku jejaki lagi. Cuma masa dan waktu serta keadaannya belum kita tahu.


Perjalanan pulang diteruskan seperti biasa. Dari KKB ke Rawang, ke MIDVALLEY. Singgah sebentar membeli kek buat adinda Marjan Hanani, Amanina Yusra Azizan, meraikan ulangtahun kelahirannya pada 31 Julai. Sanah Helwah ya Acik. Semoga Acik panjang umur, murah rezeki dan dapat jadi doktor yang sejati. Acikku yang suka study, semoga kita bakal bersahabat sampai mati. Ting!


Kami tiba di CFS, lebih kurang jam 10Malam. Penat tiada terhingga. Tapi bila Ibu ajak berYM, aku kembali cergas. Melihat Aleeya dan Ali melalui WEBCAM, semakin membuak-buak rasa ingin pulang ini. Hoho. Tidak. Seminggu yang tough masih perlu dilalui. Dan ianya memerlukan konsentrasi yang tinggi. Lepas aku balek, tatau bila aku nak datang lagi. Nak balas dendam katakan. Nak cuti panjang2. Harap mereka yang terlibat, tak memberiku task sementara aku ingin bercuti. (kejamnya aku. Tolak tepi)


Pergh, panjang coretan kali ni. Cerita di DQ mahu aku semat disini. Supaya suatu hari nanti, jika aku membuka lembaran ini, segala memori manis bermain seperti DVD di benak fikiran ini. Fuiyoo. Ting!


Akhirnya, kini pasti, sesiapa yang pernah berada di DQ, pasti jatuh cinta dengan semua yang ada disana. Walaupun HEP yang kadang-kadang penuh dengan taik burung. Tapi tetapku rindu. Minta cop dengan ustaz Jihadi, Syahrulkarnain, walaupun hendak ke Pasar Malam di Bandar KKB. Ting!


Ok. Semoga sesape yang tak pergi tak rasa cemburu pada diri ini. Haa. Macamlah ada orang nak cemburu sangat. Apepun, aku gembira ke DQ. Wlaupun penat, habis duet (saat kad matrik tak berfungsi, semua perbelanjaan di tanggung penuh oleh parents memang terasa walaupun RM70 yang digunapakai.)


Ilalliqa. Maal Salamah!


Jom p AQ nak? Jom!


Mode: suri rumah.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

16 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.
ukhti, ana tertarik dengan peraturan hati.
jika ukhti tidak keberatan,
ana meminta jasa baik ukhti untuk menjelaskan berkenaan 'peraturan hati'. sangat teringin mengetahui. syukran jazilan ukhti.
best blog ukhti.
penyampaian yang santai, tatai banyak teguran dan hikmahnya tersendiri.
salam ukhwah fillah.

-kamil

perantau hikmah said...

banin ke yang ada dengan ko waktu ko jumpa ustaz tu? macam ustaz je die. ke sape usna.. ea..?? diam2 ubi berisi yee..
"perbualan kami juga diturt sertakan oleh seorang anak murid ustaz (banin), makin meriah jadinya. memang rasa bertuah sangat hari ini."
dalam maksudnya tu.. ehem3..

nurulhusna said...

to kamil - peraturan hati tu macam satu undang2 untuk hati sendiri. contohnya, memberi syarat pada hati, tak boleh tu.. tak boleh ni.. kena tu.. kena ni.. cantu la.. syukran atas doa,sokongan dan perhatian.. barakallahu fik.

to perantau hikmah - ade2 je budak ni. tu anak murid ustaz yang dok syria same2 dengan ustaz lah. umuq dia dah 23 kot. cantu lah..

Anonymous said...

waa..bestnya husna...dpt jmpa ustaz wan..teringinnya nk jmpa ustaz,zaujah ust & anak2 ust...

-bella-

nurulhusna said...

memang best bella..
sure kate tak tipu mmg best. ayat ta'qid..
huah. huah.
jangan risau,ade rezeki jumpa la tu

ayong said...

salam..adeq :)
nnti jgan lupe wat reunion ngan MH eh..penat2 uda blik msia tuh..huhu
so along xjd dtg mesir la eh?huhu kempunan nak jumpe along :P
ayong xkirim pape kat uda.kalo nak hadiah tggu ayong blik thun dpan la eh hihi
siiru ala barakatillah..moga tetap thabat. doakan ayg dpat jaga quran eh..rasa mcam dah kritikal dah ni..T_T

nurulhusna said...

waaahh. ayong, dah cadang nak buat reunion. nampak cam kena turun tengganu je. ramai adek beradik dari tengganu nak buat canne. hehe.
along p syria.. awal kan along pegi.. sedih plak rase. mula2 ayong,along.. pasni alang n angah plak. bertaburan adek beradikku di bumi allah ni. bangganya aku..
subhanallah..
hadiah? nak2. nak. nak tasbih yg kecik2 tu. cam best je. haha. demand!

insya allah, kontrak dengan quran takkan tamat. kite kena usaha jugak, jgn sesekali putus asa.
insya allah.
adek beradikku sume hebat2 belaka~

the comforter said...

haha..best2
..complete cte..nk tmbh sket..cop dr criminal,fatimatuzzahra,psangan kak suhaila,menyebok dlm dwn muktamar...waa!!indahnye memori bsama dq..

yeye..ahlan wasahlan ila terenjanu=)raye nti ye..hehe

Anonymous said...

kak husna, tak ucap tahniah langsung untuk kami ye..

Anonymous said...

1 lg..knape xmsukkn gambo pak cik guard??sbb bkn pak cik arif ea..smgt pak cik hamzah breti..haha

nurulhusna said...

ateh- lupe la teh.. jap lagi la masok gambar pakcik guard. bukan mende doh guard tido kang. sian plak die. criminal?haha. betol2. lawak la kite ni. terutama part penim pala bile jalan2 kat tapak pesta. ape daa. last2 tak beli mende pon.
yo ah,tok dang nak cite blake. yang kak suhaila ngan husband die tu mmg sweet ah. huhu.kite ni yg pelik. dakpe2. kitgi cite lagi. hoho.
raya teganu? ehem2. yang pasti nak nasik dagang sedap. kepok lekor. air klape best.
(makan je aku tahu..)
ting!!!
ade lagi teh hok tak tercerita, lawak33.

haha. lupe nk ucap tahniah. next station la. terok tol

nurulhusna said...

memang kenangan yg tercipta on 31st july indah tol.
walaupun tak seindah kenangan semalam di situ. tapi benar2 memberi impak yang tersendiri.

takpe,nati ada masa kite pergi lagi ye.
mungkin waktu semua orang mengulang ke'sweet'an seperti kak suhaila and her husband. pergh, yang tu je die tau. ting!
(habesla klo mak aku baca)

buat adek gen10(kot),
bukan tanak ucap,kan dah ucap face to face. (cover2) ting!

Anonymous said...

lawa la gambar kuala kubu baru tu. sejak bile kreatif amek gambar ni?

borneo said...

serunukny dy..
maklumlah dah tak lama dah nak mengulang sejarah kak suhaila dan husband.
ku doa mu cepat2 disatukan.
dan lagi satu, syndrome TING! ni datang dari mana? budak kecik ni mmg macam2

borneo said...

dan tidakkah berjumpa dengan ustazah hasni? ustazah fatimah?

nurulhusna said...

kreatif ke? bese je tu,belom tengk gambarku yg lebih kreatif. ustaz muktasyaf lagi bes amek gambar. (tetibe je)

hoho. borneo! pergh*
dah, jgn nk start la,tension tol.
jauh lagi nk jalan.
kakak abang belum pun kawin lagi. jgn nk berangan.

tak..ak tak jumpa plak dgn ustazah hasni dan ustazah fatimah. (dengan ustz smangat plak jumpa,pilih kaseh kan?) ting!

ustazah hasni dah tak ngaja kat dq dah.. ustazah fatimah ari tu pernah jumpa die. die tak datang konvo kot. hem.. tringat plak kat ustazah2 kite tu kan.. alahai......

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.